Sunday, March 02, 2008

Tanjung Balai, Kabupaten Karimun



Dalam kekalutan pemimpin BN di Terengganu bertelingkah semata-mata untuk menjadi calon dalam pilihanraya umumke-12, penulis sempat membuat kunjungan ke Tanjung Balai, Pulau Karimun Indonesia, selepas diajak oleh seorang kawan.

Bertolak dalam pukul 9.30 malam dari Kuala Terengganu dengan menaiki bas menuju ke Pontian dan kemudian ke Jeti di Kukup adalah merupakan sesuatu yang agak membosankan jika perjalanan itu dilakukan pada waktu siang hari. Tapi mujur juga berjumpa dengan seorang yang Remy gelarkan "Uncle Skema" pada malam itu yang duduk bersebelahan penulis dan terpaksalah mendengar pelbagai teori dan idea-idea barunya yang berkisar tentang permasalahan politik, pembangunan agama dan bangsa di Malaysia.




Perjalanan dari jeti Kukup ke Tanjung Balai cuma memakan masa sejam dan kami habiskan dengan tidur sahaja. Di Tanjung Balai kami menaiki kenderaan Kijang (Unser di Malaysia) untuk ke Hotel Paragong yang terletak di tengah-tengah bandar Tanjung Balai yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan usang yang berderetan di jalan-jalan yang kebanyakannya sehala.

Kami semua menjadi jutawan setelah menukarkan RM360 ke matawang rupiah Indonesia, mungkin sebab itu jugalah ramai sekali kanak-kanak peminta sedekah yang sentiasa menunggu kami di muka pintu hotel dan mereka juga akan mengekori ke mana sahaja kami pergi. Suatu fenomena yang biasa berlaku kepada pengunjung luar di Indonesia kerana mereka menyangka kita ini kaya!




Kami berpeluang bersiar-siar sekitar Tanjung Balai, menyaksikan masjid jame'nya yang sangat unik dan menikmati Bakso yang enak. Banyak masa diluangkan dengan membeli-belah di kedai-kedai sekitar hotel, dan memang itulah salah satu hajat mereka yang berkunjung ke sini. Segalanya terasa lebih murah dan cantik di sini sehinggakan kami terpaksa berkali-kali menukarkan matawang ringgit ke rupiah. Kebanyakan daripada kami membeli pakaian seperti t-shirt, jeans, batik, kain sarung, telekung solat, blaus wanita muslim, dan sebagainya samada untuk kegunaan sendiri atau untuk dihadiahkan kepada keluarga dan rakan-rakan.

Cuma apa yang tidak menyeronokkan adalah pihak kastam mengenakan cukai ke atas barangan yang kami beli sewaktu kami pulang dan tiba di jeti Kukup.

6 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum...

* jauh perjalanan banyak pengalaman..begitula tempat org...
* patutla lama tidak ada cerita baru dlm blog penulis....

syed.aljefrey said...

berkelana ke daerah yang lebih kerdil.

Anonymous said...

Wooo..jauh makan angin ni.Aku dh tau,mesti ada buah tangan utk aku.xpe,nanti ngundi aku balik.
-Jusoh.

Anonymous said...

Terima kasih atas pemberian kain batik itu, dan agaknya kalau di Malaysia BAKSO tu seakan apa ye? Macam sedap gitu. Lain kali pergi lagi ye, kalau ada peluang nak ikut jugak.

Umi Nurahadi

zmah said...

Akak suka jalan ke sini.

MaznieWandie said...

boleh tahu harga tiket feri dari kukup ke jeti sana...n naik kenderaan kijang tu berapa dia charge.....cukai kena kat malaysia tu berapa banyak?

terima kasih kerana sudi menjawab (in advance)