Monday, February 11, 2008

Mengacau Bubur Asyura




Bubur Asyura dan bulan Muharam membuatkan seluruh warga kerja pejabat penulis mempunyai alasan untuk berkumpul dan sama-sama menyiapkan hidangan yang istimewa yang sememangnya hanya disediakan pada bulan pertama mengikut kalendar Islam.

Bermula dengan menyiapkan bahan-bahannya yang terdiri daripada pelbagai rempah, beras, daging, jagung, dan lain-lain campuran, ia akan diikuti dengan acara mengacau yang mengambil masa sehingga 3 hingga 5 jam bergantung kepada citarasa masing-masing. Oleh sebab latar belakang kami yang kebanyakannya berasal dari Kelantan dan Terengganu maka kami mengambil keputusan untuk membuat 2 kawah bubur, satu ala- Kelantan yang sedikit manis, dan satu lagi mengikut citarasa orang Terengganu.

Tetapi kadang-kadang penulis terfikir kenapa kita mesti perlu bersusah-payah membuang masa untuk mengacau bubur Asyura, sedangkan rasanya tidaklah seenak manapun, bubur lambuk Terengganu lebih sedap dari Asyura.

3 comments:

yginsaf said...

me teringat bubur lambuk kampong baru itteww bila menjelang ramadhan.. tp me x pernah lah berbaris mengambil juadah itteww.. uhuhu

Anonymous said...

Kalau sesiapa yang dah try bubur lambuk Terengganu,mesti dah rasa xsedap yang Kg Baru punye.Ia juga lengkap dengan sumber nutrien yang diperlukan badan.
-PIeY

Anonymous said...

Mungkin bukan kesedapan bubur asyura yang menyebabkan kakitangan tuan bersusah payah mengacaunya, mungkin keseronokkan bersama menyediakan bubur asyura yang dicari kakitangan tuan.
saya belum pernah merasa bubur lambuk terengganu, harap tuan boleh carikan untuk saya nanti heheh
syedaljefrey