Saturday, January 05, 2008

"Darah Manis"


Sewaktu dalam perjalanan dari Terengganu ke Shah Alam kerana urusan perkahwinan, sekali lagi penulis berhadapan dengan suatu situasi yang sangat sukar sehingga menyebabkan sebuah kemalangan kecil, tapi cukup mendebarkan.

Di sebatang jalan sekitar Cheneh saya cuba memotong sebuah lori. Tiba-tiba lori tersebut juga telah bergerak ke sebelah kanan jalan sehingga memaksa saya membrek kereta dengan mengejut dan mengelak ke bahu jalan. Mujur kami tidak jatuh ke dalam gaung! Dalam keadaan kereta yang sudah agak hilang kawalan itu, saya cuba membawa kereta tersebut ke tengah jalan semula. Saya berjaya melepasi lori yang hendak dipotong tersebut dan tiba-tiba sebuah lagi lori datang dari arah yang bertentangan menyebabkan saya perlu masuk kembali ke kiri jalan. Pada waktu itulah kereta saya telah bergesel dengan sebuah kereta Kenari yang berada di hadapan lori tadi.

Dalam keadaan yang sangat berdebar saya memperlahankan kereta dan berhenti. Kenari tersebut juga berhenti di belakang kereta saya. Sebaik sahaja saya membuka pintu kerata saya dan memandangnya, pemandu kereta yang berkopiah itu terus memarahi saya dan menggunakan ayat-ayat yang sungguh tidak enak untuk didengar. Saya cuba memberitahunya bahawa saya cuma terpaksa berbuat begitu kerana lori tersebut telah ke kanan jalan secara tiba-tiba tanpa sebarang isyarat sewaktu saya sedang laju kerana hendak memotongnya. Sementara lori yang "jahat" itu lansung tidak berhenti apatah lagi memperlahankan lorinya. Dan tiada seorang pun daripada kami yang sempat melihat nombor pendaftaran lori tersebut, kerana kami lebih sibuk menjerit dan melayan kepanikan.

Saya membuat laporan polis. Seperti yang dijangka, memang saya telah disaman oleh polis kerana memandu secara cuai. Dalam hati saya mempercayai bahawa semuanya silap pemandu lori yang ke kanan secara tiba-tiba dan saya telah membuat tindakan yang betul dengan menggesel sedikit Kenari tersebut agar kami sekereta terselamat daripada mati di bawah perut lori yang datang dari depan. Agaknya kerja Polis memang untuk menyaman orang. Nasib baik kami semua tidak mati kalau tidak, tak dapatlah mereka saman saya.

3 comments:

Anonymous said...

tuan,
-sy juga pernah disaman polis atas sebab2 yg sama
-mungkin memang benar, kerja mereka menyaman saja
-sy musykil, sudah berjalankah majlis perkahwinan tuan?
-kalau sudah, selamat pengantin baru sy ucapkan

Anonymous said...

*nasib menyebelahi tuan kerana semuanyer terselamat..almaklumla darah manis mmg begitu...

*sy pun nk tau gak sudah selesaikah majlis yang dirancangkan...? anyway congratulations....semoga tabah dlm melayari kehidupan berumah tangga...

*semoga lepas ni kena lebih berhati-hati kerana tidak mahu melibatkan sesiapa...

Mior Azhar said...

Saudara,
Itulah dia Polis Malaysia. efisyen sekali. Tapi di mana ya, pembunuh Nurin?
Dan Alhamdulillah, saudara sekereta selamat.