Sunday, January 13, 2008

Ijab & Qabul

Dari dulu lagi penulis sememangnya mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang serba ringkas dan yang paling penting adalah menyempurnakan sebahagian daripada tuntutan agama dengan suatu majlis aqad nikah yang sederhana. Bagi kami yang tidak mampu, tidak perlu menghabiskan berpuluh ribu ringgit untuk itu kerana kehidupan selepas kahwin adalah yang terlebih penting dan utama. Kenduri diadakan untuk mengisytiharkan kepada umum terutama kepada saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai bahawa kita telah bernikah dan semoga dijauhkan segala fitnah dan dosa-dosa.

Alhamdulillah telah selesai segala-gala yang dinanti dan dibimbangi. Majlis 'aqad pada 28 Disember 2007 telah diikuti dengan majlis persandingan yang agak meriah di Shah Alam pada 29 Disember 2007. Kita tidak selalunya dapat mengelak daripada melakukan perkara yang tidak kita gemar, tetapi demi menjaga hati, perasaan dan amalan orang lain kita terpaksa juga. Saya bagaikan tidak percaya saya dan isteri telah dipamerkan di atas pelamin indah itu sambil disaksikan ratusan tamu, dipersembahkan dengan tarian oleh gadis-gadis dan direnjis-renjis pula oleh tetamu kehormat. Maafkan saya, ayah, anakmu cuma tersepit.

Kenduri ala kampungan di Terengganu pada 10 Januari 2008 juga tidak sepi dari cacat cela dan tentu sekali tuan rumahlah terpaksa menebalkan muka lantaran ketidakcukupan lauk-pauk walaupun ayah telah menyembelih tiga ekor lembu peliharaannya serta telah membeli berpuluh kilo daging import sebagai tambahan. Lebih 50 biji telur telah digoreng menjadi telur dadar dan semuanya habis bagai dalam sekelip mata. Agak kami mungkin lebih 3000 tetamu yang hadir walaupun cuma 700 kad undangan yang diedarkan.

Dari hati yang ikhlas kami memohon jutaan kemaafan atas kesilapan jangkaan kami yang telah menyebabkan kesulitan kepada tetamu dari jauh, sejauh Shah Alam dan Kuala Terengganu dan seorang Pengarah dari Kota Bharu yang saya tahu tidak menjamah apa-apa kerana lauk tambahan belum masak. Dan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah sudi hadir di tangga buruk kami. Terima kasih juga kepada semua adik-beradik, saudara-mara, jiran tetangga dan orang-orang sekampung yang telah bertungkus-lumus membantu kami sekeluarga menjayakan majlis tersebut. Jazakallahu khairan katseera.

Bagaikan mengadakan kendurinya, begitulah agaknya sebuah perkahwinan. Lalu doa kalian semualah yang diharap dapat mengiringi seluruh perjalanan seterusnya, moga-moga bahagia dan selamat.

12 comments:

Dad of 4+1 said...

Ahmad - Lami mendoakan kebahagian kalian berdua! Insya Allah!

Dad of 4+1 said...

Kami...; bukan "Lami"

hartini omar said...

tuan,
tahniah sy ucapkan buat tuan dan isteri. semoga kekal hingga ke syurga, ameen

Kak Aishah said...

Tak sangka ramai yg datang meraikan majlis. Meriah sungguh. "Selamat melayari bahtera kehidupan bersama. Semoga berbahagia selalu"

Anonymous said...

Memang pedas ni..Tp xpe,BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT SEKALI PUN.
Al-ghazali.

Nafastari said...

Dad of 4+1, hartini, Kak Aisyah, Terima kasih.

Al-Ghazali, terima kasih kerana anda sangat memahami.

Mior Azhar said...

Tahniah. Shukor. Selamat Pengantin Baru. Alhamdulillah.

yue said...

pa, congrats 4 ur wedding n sori 4 not coming. x dpt balik atas komitmen lain. moga bahagia hingga ke akhirnya :)

-sis, yue

Anonymous said...

alhamdulillah kerana semua berjalan dengan lancar...

semoga tabah dlm mengharungi kehidupan b/tangga...

semoga berbahagia sampai ke akhirnya...

dgn kehadiran org baru baru dlm kehidupan tuan, keluarga serta org2 yg terlebih dahulu menyayangi tuan harus dijaga hatinyer,,,,
-wahida:)-

syed aljefrey said...

Tahniah, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
memang susah untuk menjaga hati mereka yang kita sayangi, lebih mudah lagi menjaga hati sang Pencipta yang Maha mengerti lagi Maha mengetahui:)

Anonymous said...

tahniah..
sib baik x pegi (eh!)
-joe-

job said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,成人圖片區,性愛自拍,美女寫真,自拍