Saturday, January 05, 2008

Kasar, Lambat & Salah


Saya telah diberi tiket saman oleh seorang anggota polis yang berjaga di tepi jalan raya di Kampung Bintang Setiu bahawa saya telah memotong sebuah lori di tempat larangan memotong.

Padahal saya dengan minda yang sihat, sedar dan waras benar-benar pasti saya telah memotong lori tersebut pada tempat dan masa yang betul kerana seluruh kejadian memotong tersebut berlaku pada jalan yang mempunyai garisan putus, bermakna saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Kakak dan adik saya yang bersama-sama saya dalam kereta pada masa itu juga sangat pasti bahawa kami telah memotong di garisan putus-putus yang sememangnya dibenarkan.

Saya cuba membuat penjelasan kepada polis tersebut bahawa saya telah memotong lori tersebut di tempat yang betul dan saya sempat melepasi lori tersebut sebelum garis panjang tidak putus-putus bermula. Malangnya penjelasan saya tidak diterima dan anggota polis itu merasakan hanya dirinya yang betul semata-mata kerana dia memakai seragam polis dan mempunyai kuasa untuk menyaman saya.

Polis tersebut menasihati saya supaya membayar kompaun tersebut. Saya tidak akan membayar kompaun tersebut di atas kesalahan yang tidak pernah saya lakukan. Saya lebih rela menghabiskan minyak kereta untuk ke mahkamah demi sebuah keadilan dan maruah. Lagipun saya patut mengajar anggota polis yang bodoh dan tidak efisyen itu.