Sunday, December 09, 2007

Jenayah Komersil

Panggilan telefon yang tidak disangka-sangka ke pejabat penulis pada petang tadi menyebabkan penulis hampir-hampir kerugian duit sebanyak RM1,500 lantaran kebendulan diri sendiri yang menyangka bahawa panggilan tersebut benar-benar dibuat oleh Sipolan kepada jabatan di mana penulis sekarang sedang bekerja.

Dia memperkenalkan dirinya sebagai Sipolan, berjawatan sekian dan dalam nada keresahan memberitahu bahawa dia sedang berada di LIMA dan akan meninggalkan Malaysia sekejap lagi untuk ke Laos. Kemudian memberitahu bahawa anak perempuannya yang sedang berada di Kedah telah mendapatkan kemalangan dan meminta saya menolongnya. Apabila saya bertanya apa yang boleh saya tolong, dia meminta saya supaya memasukkan wang ke dalam akaun Public Bank anaknya Rabiatu Adawiyah lalu diberikan nombor akaunnya kepada saya.

Saya menjadi sungguh keliru dan sangsi terhadap kebenaran segala kata-katanya lalu saya memberitahu kepada beberapa kawan sepejabat dengan saya. Mereka juga sangat hairan mendengar cerita pelik saya itu. Setelah disemak dengan Pembantu Peribadi Sipolan, disahkan bahawa Sipolan sememangnya tidak berada di Malaysia dan beliau juga tidak mempunyai anak yang bernama Rabiatul Adawiah. Jadi jelaslah bahawa orang tersebut cuba menipu saya walaupun usahanya itu sia-sia sahaja dan jika silap haribulan ia akan memakan dirinya sendiri.

Seebentar tadi, selepas waktu Isya' saya telah ke Bahagian Jenayah Komersil, Balai Polis Kuala Terengganu dan melaporkan segala yang perlu untuk tindakan selanjutnya pihak polis.

5 comments:

Dad of 4+1 said...

Wah Ahmad...Life is getting very interesting for you! Anyway...all set?

Anonymous said...

selamat pengantin baru
;)

Anonymous said...

Mana En Nafastari ni.. Lama x update blog.. Selamat Pengantin Baru??? OOh Dah jadi suami orang hehe.. anyway Congratulationz..

Anonymous said...

lama x update blog nih...
update la masukkan citer2 best utk bahan bacaan semua...

anyway...slamat pengantin baru k...

harungi kehidupan dgn penuh kesabaran...
-waheeda-

Anonymous said...

teringin nak dgr komen hang pasai benazir... mesti emotional..

and of coz pasai life as a newly wed couple laaa..

-kawan hang-