Thursday, December 06, 2007

Cerita Papan Iklan

Terengganu sememangnya kaya dengan sumber alam semulajadi serta keindahannya yang sering sahaja menjadi tarikan kepada pelawat-pelawat dari negeri-negeri luar termasuk dari luar Malaysia. Selain itu, Terengganu sekarang juga kaya dengan papan-papan iklan yang menyimpan pelbagai berita dan cerita. Tentunya tersirat dengan pelbagai motif yang mungkin boleh difikirkan bersama.

Selain menceritakan tentang produk-produk dan pelbagai jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh orang-orang perniagaan, ia juga menjadi medan untuk pihak tertentu menyampaikan pelbagai maklumat mahupun propaganda demi kepentingan masing-masing. Kadang-kadang terfikir, berapa banyak perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi memberitahu kepada orang ramai bahawa pelbagai pembangunan dan kemajuan telah dibina dan ada yang masih dibina oleh pihak yang berwajib.

Kerajaan Negeri Terengganu nampaknya sudah melakukan segala itu dan ini. Mengkhatamkan Qur'an untuk kanak-kanak, mendirikan 62 buah masjid dalam masa hanya dua tahun, mencipta tamadun memahat sejarah, menjamin masa depan rakyat, 3000 rumah untuk rakyat miskin, anak Terengganu juara atau menang itu dan ini, anak terengganu terbaik UPSR dan banyak lagi yang kita dapat lihat kalau melalui sepanjang jalanraya dari Kemaman hinggalah ke Besut.

Penulis sempat terdengar suatu rungutan daripada seorang penduduk tempatan yang berbangsa Cina, "Buat masjid banyak-banyak pun tapi yang pergi dua tiga orang sahaja". Dan kadang-kadang bila penulis mengingatkan teman serumah yang baru balik ke rumah untuk segera bersolat, dia berjenaka, "Di luar sana telah didirikan sebanyak 62 buah masjid dalam masa dua tahun, jadi aku telah singgah di salah satu daripadanya sebelum sampai ke rumah tadi".

Menurut penulis, kita tidak perlu banyak bercerita tentang kebaikan kita dan apa yang telah kita buat kerana lambat-laun mereka akan tahu juga akan kebaikan kita. Bukan apa, penulis cuma bimbang bahawa dalam proses untuk memberitahu orang tentang perkara tersebut kita telah secara tidak sengaja membazir berjuta-juta wang yang sebenarnya lebih baik dimanfaatkan untuk orang-orang yang lebih memerlukan kehidupan, bukannya kuasa.

*Penulis akan menyiarkan gambar papan-papan tersebut tidak lama lagi.

4 comments:

Dad of 4+1 said...

Wow 62 masjid dalam masa dua tahun- banyak tu...

lenovo said...

standard ahh....terengganu kan gila kan publisiti jalanan...

Anonymous said...

ayat dialog pemimpin2 mase nak reka papan iklan...

a:eh, xpe ke wat camni...?
b:ok la ni...ala, derang mesti kagum punyer...
a:ye ke...? ntah, kalu aku la rase cam meluat la plak... x gitu?
b:ala.. mmg la ko meluat, ko intelek.. diorang to bodo sumer... ala jgn riso la! susah2 kain plekat sorang satu je.. murah je nak beli diorang.. stakat kain pelekat apelah sgt? lain la kalu susah nak menang kat putrajaya ke.. damansara ke..
a:tul jugak tu.. ala,manusia ni kalu bg duit.. on je..! xde hal punyer la.. nak2 org melayu..
b: (ikut nada Fafau) tau tak pe!

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT DARI lazerdotFM

Anonymous said...

Bila nk kuar papan gambar 'papan iklan' kt terengganu ni?????