Monday, November 05, 2007

"Colek Kaki Ayam"



Pada malam menyaksikan Arsenal menentang Manchester United dua hari lepas, rakan kepada teman serumah penulis mengunjungi kami dan membawa suatu hidangan yang unik dan eksotik. Mereka memanggilnya “Colek Kaki Ayam”. Ianya tidak lain dari kaki-kaki ayam yang dibuat sup dan ditambah dengan sejenis sos khas yang mempunyai rasa pedas, masam dan agak menyelerakan bagi sesetengah orang.

Boleh didapati di sebuah kedai makan di Jalan Pasir Panjang, berdekatan dengan Masjid Raja Bukit Besar. Menurut Borhan, kedai itu sentiasa penuh dan pelanggan terpaksa beratur panjang untuk mendapatkannya. Harga untuk sebungkus ”Colek Kaki Ayam” yang mengandungi lebih kurang 6 atau 7 ketul kaki ayam adalah RM1.70 dan selalunya pelanggan di kedai tersebut membeli lebih daripada sebungkus.

Penulis berpeluang merasai hidangan tersebut dan rasanya memang sedap! Tetapi jiran kami Faizal kelihatan agak keberatan untuk menjamahnya dan cepat-cepat membasuh tangan dan mulutnya setelah merasainya sedikit.

5 comments:

hartini omar said...

tuan,
-dlm keluarga, hanya ibu sy yg menggemari kaki ayam
-jika sy ke kelantan 17,18,19 dan 20 hb nnt, mungkin sy boleh mencadangkan gerai kaki ayam yg tuan maksudkan
-itupun kalau kami menyinggah kuala t'ganu

RinDiaNieY said...

Sejak baca sal sup kaki ayam ni saya asyik mengidam nak makan. Bila time nak masak aja, ada2 aja masalah dan terpaksa ditangguhkan niat utk memasak. Semalam akhirnya berkesempatan masak sup kaki ayam dan makan beramai-ramai dengan family. Akhirnya tertunai jugak hajat di hati. Kenapa erk? Mengidam kot. hehe

Rohani..

joe said...

eiii.. kaki ayam! tapi kalu goreng garing2 aku makan je... hahaha

Anonymous said...

Nanti aku balik,mung kne bawak aku g situ.
-Stopie

job said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,正妹牆,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站