Wednesday, October 31, 2007
Lesung Sambal RM11.80
Pencarian penulis untuk mendapatkan sebuah lesung sambal beserta alunya berakhir juga petang tadi selepas mengunjungi Pasar Besar Kedai Payang. Selepas berlaku tawar-menawar akhirnya harga lesung tersebut menjadi RM12. Walaubagaimanapun penulis membelinya cuma dengan harga RM11.80 kerana selain dari not 50 itu sahaja duit yang tinggal dalam dompet. Dan penjual itu tidak mahu menerima RM50 itu atas alasan ketiadaan duit kecil untuk memulangkan baki.
Walaubagaimanapun, dengan pembelian lesung batu tersebut ianya tidak semestinya bermakna bahawa penulis akan menjadi semakin rajin untuk memasak atau menumbuk sambal belacan, tetapi sekadar untuk melengkapkan keperluan asas dapur di sebuah rumah orang Melayu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Ada nilai yang sukar diertikan dalam diri tuan.Sy sgt .Terfikir pula sy untuk berbicara tentang kain 'basahan' dalam budaya melayu kita yang semakin dilupakan.Apa yang lebih penting ia berkait dengan agama kita.Berani sy katakan hanya segelintir golongan sahaja yang masih mengamalkannya.Sebahagian besar daripadanya adalah golongan tua2.Eloklah selepas ini,akan ada satu kempen "Sebuah rumah,sehelai kain lepas siam" Amacam,orait x?
-M.A berkacip.
Merujuk kepada tullisan m.a berkacip. Datanglah ke rumah saya kerana ada sehelai kain basahan di dalam bilik air. Saya pun cuba mengamalkan di dalam kehidupan saya walaupun ada ketikanya kita tidak dapat melaksanakannya.Terutamanya ketika menghadiri kursus-kursus atau mengiringi rombongan lawatan dalam jangkamasa yang panjang. Tapi yakinlah bahawa Allah maha melihat lagi maha mengetahui. Wallahu A'lam.
sister from oum
kat rumah ada sehelai kain lepas siam. abg saya amat menggilai kain itu, tapi tujuan sebenarnya bukanlah untuk diguna sebagai kain basahan, tetapi hanyalah sebagai pakai diatas kepala dan pergi tengok cermin... saya amat tidak memahami.....
cikgu maketab
bukankah tajuk disini ttg lesung sambal? hehe
Post a Comment