Tuesday, August 21, 2007
Dindingmu Yang Janda Berhias
Kunjungan ke Muzium Negeri Terengganu yang terletak di Bukit Losong pada petang semalam telah membuatkan perasaan kagum penulis terpalit dengan rasa kesal apabila terpandang beberapa kecacatan nyata pada bangunan muzium itu. Muzium yang merupakan muzium terbesar di Malaysia itu sememangnya gah dengan struktur binaannya yang berpaksikan rumah tradisional Terengganu yang terkenal dengan keunikan pemeleh serta dinding “Janda Berhias” itu. Teringin pula memiliki sebuah rumah yang berciri-cirikan senibina rumah tradisional Terengganu!
Tinjauan kami dari luar mendapati bangunan muzium itu tidak diselenggara dengan baik apabila pokok parasit kecil kelihatan tumbuh di atas dan celah-celah bumbung. Lanskapnya juga tidak terjaga, pokok hiasan yang kekeringan daun-daunnya dibiarkan saja berjuntaian dan warna dinding luarnya kelihatan pudar dan kusam. Susun atur pokok-pokok hiasan tinggi yang terlalu rapat dan hampir dengan bangunan menyebabkan gangguan kepada sesiapa yang ingin “menikmati” kehalusan dan keunikan struktur bangunannya dari luar. Kata kawan penulis, ianya kelihatan seperti sebuah rumah tinggal yang tiba-tiba dikunjungi ramai orang dan sangat sempurna untuk lokasi penggambaran sebuah filem cerita hantu!
Daripada lawatan itu jugalah baru kami faham apa itu Kain Dagang Luar, itu pun bukan kerana bantuan petugas galeri yang manis berkurung hijau itu kerana dia juga tidak tahu dan sekadar bertanyakan semula kepada kami, “Tak ada tertulis ke kat sana?”.
Labels:
Complaint,
Terengganu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
tuan,
-rasa saya, kecacatan kecil muzium terengganu itu ditenggelamkan oleh saiz dan bentuknya yang unik dan gah..
-sewaktu ke sana, saya juga tidak terperinci melihat kelemahan2 kecil yg tuan maksudkan..
-sebagai org mendatang, cukuplah sekiranya muzium itu memberi kepuasan pada setiap kerlip mata yg memandang..
T'ganu traditional houses memang cantik!
Sebuah muzium yang mungkin patut dimuziumkan . hee.. hee...
Tapi aku masih merasakan ia sebuah muzium yang cantik.
rumah "kite" nanti mcm muzium ke? hoho... =0
juz responding to hartini, since i've been there lately...
- i don't think the writer in any way argued the uniqueness of that museum
- the fact that you didn't scrutinize whatsoever on your last visit, that also doesn't seem to deny our irresponsibility to maintain our own place... since you are that ignorant, who cares?
- and the comment went as what the Malays always goes with any issue.. that "tak apa" attitue! so disappointing!
tuan anonymous,
-my words didnt by any way and any how tryin to potray a "tak apa" attitude of malays or whatsoever
-i'm juz tryin to show my respect and gratitude towards d greatness of d muzium indeed
-im not a kind of person who can be blinded easily
-as far as im concern, d muzium is good enuff, at least for me and my 'selangorian' family
-jangan mencari yg hanya tulen dan indah, sedangkan banyak lagi perkara dalaman yg kita lupa..
-lebih banyak ilmu yg saya pelajari di muzium itu melebihi cacat celanya.. sedarlah, bukan semua barang sempurna
-sy tidak berniat untuk mengkritik sesiapa, sekadar menyatakan pendapat saya seadanya
-i think it's fairly good if u can complaint about d muzium's "weaknesses" to the management..
-semoga berfaedah segala tikaman lidah kita!
ww : tak suka cakap belakang
Biasalah.
Kat Malaysia, kita memang ghairah membina. Bina pulak yang gah gah. Terbesar. Terpanjang. Tercantik. Tertinggi. Terpelik.
Tapi bab maintenance atau selengggara, masih tak ke mana.
Pendek kata,
berlagak je lebey tapi seluar dalam berlubang jugaaak !
Post a Comment