Friday, August 31, 2007

Dalam Sekelip Mata Yang Lelap



Sama sekali penulis tidak menyangka rasa mengantuk selepas makan nasi ayam di Kuantan pada tengah hari tadi telah membuatkan saya kehilangan sebuah kereta yang baru saya pakai selama 10 bulan. Semuanya secara tiba-tiba dan ia berlaku dengan begitu pantas, sukar untuk saya menceritakan dengan tepat kesemua apa yang berlaku. Rasa trauma, kebingungan dan tidak percaya masih menyelubungi diri, bagaikan bermimpi tetapi ia memang benar-benar berlaku.

Apabila tersedar dari lelap, saya merasakan berada dalam sebuah kereta yang bergolek dengan melakukan sekurang-kurangnya 3 kali golekan sisi (side roll), ia melanggar sebatang tiang sebelum masuk ke dalam longkang di tepi jalan tiga lorong yang menuruni bukit. Semuanya berlaku dengan sungguh pantas dan apabila kereta itu telah berhenti saya cepat-cepat keluar darinya dan masuk semula untuk mendapatkan telefon tangan saya yang jatuh di bahagian brek.

Minyak kereta bercucuran keluar dari tangki yang mungkin pecah. Dua buah tayar iaitu tayar depan sebelah kanan dan belakang sebelah kiri tercabut terus, sebuah tayar lagi kelihatan hampir-hampir tercabut. Cermin depan pecah dan badan kereta kemek dengan teruk. Apabila saya keluar dari kereta sudah ada sebuah kenderaan di sebelah jalan yang bertentangan telah berhenti dan seseorang bertanyakan saya berapa orang kesemuanya dalam kereta itu. Saya memberitahunya saya berseorangan dan saya tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

Saya agak panik dan bertanyakan pada mereka yang berhenti untuk melihat kereta saya, “Apa yang harus saya lakukan sekarang? Saya tidak pernah mengalami kemalangan sebegini sebelum ini”. Ramai yang memberi nasihat kepada saya pada waktu itu, tentang laporan polis, mekanik, insurans dan terima kasih kepada Yusmadi yang telah menasihati saya supaya melakukan pemeriksaan kesihatan kerana katanya walaupun saya kelihatan okey tetapi itu tidak bermakna saya okey. Seorang mekanik tiba-tiba sampai dan membawa saya ke Balai Polis Beserah dan dialah yang saya beri kuasa untuk menguruskan tentang kereta saya.

Saya belum lagi dan tidak berhasrat untuk memberitahu tentang kemalangan ini kepada ahli keluarga saya kecuali adik saya yang tinggal dengan saya di Kuala Terengganu. Itu pun, kerana saya terpaksa memintanya untuk menjemput saya di stesen bas Kuala Terengganu kerana saya memilih untuk menaiki bas dari Kuantan pada pukul 10 malam tadi. Mujur saya tidak cedera, tiada seguris calar pun. Saya merasakan tali pinggang keledar itu sangat bermanfaat dan amalan biasa saya memakainya telah menyelamatkan saya pada hari ini. Segala puji-pujian hanya bagi Allah.

11 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah.. mujur awak selamat.. em.. btul tu.. semuanya blaku dgn sekelip mata. but one thing yg kita kena ingat.. semua yg kita ada tak semestinya kekal walau kita jaga ianya sebaik mana pun..baik harta,keluarga atau kasih sayang..semuanya pinjaman dr Allah.. hanya Allah yg kekal..semoga kita semua dpt iktibar dr kejadian ni..
-nur-

Anonymous said...

biar betul!!!! idup lagi ko!!!
xnak bgtau family tp bagitau satu dunia kat sini (xde maknenyer)
pepehal, ape yang berlaku pasti memberi pengajaran kepada kita semua!!!
malang sememangnya tidak berbau...
-joe-

Anonymous said...

dasyat...tak sangka awk boleh eksiden smpai mcm tu...alhamdulillah awk okay. tak cedera langsung ke?...my hubby seems to be able to remember you even after just meeting you once...maybe sbb sama2 UIA dgn adik dia kot...

-amalina-

Nafastari said...

Nur, dunia segalanya pinjaman dan ujian. Terima kasih.

Joe, sudah saya khabarkan semuanya kepada keluarga saya. Terima kasih.

Amalina, saya memang tidak cedera lansung. Allah berkuasa atas setiap sesuatu, alhamdulillah. Say salam to your husband, I also still remember him and at that time when we met we had many things to talk about.

hartini omar said...

alhamdulillah...

Kak Aishah said...

Tadi akak cuba call x dpt le plak. Terkejut gak bila baca kat blog ni.
Terus call kg untuk dptkan info terkini.
Alhamdulillah awak selamat. Org kat SA pasti risau. Dah bagitau ke belum?

Maswafi Abd Samat said...

Semoga Allah sentiasa melindungi tuan.

RinDiaNieY said...

Banyakkan bersabar yer Abg Pa. Aniey pun pernah lalui nasib yang sama. Kejadian ni berlaku pada Aug 2005 di mana baru 2 minggu aniey beli kereta dan baru 2 minggu jugak aniey dapat lesen. Then tiba2 accident dengan lori lak tu. 2 minggu jugaklah dekat workshop. Nasib baik ada scooter utk digunakan berulang alik ke tempat keja. Rasa sedih sangat tapi nasib baik kereta tu teruk cuma bahagian depan aja dan aniey selamat. Sejak hari tu, setiap kali masuk aja dalam kereta, aniey amalkan membaca Doa Naik Kenderaan dan alhamdulillah, selepas kejadian tu dan dah masuk 2 thn pun aniey drive, x pernah lagi ada apa2 kemalangan cuma calar2 sikit tu biasalah dan aniey sentiasa berdoa semoga sentiasa dilindungi Allah S.W.T. selalu kerana malang tidak berbau. Dan lagi satu apabila kuar dari kereta, sebelum meninggalkan kereta aniey berselawat banyak2 dan alhamdulillah kereta tu banyak kali terselamat dari banjir masa tinggal di shah alam dulu. Miraclenya, kereta org lain semua tenggelam dan kereta aniey sentiasa terselamat walaupun berada di tempat sama. Alhamdulillah.

Anonymous said...

Syukur pada allah kerana selamat. Memang hati ini terasa ada sesuatu yang berlaku, tapi apakan daya kerana tuan empunya badan memang tidak mahu bercerita. Tetapi rasa hati seorang kakak memang adakalanya benar. Walau apapun, dugaan Allah itu sebenarnya adalah untuk memberi sedikit peringatan agar tidak lalai dan leka dengan dunia yang sementara ini.

sis..

Anonymous said...

saya mendapat berita pasal awak ni dr adik awak..ternyata diri awak dilindungi oleh-Nya...oleh itu berhati-hati di jalan raya...jadikan ini sebagai ikhtibar serta ingatan selamanya...

-waheeda-:)

Anonymous said...

Segala puji-pujian buat Tuhan sekalian alam,dan selawat juga salam buat nabi junjungan tercinta.Semua ini utk kita berfikir dan mengingatiNYA.Sobar la deh..