Tuesday, August 21, 2007

Keropok Lekor




Losong adalah nama sebuah perkampungan di Terengganu yang sememangnya sinonim dengan keropok lekor, sehinggakan timbul silap faham pada definisi “Keropok Losong” itu sendiri. Pelik juga apabila melihat ada gerai keropok lekor yang menggelarkan mereka dengan nama Keropok Losong walaupun ternyata ianya bukan terletak di Losong. Baguslah pengusaha keropok lekor di Mengabang Lekar yang tidak menggunakan “jenama” Losong itu dan penulis sendiri lebih menggemari keropok dari Mengabang Lekar.

Nampaknya Losong telah banyak berubah daripada yang dulu. Pengusaha-pengusaha keropok di sana nampaknya telah diwajibkan menggunakan papan tanda yang seragam dan diharap ianya masih mewujudkan persaingan yang sihat antara mereka. Ada juga gerai keropok yang menyediakan kerusi dan meja seperti sebuah warung dan pembungkusan keropok di sesetengah gerai juga kelihatan lebih menarik. Cuma dipersoalkan kenapa papan tanda bertulis “Kak Yah Keropok”, adakah kerana Kak Yah itu sebatang keropok?

Dan saksikanlah bagaimana besarnya air buah gelas besar yang boleh didapati di Seberang Takir sehingga membuatkan R***an "kembung" perut dan asyik ke tandas selepas menghabiskannya segelas.

3 comments:

hartini omar said...

tuan,
sy juga silap rupanya, mengandaikan yg keropok losong itu adalah 'adik beradik' keropok lekor.. "keropok dari losong" lah sebenarnya ya =P

Dad of Four said...

Sedak tuh! Bile nok belanjo ambo makang?

Anonymous said...

kak yah keropok... maksudnye kak yah punya keropok la... itu pun tak tau ka? hehe... :p
-nur-