Tuesday, July 31, 2007

Hospital Kerajaan



Sungguhlah malang itu tidak berbau dan pada hari Khamis minggu lepas adik yang tinggal bersama-sama penulis ditimpa suatu kemalangan. Segalanya terjadi apabila dia tidak mampu untuk mengawal motosikal Yamaha LCnya selepas membuat suatu brek mengejut sebelum bonggol di hadapan rumah seorang Dato’ itu. Ada dua bonggol yang dibina di hadapan rumahnya dan kami fikir ianya bukanlah sesuatu yang perlu diwujudkan di situ, tambahan pula tiada papan tanda yang memberitahu tentang kewujudannya di situ.

Mujur juga adik saya sentiasa berada dalam keadaan sedar selepas kemalangan itu dan dia cepat menghubungi saya di pejabat. Sesampai di tempat kejadian dilihat mukanya penuh darah yang mengalir dari luka yang agak panjang di atas kening dan agak dalam di dagunya. Baju kerja 7-Eleven yang dipakainya carik di atas bahu kesan daripada geseran dan tompok darah di sana-sini. Saya menjadi gementar melihat keadaanya.

Bagaimanapun, khidmat di unit kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah benar-benar mengecewakan kami. Kami membayar yuran pendaftaran sebanyak RM1 dan selepas sejam (11.30- 12.30 pagi) menunggu di ruang menunggu untuk diberi rawatan dia masih tidak dipanggil oleh mana-mana doktor. Darah yang tadi berlumuran di mukanya telahpun kering dan luka dahinya yang telah dibalut ringkas masih juga tidak berhenti darahnya. Kami membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan di hospital lain, tentunya sebuah hospital swasta.

Kami terus diberi layanan dan rawatan yang sepatutnya sebaik sahaja sampai di Kuala Terengganu Specialist Hospital dan pastilah kami terpaksa membayar harga yang mahal untuk itu. Lapan jahitan di atas keningnya! Sepatutnya adik saya perlu sakit sekali sahaja, kerana sakit hati pada sejam penantian yang sia-sia di hospital kerajaan itu adalah sesuatu yang tidak perlu kami lakukan dari awal-awal lagi.

7 comments:

Maswafi Abd Samat said...

Semoga adik tuan cepat sembuh!

Susah nak komen pasal Hospital Kerajaan kerana nisbah doktor dan pesakit sangat tinggi.

Anonymous said...

tuan,
-sampaikan salam simpati untuk adik tuan yang ditimpa kecelakaan
-ironinya brg/khidmat yang murah & percuma itu bukan lah percuma pada hakikatnya
-kerana ia 'dibayar' dengan nama dan pangkat juga..

Nafastari said...

Terima kasih Maswafi dan Hartini. Adalakala memang benar nama dan pangkat dapat membeli perkhidmatan yang lebih efisen di Hospital kerajaan.

HaNie said...

Kesian Jie. Rupanya teruk jugak dia accident. Terkejut sekali melihat luka yang agak dalam. Ada balik kg sekejap 9-12 aug tp x sempat nak melawat kawan2. Sampaikan salam buat Jie.. Dari sahabat lama.. Aniey..

HaNie said...
This comment has been removed by the author.
HaNie said...

Memang kenyataannya servis di hospital kerajaan memang agak mengecewakan. Hospital swasta adalah yang terbaik dan servis pun bagus tetapi ramai yang bersungut tentang bil rawatan yang tinggi. Sesungguhnya tiada yang percuma di dunia ini. Semoga lebih ramai orang Melayu menyedari kepentingan insurance bagi pembiayaan di hospital. InsyaAllah beban yang tergalas di bahu anda akan selesai dengan adanya insurance. Ada ke yang setuju dengan saya??

Anonymous said...

semoga adik tuan akan lebih berhati-hati ketika memandu jua jadikan kisah ini teladan dalam kehidupannya akan datang untuk orang-orang yang disayangi dan menyayanginya...