Tuesday, August 07, 2007

Seorang Gadis di Zie's Corner

Malam itu penulis berjanji dengan seorang sahabat untuk berjumpa di suatu tempat minum di Ladang kerana untuk mendapatkan bantuannya bagi menyiapkan suatu deraf perjanjian sewa bangunan. Sahabat itu merupakan seorang pelatih dalam kamar. Setiba di sana dalam pukul 9 malam, dia telah pun berada di sana bersama tiga orang rakannya, dua lelaki berusia akhir 20-an dan seorang perempuan yang berusia cuma 20 tahun. Remaja perempuan itu memakai jeans dan t-shirt yang menampakkan bentuk tubuh badannya serta tudung.

Selama kami melepak di situ tidak dapat dipastikan sama ada remaja perempuan tersebut adalah teman wanita kepada salah seorang daripada dua lelaki itu atau pun tidak, tetapi dia agak kelihatan mesra dengan salah seorang daripada dua lelaki itu. Cuma yang menghairankan saya remaja perempuan tersebut lansung tidak menunjukkan reaksi tidak senang apabila lelaki-lelaki tersebut membuat lawak berunsur lucah dan seolah-olah merendah-rendahkan martabatnya. Apabila jam sudah menunjukkan pukul 11 lebih, dia masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk meminta diri untuk pulang ke rumah ibu bapanya.

Jauh di sudut hati tiba-tiba saya saya berasa simpati dengannya kerana dia tidak tahu meletakkan maruah dirinya di tempat yang selayaknya. Lalu saya menghantar SMS kepada sahabat saya yang cuma berada di sebelah saya untuk bertanyakan siapa sebenarnya remaja perempuan tersebut dan kenapa dia berada di situ bersama-sama kami. Balasan SMS yang saya terima, "She's just a cheap woman on the street. Too many girls are like this at Terengganu. So pity."

2 comments:

hartini omar said...

tuan,
-kelu lidah..diam bicara..
-hanya suara hati berbisik lemah
-saya terjemahkan dalam 'hartini'
-sudilah tuan menjengahnya nanti

Dad of Four said...

Wah...got ar like dat!