Thursday, March 01, 2007

Enam

Seorang kawan tiba-tiba mewajibkan penulis untuk menulis enam perkara pelik tentang diri penulis. Untuk tidak mengecewakan hasratnya, lalu inilah enam perkara pelik tentang diri penulis:

1. Selalu menukar topik perbualan secara tiba-tiba sehinggakan orang-orang di sekeliling tidak tahu apa yang sedang difikirkan.
2. Kedai buku menjadi destinasi wajib dikunjungi apabila keluar dengan Nurbaya.
3. Phobia kucing dan orang gila.
4. Tidak membiarkan orang lain membasuh, melipat dan menggosok pakaian sendiri, lebih puas melakukannya sendiri.
5. Suka membeli, mengumpul dan (biasanya) menghilangkan stoking.
6. Mempunyai mata yang sangat sensitif dan menjadi merah pada kebanyakan waktu.

Rules of the game :
Each player of this game starts out by listing 6 weird things about themselves on their own blog, as well as state the rules clearly. At the end you will need to choose 6 people to be tagged and list out their names. After you do that, leave a comment on their blogs letting them know you tagged them.


Permainan ini sebenarnya memerlukan pemainnya untuknya mewajibkan enam orang yang lain lagi untuk menulis tentang enam perkara pelik mengenai dirinya. Walaubagaimanapun, penulis tidak berhasrat untuk meneruskannya. Maaf jua dipohon, Encik Haq.