Monday, February 26, 2007

Muntah di Cerun Fraser







Pagi Selasa itu, selepas sahaja Asri (abang kedua penulis) keluar dari bilik mandi tiba-tiba dia mengajak kami ke Bukit Fraser. Tanpa berfikir panjang penulis terus bersetuju dan kami memulakan perjalanan lebih kurang pada pukul 10 pagi dari Taman Desa. Kami melalui Pekan Kuala Kubu Bharu dan singgah sebentar di situ untuk makan tengah hari.

Perjalanan dari Kuala Kubu Bharu sememangnya agak memenatkan terutamanya untuk pemandu baru seperti penulis. Jalan yang berbukit-bukau dan berbengkang-bengkok seperti ulat kena palu itu bisa saja meyebabkan kepeningan yang melampau. Kesian pada kakak penulis yang kepenatan kerana muntah dengan teruk sekali sewaktu pendakian ke Bukit Fraser.

Tiada apa yang sangat menakjubkan di puncak Fraser, cuma udaranya sedikit nyaman walaupun pada masa yang sama kedapatan cahaya matahari. Abang penulis memberitahu sepuluh tahun dahulu suhunya lebih sejuk dan dan suasananya agak berkabus walaupun di tengah hari. Mungkin kerakusan manusia yang terlalu menginginkan pembangunan yang berbentuk fizikal membuatkan puncak Fraser sudah tidak sedingin dahulu.

Apa pun, air paip di masjid Bukit Fraser masih juga sangat sejuk seolah-olah mengambil wudhu’ di sebuah perigi desa pada subuh hari. Dalam masjidnya juga tidak terdapat sebarang kipas atau alat pendingin hawa, tetapi susananya seolah-olah berada dalam bilik yang dipasang dengan alat pendingin hawa.

Dan sewaktu pulang, Kak Aisyah pula yang mabuk lalu muntah-muntah. Mujur selepas itu terdapat sebuah jambatan dengan panorama yang sangat mendamaikan. Subhanallah. Kami singgah di atas jambatan itu dan pemandangan arus sungai jernih yang deras mengalir di antara perkampungan penempatan orang asli itu benar-benar memberi kelegaan.

2 comments:

Dad of Four said...

F Hill kalu adventurous banyak activities.

hartini_omar said...

nafastari,
try cameron, mornin there mor fabulous..
my next post will be bout it..
nice raya cina hols..
sy ke pulau lagenda.. sayang, segala ceritera sejarah bagai lenyap seperti lagenda jua..