Tuesday, March 06, 2007

Melayu Dari Kaca Mata Lutfi WM

Saudara kembar penulis bukan seorang penulis tetapi dia sangat berminat dengan sastera melayu dan kami sentiasa membaca dan bertukar-tukar bahan bacaan sejak daripada zaman sekolah menengah lagi. Dia jarang menulis, tetapi seingat penulis semasa di sekolah menengah dulu dia pernah menghasilkan sebuah cerpen yang sangat saya kagumi dengan cara penceritaan dan laras bahasa yang digunakan. Kami menghantar cerpen itu kepada guru yang bertanggungjawab kepada sidang redaksi majalah sekolah, tetapi cerpen tersebut tidak disiarkan. Penulis berasa sangat kecewa, lebih-lebih lagi apabila melihat cerpen yang tersiar adalah jauh terkebawah mutunya daripada yang ditulis olehnya.

Dua hari lepas saya membuka komputer peribadinya dan menjumpai sebuah sajak yang saya suka. Saya bertanya mengenainya pada dia. Lalu dijawab, dia menulisnya selepas dia terlalu kecewa kerana melihat sepasang anak muda melayu-Islam yang tidak segan silu berpeluk dan bercium di khalayak. Saya yakin dia menulis puisi ini dari bisikan hatinya dan saya juga telah mendapat kebenaran daripadanya untuk disiarkan di sini.

Sudah berkali ku dengar
sudah puas ku lihat
dan telah sebati dalam masyarakat
ada yang mencemuh
ada yang suka
ada yang malu
adakah yang berfikir

Mana jati dirimu yang dulu-dulu
mana malumu pada orang tua-tua
mana perginya tertib Melayumu
yang selalu dibangga-bangga pemimpinmu
ke mana sebenarnya hala tujumu

Atau mungkin terlalu muda
untuk menjadi hamba
ingin menunggu puasnya segala halwa
kalaulah puas
kalau tak puas-puas

Dalam mencari di mana silapnya
merenung dengan ilmu-ilmuNya
melihat jauh ke dalam mata hati
membuang segala nafsu syahwat yang
akan menyekat segala kebenaran


Bukan kerana buta
bukan kerana jahil
bukan kerana ingkar
tapi kerana terlalu mengikuti
tanpa sedar kita sudah terlalu jauh
mungkin jauh ke dalam lubang cacing
macam yang telah diucap nabi dulu

Kita sudah semakin lewat
pertukaran dimensi pasti berlaku
segala yang digambar sudah banyak yang terlukis
tunjukkan di mana dirimu
mungkinkah sudah terselit dalam lukisan hakikat ini


Seremban, Negeri Sembilan
Januari 2006

7 comments:

Dad of 4+1 said...

Wow..I can never write like that! Rugi lah sidang redaksi yang tak siarkan cerpen Lutfi!

Maswafi Abd Samat said...

Kalaulah aku boleh menulis sajak sehebat itu dah lama awek-awek kat Vista Angkasa terkagum dengan aku. he..he..

Nafastari said...

Terima kasih. Saya kira,sememangnya Lutfi seorang yang berbakat cuma bakat tersebut tidak digilap secara serius.

Maswafi Abd Samat said...

Aku rasa dia tidak perlu menghantar karyanya ke tempat lain, lebih baik dia "publish" karyanya di nafastari. Maklumlah di Utusan dan Berita hanya tempat untuk penulis ternama.

Anonymous said...

tuan,
sampaikan ucap tahniah saya buat saudara Lutfi WM
-menulis yang sememangnya dari hati, pasti akan terus sampai ke hati
-semoga berjaya hendaknya bidang dalam penulisan

Nafastari said...

Maswafi
Saya tidak pasti kalau anda serius atau tidak
Tetapi semua penulis yang ternama pun bermula dari bawah
Saya mempunyai ramai kawan yang hanya bermula dengan menghantar karyanya ke Tunas Cipta tetapi sekarang karya mereka sudah berada di mana-mana termasuk Berita dan Utusan
Semua kejayaan bermula dengan langkah yang pertama.

Hartini,
Terima kasih
Sebetulnya anda tidak perlu memanggil saya dengan "tuan"
kok gue ni siapa-siapa aja...

Anonymous said...

sedap.. pi mmg "jiwang"
tengok dah tau...
blog aku skang:
www.alangtengahbirukundang.blogspot.com
yang dulu dah xleh pakai...