Tidak pernah lagi mengalami saat yang getir sebegini sebelum ini. Tiba-tiba sahaja sejurus selepas waktu maghrib, lebih 20 pelatih perempuan di institusi tempat kami bertugas dilanda “histeria” yang sangat teruk. Dimulai dengan seorang pelatih yang dikatakan diganggu makhluk halus, seterusnya ia berjangkit kepada pelatih-pelatih yang lain pula. Seorang demi seorang menjerit dengan nyaring dan mereka seolah-olah saling bersahut-sahutan. Suasana sungguh mengerikan. Bacaan Quran dan zikir secara beramai-ramai yang dibantu dengan pelatih-pelatih lelaki itu pun nampaknya tidak mampu meredakan keadaan.
Sehinggalah mereka berkumpul beramai-ramai di surau, barulah keadaan reda sedikit. Ada yang cuba berdialog dengan jin dan ada yang memeluk sahabat masing-masing untuk menenangkan keadaan. Sungguh mengharukan apabila sekumpulan pelatih perempuan yang beragama Kristian yang saling berpegang tangan dan memeluk antara satu sama lain merayu untuk tinggal di surau bersama-sama kawan-kawan Muslim mereka yang lain. Mereka juga berdoa dengan cara masing-masing.
Seorang ustaz yang dipanggil untuk membantu bagi menghalau jin dan iblis akhirnya berjaya menamatkan permainan pada malam itu pada kurang lebih pukul 2 pagi. Penulis sempat melihat bagaimana ustaz tersebut telah berdialog dengan jin yang licik itu bagi memujuknya keluar dari tubuh mangsa histeria. Beberapa orang pelatih yang kritikal keadaannya dibiarkan tidur di surau hingga ke Subuh sambil ditemani rakan-rakan sebilik mereka.
Kami diberitahu oleh ustaz tersebut keadaan histeria tersebut mungkin berpunca daripada pelatih perempuan yang tidak membuang tuala wanita yang mereka guna ke tempat yang sepatutnya. Dan orang di sini juga percaya bahawa ia mungkin berpunca daripada seorang pelatih wanita anak bomoh yang dikatakan membawa “saka” daripada keturunannya. Pelatih tersebut tiba-tiba bercakap dalam bahasa Siam sewaktu dia dalam keadaan yang tidak sedar!
Thursday, March 29, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pernah menyaksikan jin bercakap jawa.....
Post a Comment