Saturday, June 09, 2007

Terengganu Yang Mendamaikan

Sudah lebih kurang tiga minggu penulis mula bertugas di Terengganu, negeri kelahiran sendiri, walaupun Bandar Kuala Terengganu ini seolah-olah asing kepada penulis sendiri kerana dibesarkan dan bersekolah di Setiu yang jauhnya hampir sejam perjalanan dari Kuala Terengganu dan jarang sekali mengunjungi Kuala Terengganu kecuali jika terdapat urusan-urusan penting. Sejak tahun 2000 penulis sudah mula tinggal di Gombak dan selepasa itu Port Dickson dan cuma sekarang waktunya untuk kembali mengenali Terengganu.

Hari pertama bekerja penulis telahpun tersesat jalan sewaktu hendak pulang ke kuarters yang sebenarnya mengambil masa cuma 5 minit! Bandar Kuala Terengganu tidak sebesar mana pun, sekarang penulis sudah mula menghafal nama jalan-jalan utama dan lokasi bank serta kedai-kedai tertentu. Yang terlebih penting tiada lagi tol yang membebankan dan kesesakan jalan yang seperti di KL itu. Oppss!! Harga petrol tetap sama.

Pantai Batu Buruk pula tersangatlah dekat dengan kediaman mahupun pejabat penulis. Setiap petang Khamis boleh balik kampung yang cuma mengambil masa 40 minit, tanpa kesesakan dan tanpa tol. Setiap pagi terdapat banyak sekali pilihan makanan untuk sarapan. Segala jenis kuih dan nasi yang pelbagai, anda namakan sahaja. Keropok lekor, Nasi Dagang, Sata, Pulut Lepa mudah untuk didapati. Setiap pagi dikejutkan dengan laungan azan yang bersahut-sahutan dari satu masjid ke masjid dan surau-surau di sekitar. Begitu juga dengan waktu solat yang lain.

Terasa kepala lebih ringan di sini. Setiap pencinta kedamaian sepatutnya berjuang untuk mendapatkan hak untuk tinggal menetap dan membina kehidupannya di Terengganu! ;-)

3 comments:

Anonymous said...

kuala lumpur pasti sunyi tanpa dirimu tuan!
sampaikan salam buat keropok losong yang jarang2 sy temui..
-sy kini warga putrajaya-btugas di jpa-atmosphere yg lengang juga
-hartini-

Anonymous said...

-sekurang-kurangyer tuan dapat kembali bertugas di negeri kelahiran tuan dan menikmati perubahan pembangunan disana.
-sy sendiri anak jati kl kekadang terasa bosan dengan kesibukan kota berbanding kampung halaman yang pokok2 nyer menghijau, air terjun, bayu angin laut dan makanan tradisi yang x lapuk dek zaman

-wahida-

Anonymous said...

-sekurang-kurangyer tuan dapat kembali bertugas di negeri kelahiran tuan dan menikmati perubahan pembangunan disana.
-sy sendiri anak jati kl kekadang terasa bosan dengan kesibukan kota berbanding kampung halaman yang pokok2 nyer menghijau, air terjun, bayu angin laut dan makanan tradisi yang x lapuk dek zaman

-wahida-