Monday, February 26, 2007
Idul-adha di Terengganu
Ramai orang menganggap sambutan idul-adha di negeri Terengganu dan Kelantan adalah lebih meriah daripada tempat-tempat lain, malah lebih meriah daripada sambutan idulfitri. Sangkaan tersebut sebenarnya kurang tepat kerana idulfitri disambut lebih bersungguh-sungguh daripada idul-adha seperti mana juga negeri-negeri lain di Malaysia. Cuma sambutan iduladha di dua negeri tersebut mungkin lebih sedikit meriah daripada sambutan idul-adha di negeri-negeri lain.
Yang membezakan Terengganu dan Kelantan daripada negeri-negeri lain mungkin kerana penduduk mereka yang majoriti beragama Islam (lebih 90% daripada penduduk adalah Muslim) dan banyak terdapat kegiatan penternakan diusahakan di sana sama ada kambing atau lembu. Ini membuatkan lebih banyak haiwan dikorbankan sempena perayaan tersebut dan suasana menjadi lebih ‘hidup’ dan meriah.
Walaubagaimana pun, harus diingat bahawa sambutan idul-adha sepatutnya dirayakan dengan lebih meriah menurut Islam kerana ia disambut selama tiga hari manakala idulfitri hanyalah satu hari. Tetapi lazimnya di Malaysia adat dan praktis telah mengatasi segala-galanya, sedang idulfitri dirayakan selama sebulan, idul-adha pula seolah-olah tidak memberi makna apa-apa terutamanya bagi mereka yang tinggal di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur.
Majalah “i” keluaran Februari 2006 membuat kupasan yang sangat menarik mengenai sambutan idulfitri di Malaysia melalui artikel “Krismas Senasib Dengan Hari Raya” dalam ruangan Teladan Hidup. Ditulis oleh Hasrizal Abdul Jamil, anda boleh merujuk pada muka surat 46 majalah tersebut.
Labels:
Festival,
Terengganu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
nurah kiut!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Post a Comment