Monday, January 29, 2007

Ayah



Ayah tidak pernah memiliki sebuah kereta dan sememangnya beliau tidak pernah tahu memandu kereta. Dia cuma mempunyai motosikal dan dengan motosikal itulah dia bergantung untuk ke mana-mana. Dia akan menjadi seolah-olah lumpuh tanpa motosikal itu.

Malam tadi penulis mendapat satu sms dari kakak yang satu-satunya tinggal di rumah bersama ibu dan ayah. “Moto DAM kena curi pulok di sejid rakaat kedua Isya’… Ayoh gi report polis doh dengan Aziz”. Kemudian satu lagi sms masuk, kali ini dari kakak yang lain pula, mungkin dia sudah mendapat tahu berita itu lebih awal, “Ada berita buruk. Moto ayah kena curi pulok sakni. Tolong wat solat hajat kut2 Allah nak hantar balik moto tu”.

Hancur luluh perasaan ketika membacanya. Ini kali ketiga ayah kehilangan motosikal. Sebelum ini sudah dua kali, kedua-duanya hilang dicuri di tengah malam di rumah sendiri. Sudah dikunci tapi kelicikan pencuri menyebabkan motosikal tersebut berjaya juga dicuri. Kali ini lebih teruk lagi dicuri di kawasan rumah Allah sewaktu ayah menunaikan Solat Isya’.

Walaupun jauh beratus-ratus batu dari kampung halaman penulis sudah masak benar dengan sikap ayah. Dia tenang setenangnya, malah orang lain pula yang lebih gelisah dan risaukan pasal dia. Itulah ayah! Sentiasa sabar menghadapi ujian hidup, dengan keadaan ibu yang sudah lima tahun diserang angin ahmar- lumpuh sebelah badan, tapi ayah masih teguh berdiri menghadapi semua itu. Anak-anaknya yang 12 orang cuma seorang tinggal di rumah, kepadanyalah diharap dapat menyediakan makan minum ayah dan ibu yang uzur itu dengan sesempurna mungkin.

Dan di saat-saat beginilah aku benar-benar berasa perlu untuk berada di sana, tinggal menetap dan bekerja di Terengganu…

3 comments:

hartini omar said...

nafastari..

sejernih air di kali,
jernih lagi wajah ayah..

seharum bunga mewangi,
wangi lagi hembusan nafasnya..

setajam urat berduri,
tajam lagi pemerhatiannya..

yang perlu cuma kita..
anak2 yang harus pula menghargainya..

moga jadi insan terbilang yang tak lupa kasih ibu, tak lupa sayang ayah..

hartini_omar

Dad of Four said...

Ahmad....Lama tak post? Anyway I have decided to tag you....Do check my 22 Feb 2007 (in case you check this comments 10 years later..LOL)posting for details of the tag!

Jabatan Pembangunan Remaja said...

My father also had lost his motorcycle... It was happen at Subuh prayer time... in a mosque area... how sad...

kita rasa nak marah kat pencuri tu... ayah tenang je...
huhu