Monday, February 26, 2007

Masjid Teluk Pelanduk 2

Di suatu Maghrib pada bulan Februari, penulis tiba-tiba berasa seolah-oleh disambut oleh imam masjid Kampung Teluk Pelanduk sewaktu berkunjung ke situ. Entah apa mimpi beliau kerana sebelum ini beliau tidak pernah senyum pun pada penulis, malah senyuman yang diberi pun selalunya tidak berbalas.

Tetapi tidak di petang itu, sebelum kaki melangkahi tangga masjid lagi imam tersebut sudah pun memberi senyuman yang paling manis beserta ucapan salam yang sangat sopan. Kami berjabat tangan dan penulis terlupa samada telah membalas senyumannya atau belum.

Baarakallahu fiih.

2 comments:

Anonymous said...

senyum itu adalah sedekah. setiap sedekah yang diberi bukan untuk mendapatkan ganjarannya.

umi nurahadi

Anonymous said...

kadang kadang saya pun terjumpa dengan orang seperti tuan imam itu. tapi saya membuat andaian bahawa dia tidak perasan akan senyuman kita pada ketika itu kerana mungkin senyuman kita belum cukup manis untuk dibalas.

Umi narahadi