Thursday, August 09, 2018

Sekolah Kanak-Kanak kanser, Lahore

Sudah banyak kali saya sampai ke Lahore, bandar yang paling saya sukai di Pakistan ini hingga saya sering mempromosikannya dengan memberi jolokan "Lahore adalah Pakistan sebenar" membayangi slogan pelancongan yang digunakan oleh tanah air sendiri, "Malaysia adalah Asia sebenar". Lahore itu sebuah bandar yang kaya dengan sejarah dan budaya, walaupun anda mungkin agak kecewa melihat bagaimana pihak berkuasa negara ini mensia-siakannya. Cuma kunjungan kali ini sedikit berbeza dan istimewa.

Kami berjumpa dengan Puan Zai, seorang wanita Muslim berwarganegara Singapura yang berkahwin dengan orang Lahore lebih 20 tahun lalu dan semenjak itu dia menetap di Lahore. Saya lihat dia bahagia dengan kehidupan dan anak-anaknya yang semuanya bermuka melayu, tetapi tidak seorang pun boleh berbahasa Melayu. Puan Zai sendiri lebih fasih berbahasa Urdu berbanding Melayu, dan kami banyak berbicara dalam bahasa Inggeris dan kadang-kadang diselang-seli dengan bahasa Melayu. Dan perkara yang paling saya kagum dengan puan Zai adalah kerana kesungguhannya mengusahakan sebuah sekolah kanak-kanak khas di Hospital Kanak-kanak Lahore, saya rasa dia adalah seorang perempuan yang luar biasa.


1 comment:

Unknown said...

This article is Superb...
Waoaw this is Amazing...
Kindly check my Game
Bike Riding