Wednesday, January 26, 2011

Bersalam Dengan Bukan Mahram

Tentu dia bukan wanita yang biasa. Kerana di sebalik wajahnya yang redup dan lembut itu rupa-rupanya ada semangat juang yang tinggi dalam dirinya. Kewibawaannya terpancar melalui patah bicaranya yang disusun berhati-hati sebelum dituturkannya. Jika melihat pada raut wajahnya yang lembut, imej dan keterampilannya sukar mepercayai bahawa dia akan  berucap dengan tegas, berani dan yakin begitu. Tapi dia telah membuktikan kepada semua bahawa tangan yang menggoncang buaian itu mampu menggoncang dunia.

Dan tiba-tiba semua orang ingin melihat tangannya. Ingin melihat jika dia akan bersalam dengan lelaki bukan mahramnya. Ingin melihat jika dia memakai sarung tangannya atau pun tidak. Semuanya gara-gara seorang apek tua bacul yang pernah dilihat dalam video lucah lucah itu! Dia mempersoalkan tindakan wanita yang beragama Islam itu yang tidak bersalam dengan mana-mana lelaki bukan mahramnya dan seolah-olah suatu masalah yang besar untuknya. Apek tua yang biadap itu lupa dia sedang tinggal di sebuah negara yang telah terang-terang menamakan Islam sebagai agama Persekutuannya dan di negaranya terdapat berjuta-juta orang Islam yang diwajibkan menjaga adab dan tatatertib sebagaimana yang dipraktikkan oleh wanita itu.

Cuma masalah apek tua bacul itu adalah kerana kawan-kawan Muslimnya tidak pernah memberitahunya tentang hukum dan adab itu. Kerana kawan-kawan Muslimnya juga tidak pernah mempraktikkan amalan itu di hadapannya, lalu menjadikan apek tua itu sangat jahil. Jahil sehingga dia berani menepuk air di dulang, meludah ke langit.

Dan wanita itu dengan tenang terus bersuara bagi pihak saudara-saudara seagamanya menjelaskan pendirian dan prinsipnya, lalu melegakan semua yang sejalan dengannya. 

"Saya anggap 53 tahun (kita) merdeka, komponen BN gagal memahamkan ahli komponen mereka, (termasuk) MCA dan sebagainya, bagaimana adab bersalaman seorang individu muslim dan dengan yang lain. 

"Kami sebagai individu Muslim, kami (wanita) memang tidak bersalam dengan lelaki... Begitu juga dengan kaum Tiong Hua, kami bersalaman dengan perempuan (Tiong Hua) tidak ada masalah, (sebab) mereka perempuan.

"Hatta kami saudara seislam pun, kami tidak bersalaman dengan lelaki."



Terima kasih Normala Sudirman.

35 comments:

kelisa_samudera said...

sebab ADUN BN pun mmg janggal kalo dilihat tak bersalam dengan pempuan. macam mana diorang nak memahamkan MCA?

yg_indah said...

kalau kalah PRK pun dikira menang bukan?menang dalam usaha menerangkan Islam pada yang kurang memahami.

ashrafi said...

Dia kafir dan jahil, tidak hairan untuk memberi 'statement' sebodoh itu. Tetapi yang MENDUKUNG beliau di belakang, yang kononnya parti pejuang Melayu dan Islam itu yang sangat memalukan serta kurang ajar.

WS Zuriati said...

sokong cikgu mala....saya mengaku tak seberani dia tp dlm hati tetap benci kepada kemungkaran.

dhuat79 said...

Nafastari telah meninggal dunia. Mari kita sedekahkan al fatihah. Adik ipar saya.

dbalkis said...

Alfatihah buat arwah..akan sering baca karya arwah walaupun tak aktif melawat nafastari sebelum ini.

Aishah Jamal said...

Semoga blog ini nanti menjadi pelepas rindu kepada anak-anak arwah.

Alfatihah....semoga rohmu dimuliakan oleh Allah swt.

Untuk pengetahuan pembaca blog, arwah akan dikebumikan sebelum zohor hari ini.

Anonymous said...

Innalillah.. moga Allah swt merahmati Arwah..

ryani said...

al-fatihah buat wan ahmad fadzil...walaupun mungkin pernah bersua di uia dulu..akak doakan moga roh mu dicucuri rahmat...

Anonymous said...

Al Fatihah buat arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat oleh-Nya...

-Artakuz-

muhammad safwan said...

al-fatihah

Anonymous said...

al-fathah....amin.

Abe Am said...

innalillahhh...

meninggal sbb pe?
sakit?

isminajah said...

salam..tersentuh dihati..

alfatihah..smg rohnya ditempatkan dikalangan hamba2Nya yang beriman..amiin ya rabb.

Ahn said...

alfatihah..

Rohaifi Azri@Denai Cinta said...

Al-Fatihah dari kami para blogger... Semoga rohmu sahabat, ditempatkan ALLAH SWT di kalangan hambaNYA yang beriman dan beramal soleh.

aizam said...

saya tersentuh dgn kehilanganya...

MISS NUR HIDAYAH said...

al-fatihah..semoga tenang dalam persemadian..

adi said...

tiada lagi cerita tentang Pakistan yang boleh amber baca melalui blog ini..

Kawan, moga rohmu dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama sama orang-orang beriman dan beramal soleh..

eikieyn said...
This comment has been removed by the author.
eikieyn said...

Al-Fatihah. :)

s_inor said...

al-fatihah buat wan ahmad..seorg sahabat yg disenangi ramai. semoga rohmu ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. aamin..

buat si isteri, bersbrlah dgn ujian Allah ini. sesungguhnya Allah menjanjikan ganjaran kpd mereka yg redha & sbr. sesungguhnya Allah lebih menyayanginya.

sue said...

Tahun lepas Pa mengucapkan takziah pada saya kerana kehilangan emak, tahun ini Pa bersama emak saya...sesiapa yang kehilangan, pasti merasai...isteri Pa dilihat tenang dan tabah....ku cium wajah embun sepenuh hati...anak yatim...mujur wajah Pi sama..maybe ubat rindu

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

Alfatihah..
Semoga isteri arwah tabah hadapi segalanya
takziah juga tuk kuarga arwah..
sememangnya beliau seorg yg baik & terbaik, sbb itu Allah lebih menyayanginya..

Anonymous said...

AL FATIHAH buat allahyarham dan moga roh ditempatkan bersama golongan orang beriman..takziah kepada keluarga allahyarham..sungguh terharu dan sayu terutama setelah membaca entry catatan buat anaknda kedua..sungguh indah kata2 seorang ayah kepada anaknya..wlaupun tak pernah kenal allahyarham tapi dapat dirasakan allahyarham sangat baikk dan ikhlas..Allah menyayanginya..al fatihah..

SYAIFUL KZZ
CHEMOR,PERAK

Ohimesama said...

He is an outstanding man

since the first time i knew him back in IIUM

to me,his kindness and warmth will be remembered for the rest of my life

to wife and daughters,i pray that Allah will grant you strength to overcome this trial and to get through this trying time

Only the shoulders that carry the burden know how heavy it is

But i hope you know, that many people are praying for him

and for you and daughters too....

InshaAllah they will grow up to be as outstanding as their father

with kind thoughts and love

Cik Sizu said...

takziah kpd keluarga arwah
Alfatihah buat allahyarham

HURUL EIN said...

Kullu nafsin zaa iqatul maut.. Al-Fatihah buat Allahyarham, salam takziah buat mawar, alhamdulillah.. suamimu insan soleh, pasti ditempatkan bersama para solehin..

*menjadi peringatan utk kita semua, ajal yang datang kadang-kala tiada tanda.. mungkin kita pula yg akan menyusul kemudiannya..

shafizah said...

al fatihah.
saya tak pernah baca blog ni.
dapat tahu berita tentang arwah dari pensyarah introduction to law saya, dr farah nini.

Penanggah said...

al fatihah.. smoga roh beliau dicucuri rahmat allah..

aisyah ahmad said...

al-fatihah..

mati itu PASTI..
semoga mawar tabah..

Anonymous said...

Inallilahi..AlFatihah, to you my friend. I just found out because I missed your comments on my blog!I thought of visiting your blog to find out what you have been up to and what a shock!What a tragedy! What a Loss!
How? when? what happened?!
We have never met but we knew eachother well from our blogging and from what I read of your blogs and your comments you are indeed one of a kind...May Allah take you into His Care and may you find eternal Peace in Him.
Your frined in blogging, Shamsul Bahari aka The Cheeseburger Buddha.

imranirsyad said...

innalillah,,baru je melawat blog ni...

al-fatihah

Irfa said...

alfatihah..semoga arwah di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman.

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)