Waktu fajar semalam saya berjumpa dengan jiran saya di masjid belakang rumah kami. Sudah lama saya tidak berjumpa dengannya dan berborak panjang. Baru saya tahu dia masih menyambung pelajarannya di peringkat A-level di sebuah sekolah swasta antarabangsa yang terletak tidak jauh dari rumah kami ASAS School.
"Walaupun saya menghadiri kelas, tetapi saya masih berpuasa", dia memberitahu saya dengan bangga. Jiran saya yang berjanggut dan berjambang itu sudah berusia 24 tahun. Saya diam sahaja, sengaja tidak memberi pujian atau galakan kepadanya seperti yang dia harapkan. Kerana di negara saya Malaysia, budak darjah satu yang berumur 7 tahun pun sudah mula berpuasa dan sudah tentu mereka ke sekolah seperti biasa. Tetapi apa yang saya dengar dan lihat, di Pakistan ini kebanyakan budak-budak tidak diajar untuk berpuasa. Dan ramai orang Pakistan yang saya jumpa bertanyakan saya, dengan serius, "adakah anda berpuasa hari ini?" Lalu apabila saya menjawab "ya" mereka akan memuji saya. Kadang-kadang saya berasa malu dengan sikap mereka dan tergelak sendirian.
Dua hari lepas saya melihat seorang perempuan mengandung minum dengan selambanya di siang hari di hadapan orang ramai. Saya tahu dia mengandung dan berhak mengambil rukhsah (keringanan untuk tidak berpuasa dan menggantikannya kemudian), tetapi tidakkah dia berasa malu atau tidakkah dia ingin menghormati orang yang berpuasa? Dan banyak cerita yang saya dengar, orang-orang kaya di sini tidak berpuasa tetapi mengupah orang lain untuk berpuasa untuk mereka. Saya menjadi semakin tidak faham dengan negara republik Islam ini. Kata orang yang berbangsa Punjab, puasa adalah milik orang orang Pashtun (Pathan) dan biarkan Pashtun sahaja yang berpuasa. "Ramzan janay, Pathan janay", kalau anda memahami Urdu anda akan faham bagaimana pandangan sesetengah orang Punjab mengenai puasa.
Secara rasminya Pakistan mula berpuasa sehari lebih lambat dari Muslim di Malaysia, Arab Saudi, malah Amerika Syarikat juga. Mereka cuma melihat anak bulan sehari lebih lewat berbanding negara-negara Islam lain di dunia ini. Sangat pelik apabila negara yang di sebelah timur dan barat sudah berpuasa tetapi Pakistan yang berada di tengah-tengah belum berpuasa, entah kaedah apakah yang diguna pakai oleh Pakistan dalam menentukan tarikh permulaan puasa.
Dalam Ramadhan ini saya sangat gembira melihat semua pengawal keselamatan di rumah jiran-jiran saya (hanya rumah saya tidak berjaga) semuanya rajin membaca Quran. Setiap kali melalui pondok mereka saya pasti terdengar alunan ayat-ayat suci pada setiap pagi, petang dan malam. Walaupun mereka tidak berpeluang berjemaah di masjid (termasuk solat jumaat), tetapi mereka sangat rajin bersolat dan menunaikannya sebaik sahaja azan dikumandangkan menandakan masuknya waktu. Pada setiap malam sewaktu saya balik dari bertarawih dari rumah Malaysia, saya terlihat jaga di rumah berhadapan dengan rumah saya masih lagi bersolat dengan khusyu'nya di kawasan terbuka di tepi pondoknya dan jaga di sebelah kiri rumah saya membaca Quran dengan lunaknya. MashaAllah.
Apko ramzan mubarik ho!
5 comments:
aku dijangka akan beraya di islamabad. aku akan beraya tatkala hang berpuasa pada hari ke 30. hehe :)
Bagusnya. Susah nak nampak dekat Malaysia mcm tu..
Hanie..
Good fill someone in on and this mail helped me alot in my college assignement. Thanks you on your information.
lucu bila baca kiah2 mengenai ke'aneh'an orang pakistan. tapi,are Pakistanis really THAT bad?sbb cm byk sgt negatifnye ni ha..ke segelintir je..thing cm org kaye tu..rmai ke cmtu?
keep telling stories about pakistan.it's fun reading ur entrie[i dun mean i'm having fun laughing at weird pakistanis or wht.lol]
KNizam,
Kamu akan berpuasa lebih seharilah tahun ini, kalau jadi beraya di Islamabad.
Hanie,
Bab tu baguslah, walaupun bukan semua yang buat macam tu. Mereka sangat rajin sembahyang dan baca Quran.
Anonymous,
Baguslah kalau begitu.
Serikandi Islam,
Nak kata segelintir pun tak boleh, sebab ramai juga. Tapi saya pun tiada statistik rasmi mengenai perkara ini. Tapi ianya memang berlaku. Terima kasih, teruskan membaca.
Post a Comment