Jika anda berhasrat untuk berbuka puasa dengan Somtam, Tomyam dan pelbagai jenis masakan Thai pada hari lahir anda sendiri yang jatuh dalam bulan Ramadhan, sepatutnya ia bukanlah sesuatu yang sangat sukar untuk ditunaikan. Tetapi ia tidak menjadi semudah itu di Islamabad. Satu-satunya restoran Thai di Islamabad yang menyediakan hidangan Thai tanpa tambahan rasa masala Pakistan adalah di Hotel Mariott, di restoran lain seperti Restoran Heng Chang tidak terdapat Somtam, malah Tomyam-nya pun hanya akan membuat anda kecewa. Saya rasa Tomyam masakan saya sendiri lebih baik dari Tomyam di Heng Chang.
Saya pun dengan besar hati mengundang Mawar untuk berbuka di Mariott pada hari ini, 23 Ogos sempena dengan hari lahirnya. Tetapi ada satu perkara yang menghantuinya dengan serius, iaitu peristiwa pengeboman berani mati di Mariott pada dua tahun lepas (2008) yang mengorbankan lebih 100 nyawa. Ianya berlaku dalam bulan Ramadhan, beberapa minit selepas masuk waktu Maghrib ketika Muslim sedang mula berbuka puasa.
Walaupun kata orang biasanya pisang tidak berbuah dua kali, tetapi pada petang tadi Mawar telah lupakan segala impian di hari lahirnya. Dia tidak berani menjejak kaki pada waktu berbuka di Hotel Mariott yang sebenarnya telah dikawal ketat dengan pagar tinggi berkawat duri berupa kubu itu. Lalu pada waktu berbuka tadi, tiada Somtam, tiada Tomyam. Kami cuma berbuka dengan air sirap dan Jemput-jemput pisang. Dan selepas solat Maghrib di rumah, menuju ke Restoran Nando's di Sektor F-6 meratah ayam dengan sos peri-peri. Inilah antara pilihan yang terbaik di sebuah negara yang tidak stabil kedaan politik, keselamatan dan kemudahan asasnya. Tetapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya Islamabad tidaklah mengalami banjir yang dahsyat seperti di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.
Selamat hari lahir yang ke-25, Puan Mawar.
Selamat hari lahir yang ke-25, Puan Mawar.
9 comments:
jangan lupa memesan pulut mangga. minta mangga anwar retol yg kecil2 tuh. memang best dikenakan dengan pulut dan sedikit santan di marriot tuh. hehe :)
Salam, Tak per, boleh tunda nak belanja Pn Mawar kat Mariott lepas raya nanti Belated Treat. he he he
selamat hari lahir untuk mawar.
lain kali hg kena beli pes tomyam tu, tambah ayam/daging dlm kuali dah jadi tomyam.
salam
dah lama teringin nak merasa som tam
salam hari lhr buat mawar...
2 la dugaan duk ngra org deh...moga bersabar...
mmmmm...
kite mmg perlu sgt2 bsyukur wpon tiada somtam, tiada tomyam...
ade jugak ayam..
bile tgok gambo2..mereka yg kena banjir tu.. huuhh.. moge Allah bagi kekuatanlaa pd diorang.
cuba la buat sendiri si som tam tu..takle sesusah mana..antara bahan yang sy tau..betik muda, kacang tanah (yang telah digoreng) ditumbuk, kerisik, udang kering, letak le belacan dan cili untuk pedas..hihi..
Tak pernah buat pong..
Nailofar, betik muda takde kat pakistan.. Huhu.. Kalau ada dh lama buat sndri
Post a Comment