Tuesday, April 06, 2010

Perempuan-Perempuan Islamabad

Sebelum saya datang ke Pakistan saya mempunyai tanggapan bahawa perempuan Pakistan semuanya bertudung dan menutup aurat kerana Pakistan adalah sebuah Republik Islam. Tetapi setelah hampir setahun saya tinggal di Islamabad, dirumuskan bahawa di Islamabad terdapat lebih ramai perempuan yang tidak bertudung. Walaupun mereka memakai kurta dan shalwar tetapi kurta mereka sangat ketat terutamanya di bahagian dada, belahan sisinya sangat tinggi sehingga kadang-kadang menampakkan kulit perutnya. Walaupun mereka membawa dupatta (selendang) apabila keluar rumah tetapi dupatta tersebut hanya diletakkan di atas dada, bukan di atas kepalanya.

Hanya sebahagian dari mereka yang meletakkan dupatta di atas kepala bagi menutup rambut. Tetapi apabila mendengar azan mereka semua akan cepat-cepat menutup rambut mereka dengan dupatta tersebut dan akan meletakkan kembali hanya ke atas dada mereka apabila azan selesai. Menurut cerita yang saya dengar, mereka akan memastikan sehelai dupatta berada di atas dada mereka kerana biasanya perempuan Pakistan selesa tidak berbaju dalam, jadi sebab itulah mereka perlukan sehelai dupatta bagi melindunginya.

Di kedai-kedai makan yang biasanya menjadi tumpuan muda-mudi, kelihatan ramai perempuan yang berpakaian lebih moden dan kurta yang lebih ketat, bermekap tebal, menghisap rokok dengan bangganya, termasuk di restoran Mint yang sempit dan berhawa dingin itu. Di restoran Rendovouz Sektor F7 perempuan-perempuan Islambad menghisap rokok dan shisha di kawasan terbuka, sambil bergelak ketawa bagai menarik perhatian semua lelaki.

Kadang-kadang saya pelik dan benar-benar ingin tahu kenapa perempuan Islamabad kelihatan sangat biadap, sombong, bodoh dan kurang ajar bagai tidak pernah ke sekolah. Mereka tidak suka beratur dan suka memotong barisan dengan muka selamba tanpa rasa bersalah dan malu, tanpa mengira perasaan orang lain yang sudah lama beratur. Pernah di restoran McDonald seorang perempuan memotong barisan yang panjang ketika giliran Mawar untuk membuat pesanan. Walaupun ditegur dan dimarah, dia tetap ingin memotong barisan itu tanpa sekelumit malu. Saya pernah memarahi seorang juruwang di sebuah farmasi di Sektor F6 kerana mengutamakan seorang perempuan yang hanya baru datang sedangkan saya telah lama menunggu untuk dilayan, lalu saya sengaja tidak jadi membeli ubat-ubatan yang telah berada di tangan saya kerana ingin 'mengajar' mereka. Hampir setiap hari kami berhadapan dengan perempuan yang berperangai begini di Islamabad, sehinggakan kadang-kadang kami menjadi sangat tertekan dan hilang sabar.

Begitulah juga sikap perempuan Islamabad sewaktu memandu di jalan raya. Beberapa hari lepas di Pasaraya Metro saya menyaksikan bagaimana bodoh dan biadapnya seorang pemandu perempuan yang cuba berebut petak letak kereta yang sememangnya bukan haknya. Terdapat sebuah kereta di hadapannya yang sedang menunggu untuk memasuki petak tersebut kerana kereta di petak tersebut sudah hendak keluar. Tiba-tiba perempuan yang memandu Honda Civic (LOY 60) datang untuk juga memasuki petak tersebut. Sewaktu dua buah kereta tersebut berasak-asak, perempuan itu tidak mahu mengalah malah melanggar sedikit bahagian sisi kereta yang hendak memasuki petak itu. Lelaki itu akhirnya berjaya mendapatkan haknya dari perempuan  itu. Saya rasa semua orang yang menyaksikan adegan tersebut pasti akan mengutuk perempuan pencuri yang sangat kurang ajar dan tidak tahu malu itu. Dan dia juga telah menunjukkan contoh yang paling hodoh kepada anak perempuan yang duduk di sebelahnya.

Dialah salah seorang perempuan Islamabad yang berdupatta di atas dada, yang memberi imej buruk kepada Islam dan Islamabad, yang bermaksud tempat menetap Islam.

7 comments:

amdang81 said...

hmmm... no komen. :)

KopiahPuteh said...

Mungkin sebab lelaki sana sgt menghormati perempuan..
Atau..kete dia power kot.mungkin dia guna engine type-r B16B kot..hhaha

Rafi Harumin said...

perangai....perangai...

Mince4AM said...

Haha, Ahmad, pernah tak anda tanya kaum lelaki di sana kenapa perempuan di sana berperangai demikian...Kotnya bagi mereka, biasa je...atau di abad baru ini sahaja kaum wanita di sana berperangai sedemikian

Nafastari said...

Amdang81,
Aku saja yang banyak komen, sebab aku mengalami sakit hati yang teruk dengan kebiadapan dan kebodohan mereka, setiap hari.

KopiahPuteh,
Itulah salah satu sebabnya, menyebabkan perempuan yang buat silap dan berkelakuan kurang ajar tidak pernah akan ditegur oleh lelaki Pakistan.

Ashrafi,
Minta dijauhkanlah perangai kurang ajar sedemikian dalam keturunan kita.

Mince4Am,
Yang berperangai demikian biasanya yang kaya-kaya. Di sini orang kaya sangat kurang ajar, menindas yang miskin, berlagak, sombong, dan selalu melanggar undang-undang. Dan mereka juga boleh 'membeli' apa-apa sahaja dengan duit dan kuasa mereka.

aseefakurang ajar said...

My husband pakistani.
sister in law dtg msia nk cri keje. Aru je duduk serumah xsmpe 1week dh buat perangai mcm2 seolah-olah rumah tu die punye. Skrgni dah nak berambos sbb I bagi kata dua to my husband

arina said...

saya sangat percaya apa penulis ni cakap..memang dorang ni tak bertamadun..
sy dah baca semua penulisan penulis mengenai pakistan..orang pakistan mostly kurang adab sopan santun dan islamik...gah di mulut sahaja tetapi kenyataan betul apa yang penulis ni cakap..
walau hanya sebulan sahaja saya di pakistan pada mac 2020,dari pemerhatian saya sama seperti penulis ni pada tahun 2010,and sy pergi ke sana pada 2020...
mungkin untuk travelar yg datang ke pakistan untuk jalan2 ataupunpunya saudara di sana,akan ada perbezaan tanggapan..
tetapi bagi saya,lebih baik di malaysia..
cara membawang di malaysia dgn pakistan-kita tidak teruk dr mereka..
cara budaya kita lebih elok dari mereka..
sesama kita kalau bercanggah pendapat,masih ada logik dan akal fikiran,tetapi kalau mereka,mereka jelah yang betul sbb dorang rasa negara,budaya,keagamaan dorang lebih maju dari negara lain...
-time kenduri contoh(masa datang penuh menutup aurat,tapi sampai je ke tempat duduk perempuan punya terus bukak jadi freehair)
-and kaum perempuan yg tak educated tidak bekerja,duduk rumah saja,dah kawin dok rumah n suka mintak dibelikan macam2 dari abang mereka yang dah berkahwin juga,tak tahu apa function suami mereka tu-dah lah kahwin dgn sang lelaki dah di bagi set isi rumah pelbagai termasuk motor..
-tahap penceraian sana sama sahaja seperti di sini...berlaku juga keganasan rumah tangga
-tapi memang tak boleh blah lah kaum perempuan sana tahap membawang n belagaknya..(sy tak kata semua lah(ini pemerhatian yang saya nampak di kawasan gujranwala,2jam dari lahore)
-hah lagi kaum kt sana sama je ada pemalas juga (kalo yang pernah berhijrah ke luar negara lepastu balik pakistan lama utk bercuti pon kena kutuk juga asik duduk rumah je tak bekerja,padahal yang mengata tu pon bukan tak bekerja pon..tula tahap tak sedar diri mereka...