Semasa di Mekah pada minggu lepas, saya berjumpa dengan seorang pemuda yang berketurunan Arab dari Utara Afrika (Tunisia) yang dilahirkan dan dibesarkan di Perancis. Namanya Bashir dan setiap hari dia memakai sarung pelikat yang dipadankan dengan kemeja T. Dia memberitahu saya bahawa dia adalah seorang muallaf baru sahaja memeluk agama Islam. Lalu saya bertanya apakah agamanya sebelum ini. Dia berkata mungkin Kristian, kerana mereka tinggal di Perancis. Ibu bapanya tidak pernah peduli tentang agama, tetapi kali ini dia datang ke Mekah bersama bapanya yang baru sahaja dipekenalkan kepada Islam olehnya sendiri. Dan menurutnya ibunya juga inshaAllah akan menjadi Muslim tidak lama lagi.
Menurut Bashir terdapat banyak sekali orang berketurunan Arab yang tinggal di Perancis dan mereka tidak lagi beragama Islam, tetapi tetap mengekalkan nama Arab mereka dan mereka sangat tertutup fikirannya mengenai Islam. Bashir yang pernah melawat Malaysia sangat terpegun dengan masyarakat Islam Malaysia yang masih mengamalkan sebahagian besar dari ajaran Islam seperti memilih makanan halal, tidak meminum arak, bersolat dan menutup aurat. Dia selalu bercerita kepada ayahnya tentang orang Islam di Asia tenggara.
"Jadi mereka ingin menjadi Arab?" Ayahnya yang berketurunan Arab selalu keliru dengan antara bangsa-keturunan dan agama. Dan Bashir selalu membetulkan tanggapan ayahnya itu.
Saya memberitahu Bashir, "sila beritahu ayah kamu, saya tidak ingin menjadi Arab, saya senang menjadi Melayu, yang bersopan-santun, jujur dan berbudi bahasa. Tetapi, ya, kami tetap akan memastikan anak-cucu menjadi Muslim." Saya benar-benar memaksudkannya.
Saya lihat sendiri bagaimana biadap dan kasarnya seorang perempuan Arab menolak dan mengganggu orang yang tengah bersolat dalam masjidil haram, hanya semata-mata ingin mendapatkan satu ruang solat untuk dirinya sendiri. Dan tatkala selepas sa'ie seorang pemuda Arab dengan selamba tanpa malu-malu mengambil gunting kecil saya dan mengguntingkan rambut jemaah lain dan mengutip bayaran dari mereka. Apabila saya meminta kembali gunting itu dia enggan mengembalikan kepada saya. Setelah saya memberitahunya bahawa itu adalah hak saya dia membaling gunting itu ke lantai dengan marahnya dan terkena kaki seorang perempuan Arab yang berkerusi roda. Tercengang saya melihat perlakuan orang Arab dalam masjidil haram yang terletak di tempat paling suci bagi orang Islam.
Dan saya juga memilih untuk tidak memasuki Raudhah di Masjid Nabawi dan mengucup hajarul aswad di suatu sudut Ka'abah setelah melihat keadaan yang sangat padat dan tegang. Sewaktu hendak masuk ke terminal berlepas di lapangan terbang di Jeddah, orang-orang Arab dan Pakistan memilih untuk berebut-rebut dan tolak-menolak. Saya berkeras menyuruh mereka beratur dan tidak memotong kami yang mendukung anak kecil dan menolak kereta sorong bayi. Ada orang Arab yang mencarut kepada saya.
Seorang perempuan Arab Lubnan yang tidak menutup rambut menghampiri saya. Dia sudah lama memerhatikan saya yang asyik menyuruh orang beratur termasuk dirinya sendiri.
"Saya sangat malu sebentar tadi kerana disuruh beratur oleh kamu. Inilah perangai orang Arab dan saya telah terpaksa menjadi sebahagian daripada mereka. Ada orang berkata jika sekiranya orang Arab sudah mula pandai beratur, maka nescaya sudah lama Israel dapat dikalahkan oleh orang-orang Arab yang tinggal di sekeliling mereka. Tetapi malang sekali orang Arab tidak mahu beratur." Dia mencebik.
12 comments:
susah nak tegur org arab ni kan.ego mungkin.
Salam,
Dalam sungguh maksud kata-kata perempuan Lubnan itu. Sesuatu untuk difikirkan bersama.. :-)
Teruskan menulis!
andainya kata kata wanita lubnan itu dapat direalisasikan...
Salam
Didoakan Ahmad,Mawar dan Embun dalam lindungan limpah kasihNya.
Satu perkongsian cerita yang menarik.
Tapi negara kita sekarang pun ramai yang berperangai macam "Arab' ni.
Tak percaya, naiklah pengangkutan awam.
Kata ustaz saya, ada hikmah Nabi & Rasul diturunkan dari kalangan bangsa Arab. Mereka berhati batu.
tidak hairanlah Allah turunkan mereka ujian peperangan.....itu sebabnya.....
eh melayu juga susah ditegur.
Secara peribadi, saya sangat tidak percayakan org Arab!!!
Terasa sebak dada baca entry ini.Aku pun xtau di mana tempat yang membuatkan aku tersentuh.
Lutfi
namun pada UJ... mereka juga tidak akan berjaya mengalahkan Palestine kalau mereka beratur kerana mereka Arab bukan kerana mereka Islam..
Yg_indah,
Ya mungkin, dan juga degil.
Edalia,
Dia kecewa dengan bangsanya sendiri, dan dia tahu dia tidak punyai kemampuan untuk mengubah mereka.
Ashrafi,
Kita mengharap begitulah.
Water Lily,
Terima kasih. Orang yang berperangai kurang tamadun begitu ada di mana-mana, di Arab Saudi, Pakistan, Malaysia dan lain-lain lagi. Tapi rasanya di Arab dan Pakistan lebih ramai berbanding dengan Malaysia.
Amieroziana,
Ujian peperangan? Tidak berani pula saya hendak menghukum begitu. Allah lebih mengetahui.
Yg_indah,
Ada juga orang Arab yang senang ditegur, mereka berlapang dada apabila kita menegur sesuatu. Ya, ada juga Melayu yang susah ditegur.
Atbk,
Terserah kepada masing-masing. Saya juga ada kawan Arab yang sangat baik, saya percaya padanya.
Lutfi,
Benarkah? Semoga bermanfaatlah untuk kita semua.
UJ,
Saya kurang faham. Arab perlu mengalahkan Palestin? Arab perlu bersatu dan bekerjasama untuk mengalahkan Israel dari menduduki Palestin. Tidak kiralah Arab itu agama apa pun, tapi yang kita tahu memang kebanyakan Arab itu adalah Muslim.
kata2 wanita lubnan itu sangat dalam...
Kebanyakan bgsa Arab kini hanya Muslim pada nama..Wallahua'lam. Apa yg sgt2 diharapkan ialah pemimpin2 negara Arab sekeliling Palestin itu melakukan sesuatu dgn kekayaan & kemewahan yg Allah kurniakan kpd negara mereka utk membetulkan keadaan. Byk cara yg boleh mereka lakukan..sbb mereka negara serantau. Tapi ye lah kita sendiri sedia maklum siapa di belkg Israel, dan kita sendiri maklum bahawa yg di belakang Israel itu pun sekutu rapat negara2 Arab ni. Mcm lembu kna cucuk idung je diorg tu. So walaupon bgsa Arab sudah pandai beratur, Israel akan tetap megah menginjak2 bumi Al-Aqsa. Hanya mereka yg boleh mengubah keadaan..dgn kehendak Allah juga.
Post a Comment