Tuesday, January 19, 2010

Kristian Juga Mengakui Allah?

Kristian merupakan golongan minoriti di Pakistan dan mereka membentuk tidak sampai 10 peratus dari keseluruhan rakyat Pakistan. Di tengah-tengah bandar Rawalpindi, Lahore, Murree mahu pun Karachi terdapat gereja yang besar di jalan utama. Sebagai orang asing di sini, saya merasa sangat sukar untuk mengenal pasti siapakah yang beragama Kristian di sini, kerana nama dan cara berpakaian mereka langsung tidak menceritakan agama mereka, sebagaimana yang berlaku di Malaysia.

Nama-nama seperti Sohail, Yunus, Allah Ditta, Rashid, Kishwar adalah juga digunapakai oleh orang-orang Kristian, walaupun kadang-kadang ada juga yang menggunakan nama yang menggambar kekristianan mereka seperti Masih, William, John dan sebagainya. Perempuan-perempuan Kristian juga memakai kurta, shalwar dan dupatta, sama seperti perempuan Muslim. Malah ada juga yang meletakkan dupatta mereka di atas kepala bagi menutupi rambut. Begitu juga dengan lelaki Kristian, mereka juga memakai shalwar kamiz yang sama seperti orang Islam.

Ucapan salam juga digunakan oleh orang Kristian, dan Muslim juga memberikan salam kepada orang Kristian. Saya berasa sangat bodoh pagi tadi apabila saya bertanyakan kepada pemandu saya yang beragama Islam, kenapakah orang Islam di sini memberikan salam kepada orang Kristian, kerana jika di negara saya orang Islam hanya mengucapkan hai, selamat pagi atau sebagainya kepada orang Kristian. Dia menjawab, "Sir, they also accept Allah". Saya terdiam dan menyesal bertanyakan soalan itu kepadanya. Tetapi tidak pula saya menegaskan kepadanya bahawa mereka tidak memaksudkan "Allah" sebagaimana yang difahami oleh Muslim.

Beberapa hari lepas saya membaca berita di surat khabar tempatan, tentang bantahan sebuah kumpulan Kristian (Progressive Christian Movement) di Islamabad yang mengadakan demonstrasi secara aman bagi menentang keputusan kerajaan Switzerland yang menghalang pembinaan menara masjid di negara itu. Mereka menggesa kerajaan Pakistan membuat bantahan secara diplomatik terhadap kerajaan Switzerland atas dasar menghormati hak asasi manusia untuk mengamalkan kebebasan beragama.

8 comments:

Nailofar said...

Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku..Walaupun Kristian menganggap tuhan mereka sebagai Allah juga, bagi sy itu atas kejahilan mereka sendiri kerana tidak membezakan hak dan batil..Bagi kita yang beragama Islam ini, kena sentiasa yakin dalam hati kita, agama mereka dan agama kita tak sama..Tuhan mereka panggil sebagai 'Allah' itu tak sama dengan ALLAH yang kita sembah dan sujud kepadaNYA..

Moga2 Allah menghindarkan dari hati2 kita kecelaruan atau kekeliruan yang boleh menyesatkan akidah ini..

Nafastari said...

Nailofar, sebagai seorang Muslim saya teramat memahami kerisauan anda. Kita teramat jelas dengan definisi ALLAH bagi kita. "Lakum deenukum, wali yadeen".

kelisa_samudera said...

walaupun kristian mengakui Allah sebagai Tuhan, tetapi saya masih berpendapat adalah salah untuk kristian menggunakan perkataan Allah kepada agama mereka dalam konteks malaysia.

Dari pembacaan saya, saya terlalu risau jika malaysia menjadi seperti indonesia, di mana mereka gagal membezakan akidah Islam dan Kristian kerana perkataan 'Allah' itu.

atbk said...

Eh bukan "lakum deenukum wa liyadeen" tu dah mansukh ke?
kalu tak silap ingatan aku yang byk makan megi ni la...
aku perasan ade juga org wat statement camtu kat facebook,
aku rasa kurang tepat la...
tolong dabel check please!
Ayat tu dah xleh pakai dengan turunnya kewajiban berdakwah bil hikmah dan mau'izah hasanah...
which is dalam isu mcm ni, kita harus tampil dengan ilmu, bukan samata2 bukti2 budaya yang memuaskan logik kita semata2.


saya berpendapat setiap isu harus ditangani on case by case basis...
bahasa orang Melayu dengan agama orang Melayu terlalu berkait, sejak bahasa kita ditulis dengan tulisan jawi yang diperkenalkan melalui Arab yang membawa Islam, sejauh itulah panjangnya kemelayu-islaman Malaysia, malah Melayu2 di selatan Thai, Indonesia, Filipina juga Brunei

kalau encik cuba membanding2kan cara pakaian mereka dengan kita, encik tak jauh beza dengan seorang pemimpin yang menempelak janggut zaman nabi adalah kerana takde gillette, dan pelayan2 bar pun pakai jubah di arab saudi demi memperlekeh apa yang Nabi pernah buat...

untuk pertama kali, walaupun saya menghormati pendirian anda, saya tak rasa dengan terbitnya pendirian anda di blog ini membantu mengangani isu ini walaupun sedikit.

maaf.

Nailofar said...

atbk: akan cuba double cek ayat tadi. TQ

Nafastari said...

KS, saya menghormati pendapat anda walaupun tidak semestinya saya bersetuju 100%.

Atbk, saya tidak berapa jelas dengan point anda di sini. Entri ini adalah mengenai orang Kristian di Pakistan. Saya tidak cuba membandingkan pakaian sesiapa atau memperlekeh mana-mana agama. Saya cuma menulis tentang apa yang saya lihat mengenai kristian di Pakistan. Dan saya juga tidak faham tentang isu apa yang anda fikir saya cuba tangani.

Artozy said...

Sahabat,

Apa khabar Embun?
Sudah pandai apa?

Anonymous said...

Hahaha..kecoh la atbk ni.Mcm pandai,tapi bercelaru!
-Lutfi