Karachi adalah sebuah bandar yang sangat bising, sesak dan kotor. Di atas jalan raya, terdapat kereta keldai dan kereta kuda yang biasanya membawa barang yang banyak. Pemandu kenderaan sangat suka membunyikan hon kenderaan masing-masing tanpa alasan kukuh. Seorang pelajar Malaysia yang belajar di sini memberitahu, pada suatu hari seorang pemandu van tidak mahu menumpangkan dia kerana menurutnya vannya telah rosak. Setelah ditanyakan apakah kerosakannya, maka dijawabnya hon yang rosak. Betapa pentingnya hon kepada mereka!
Saya bertuah sekali kerana terdapat dua orang pelajar melayu yang menemani kami untuk ke bersiar-siar dalam bandar Karachi. Seorang berasal dari Temerloh dan seorang lagi warganegara Thai dari Pattani, merekalah yang membawa kami ke tempat tumpuan seperti Jalan Tariq, Pasar Zainab dan pusat membeli-belah Park Tower yang berdekatan dengan pantai. Di Pasar Zainab terdapat jaket kulit yang harganya lebih murah dari kedai di Islamabad. Tidak jauh dari situ terdapat kedai factory outlet Levi's dan beberapa jenama yang lain lagi yang menawarkan barangan pada harga yang sangat murah. Di Karachi, baru saya menyedari bahawa harga minyak wangi berjenama di Pakistan adalah jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Dan saya juga tidak akan melupakan pengalaman menjamu selera di satu Lorong yang kurang bersih berdekatan dengan Tariq Road, rasa ayam karahi yang dimakan dengan roti nan serta minuman lassi ciku itu membuat saya lupa seketika bagaimana keadaan di sekitar kedai itu.
Karachi yang terletak kira-kira 1142km ke Barat Daya Islamabad, adalah jauh lebih besar dari Islamabad. Terdapat banyak bas yang dihias berwarna-warni dan juga recha (sama seperti tuk-tuk di Thailand) sesuatu yang tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa untuk beroperasi di Islamabad, mungkin kerana menjaga imej ibu negara mereka supaya kelihatan lebih moden. Bas di sini biasanya mempunyai tempat khas di atas bumbung bagi memudahkan penumpang untuk menumpang naik sehingga ke atas bumbung. Teksi (Suzuki Mehran) mereka sangat kecil cuma sebesar kereta Perodua Kancil dan biasanya penumpang perlu bertelingkah terlebih dahulu untuk mendapatkan tambang yang lebih murah.
Saya bertuah sekali kerana terdapat dua orang pelajar melayu yang menemani kami untuk ke bersiar-siar dalam bandar Karachi. Seorang berasal dari Temerloh dan seorang lagi warganegara Thai dari Pattani, merekalah yang membawa kami ke tempat tumpuan seperti Jalan Tariq, Pasar Zainab dan pusat membeli-belah Park Tower yang berdekatan dengan pantai. Di Pasar Zainab terdapat jaket kulit yang harganya lebih murah dari kedai di Islamabad. Tidak jauh dari situ terdapat kedai factory outlet Levi's dan beberapa jenama yang lain lagi yang menawarkan barangan pada harga yang sangat murah. Di Karachi, baru saya menyedari bahawa harga minyak wangi berjenama di Pakistan adalah jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Dan saya juga tidak akan melupakan pengalaman menjamu selera di satu Lorong yang kurang bersih berdekatan dengan Tariq Road, rasa ayam karahi yang dimakan dengan roti nan serta minuman lassi ciku itu membuat saya lupa seketika bagaimana keadaan di sekitar kedai itu.
Kadang-kadang kami terpaksa melayani karenah peminta sedekah yang agak agresif. Jika berhenti di persimpangan lampu isyarat, mereka akan datang dengan lakonan muka berbelas kasihan sambil mengetuk-ngetuk cermin kereta. Saya pernah memberi pada seorang melalui tingkap sebelah kiri dan selepas itu ada empat lagi datang di sebelah kanan! "Perempuan pelik" yang bermekap tebal yang siap berselendang juga meminta sedekah di jalan-jalan yang sibuk berdekatan tempat tumpuan untuk membeli-belah. Saya meminta kebenaran salah seorang dari mereka untuk diambil gambar dan dia membenarkannya, malah beraksi dengan lincah di hadapan kamera sambil membuka kain dupatta yang menutup kepalanya. Selepas mendapat RS20, saya lihat dia berlalu dengan gembira. Dalam gambar yang dizoom-in saya lihat dagunya tidak dicukur bersih, ada tunggul rerambut kasar yang tertinggal.
16 comments:
Best baca tulisan Nafastari..Walaupun belum berpeluang untuk ke luar Malaysia.hehe
gambar itu wanita betul ke atau wanita buatan?lain macam gambarnya..takkan awak tak bawa apa2 senjata demi keselamatan diri wahai en nafastari..
di mana2 saja ada spesis dua alam sebegini. walaupun di negara yang mengaku Islam.
seperkara lagi yang saya nampak, negara2 yang kurang maju selalu memperhiaskan barangan mereka dengan cara yang melampau seperti bas itu.
wow... cool bus
Bas dah jadi macam kuil hindu.Hehehe.. Nok kutuk xhabis bakali..Kalu mari malaysia,dia kutuk kita pulok...
Nailofar, terima kasih menjadi pembaca blog ini. InsyaAllah anda juga akan selalu berpeluang ke luar.
GM, jika anda membaca dengan teliti entri ini tentu anda akan tahu apakah jenisnya. Saya tidak fikir perlu bawa apa2 senjata. InsyaAllah selamat lagi.
KelisaS, ya baru saya perasan mereka ada di mana2 sahaja. Dan benar sekali, negara di Asia Selatan ini gemar menghias kenderaan mereka dengan berlebih-lebihan, selain suka menulis nama mereka di kenderaan mereka.
Wan, you want to try? Come here!
KopiahP, yep, hampir menyamai. haha.. Tetapi baguslah anda menghargai perbezaan antara nilai dan budaya. Mereka rasa mereka sangat normal, dan anda juga fikir anda normal.
[url=http://asacol-mesalamine.webs.com/]Mesalazine online
[/url] mesalamine online
buy lialda uk
buy generic pentasa
[url=http://www.freewebs.com/pentasa-mesalamine/]mesalamine 800 mg online
[/url] order Salofalk
purchase Canasa
buy asacol online
[url=http://amoxicilline.webs.com/]Duphamox en ligne
[/url][url=http://acheter-amoxicilline.webs.com/]amoxicilline gГ©nГ©rique
[/url] Clavaseptin
amoxicilline bronchiolite
amoxicillin tablets uk
[url=http://buy-methylprednisolone.webspawner.com/]buy neo medrol uk
[/url] medrol tapered dose pack
methylprednisolone pediatric dose
depo medrol for allergies injection
І've read a few just right stuff here. Certainly worth bookmarking for revisiting. I surprise how so much attempt you place to create any such magnificent informative website.
Check out my blog post :: meuble salle de bain
These are actually great ideas in conceгning blogging.
You have toucheԁ some nice faсtoгs hеre.
Any way keeр uр wrіntіng.
Here is my web site: devis
I am actually thankful to the holder of this website who has shared this
wonderful post at at this time.
Feel free to visit my web blog - Rolland Garros
I like the helpful information you supply on your articles.
I'll bookmark your blog and take a look at once more right here frequently. I'm somewhat
sure I will be informed a lot of new stuff proper right here!
Good luck for the next!
My webpage; Voyance par telephone
Wow that was unusual. I just wrote an very long comment but after I clicked submit my comment didn't appear. Grrrr... well I'm
not writing all that over again. Anyway, just wanted to say wonderful blog!
My blog post - tarot
We are a group of volunteers and starting a new scheme
in our community. Your website offered us with valuable information to work on.
You've done a formidable job and our entire community will be thankful to you.
Feel free to visit my website: voyance par telephone
Post a Comment