Sunday, November 29, 2009

Eid Qurban di Pakistan

Apa yang saya perhatikan dengan jelas, Muslim di Pakistan menyambut idul adha dengan sangat meriah sekali, dan mereka lebih teruja untuk menyambut idul adha berbanding dengan idulfitri. Seorang kenalan Pakistan yang sangat rapat dengan saya langsung tidak peduli untuk pulang berhari raya ke kampungnya pada idulfitri lalu, malah bekerja lebih masa di hari raya puasa tetapi kali ini dia bersusah payah menyewa sebuah kereta untuk pulang berhari raya di Kohat, serta memohon cuti tambahan selama dua lagi dengan majikannya. Sama seperti musim raya puasa di Malaysia, mereka akan menghadapi masalah pengangkutan untuk pulang berhari raya di kampung dan mereka melakukan apa sahaja untuk balik ke kampung, termasuk menumpang di atas bumbung bas.

Di beberapa tempat di Islamabad, mereka menjual haiwan untuk korban di padang-padang. Lembu dan kambing dihias cantik dengan segala barang perhiasan digantung pada leher dan diwarnakan berwarna-warni di seluruh badan, dipamerkan kepada umum bagi menarik perhatian pembeli-pembeli yang berminat. Kadang-kadang ia kelihatan begitu lucu sekali, melihat kambing dan lembu diwarnakan dan dihias dengan kalung-kalung leher berwarna-warni, tetapi inilah Pakistan- jiran kepada India.

Kami warga semua warga Malaysia kira-kira seramai 50 orang berkumpul di satu tempat dan melakukan ibadat korban di tepi sebuah taman awam dan seterusnya bergotong-royong memasak sebahagian daripada daging tersebut untuk makan bersama-sama. Seekor lembu dan kambing telah disembeli oleh tukang sembelih Pakistan dengan caranya yang sangat berbeza daripada tukang sembelih Melayu. Dia agak kasar, boleh dilihat dengan jelas pada cara mereka merebahkan lembu. Mereka juga tidak membuka tali yang diikat pada kaki lembu sebaik sahaja lembu disembelih, lalu lembu tidak boleh meronta-rota dan menendang kakinya dan mereka juga tidak sabar-sabar ingin melapah kulit lembu dan dengan selamba menghiris-hiris kulit di bawah leher sewaktu lembu masih belum mati. Dan mereka juga dengan bersungguh-sungguh menarik ekor lembu sewaktu hendak di sembelih dan selepas di sembelih, satu perkara yang paling pantang bagi bapa saya yang juga seorang tukang sembelih di kampung kami.

Saya menegur mereka perkara-perkara yang pada pengamatan saya sebagai tidak kena, dan dengan selamba mereka menjawab, "tapi memang inilah caranya!" (But that's the rule, sir!). Orang Pakistan sangat teguh dalam mempercayai bahawa cara dan budaya merekalah yang paling baik dan betul, jadi anda mungkin tidak akan mempunyai banyak pilihan apabila berada di tempat mereka.

7 comments:

kelisa_samudera said...

semakin saya membaca tulisan saudara, semakin saya terasa bahawa orang2 pakistan sangat menjengkelkan.

~::PermatA::~ said...

Lain tempat lain caranya. Memang agak kasar perlakuannya berbanding di Malaysia kita. Tapi itulah hakikat budaya dan cara yang diamalkan oleh mereka..so, cara kasar atau cara lembut yang lebih baik?? meh kita sama2 berfikir..

Anonymous said...

eeii..tak ke kejam macam tu??
Binatang ternakan pun makhluk Allah gak..Tak kena dengan perintah Allah untuk memperelokkan penyembelihan..

KNizam said...

haha aku takkan lupa la incident that's the rule sir!

Golongan Marhaen said...

ganasnya mereka..sambutan aidiladha di sana semeruah sambutan di kelantan tak?

KopiahPuteh said...

Ngaji tok habis bakali puak2 ni.. Dosa dlm kejar pahala tu...Harap2 besa pahala la..

Nafastari said...

KS, memang! Haha.. Tapi saya cuba juga untuk menulis sesuatu yang positif tentang mereka, tunggulah sekira saya sudah menjumpainya.

PermataS, budaya dan cara adalah satu perkara, tetapi saya rasa mereka tidak harus mengabaikan ajaran sebenar Islam.

Anonymous, benar sekali. Siapa anda? Tak sangka masih wujud anonymous... hehe..

KNizam, yep! Rasa nak lempang je. Hahah...

GM, rasanya lebih meriah. Kerana meraka sangat menitikberatkan eid kurban berbanding eidulfiti. Sila baca di perenggan pertama entri ini.

KopiahP, saya tidak fikir mereka itu banyak ilmu.