Wednesday, November 25, 2009

Perasaan Yang Hancur Lebur

Sewaktu saya hendak bersangka baik pada orang Pakistan yang saya jumpa, selalunya harapan saya itu akhirnya hanya akan dileburkan begitu sahaja. Dan selepas itu saya menjadi sangat kecewa dan tidak ingin berharap apa-apa yang berbeza dari orang Pakistan. Sikap dan perangai mereka sangat streotaip dan tidak keterlaluan jika saya katakan tidak apa-apa yang boleh dilakukan untuk mengubah mereka. Mereka akan tetap begitu.

Mereka sangat senang berjanji dan dengan mudah memungkiri, malah mengkhianatinya. Sebenarnya saya tersangat sakit hati dengan tuan rumah saya yang berjanji tentang beberapa perkara sewaktu kami hendak menduduki rumah ini dahulu. Dahulu saya rasakan dia adalah orang Pakistan yang sangat jujur dan tidak seperti orang Pakistan yang lain. Tetapi sekarang setelah dia mendapat semua bayaran untuk dua tahun (mereka berkeras bahawa bayaran sewa mesti dibayar terlebih dahulu bagi kadar 2 tahun), dengan selamba dia mungkir segala janji-janjinya. Malah tanpa rasa bersalah dan malu mereka menafikannya janji dan persetujuan yang mereka telah buat dengan kami. Macam-macam alasan dan helah diberikan. Pada mulanya saya berkeras hendak melawan kerana menyedari akan hak-hak saya.

Tetapi setelah berfikir panjang serta menghargai fakta bahawa mereka orang Pakistan yang sejati, saya rasa saya harus pasrah. Kali ini jika dia menelefon atau datang ke rumah saya lagi, saya akan katakan begini:

"Puan, saya sudah penat dan tidak mahu berfikir atau berhujah lagi. Dahulu pun, sewaktu sebelum saya datang ke sini saya sudah digambarkan tentang bagaimana sikap orang-orang di sini. Anda telah membuktikan segalanya benar. Jadi sekarang anda buatlah ikut suka hati anda agar semua faedah dan keuntungan berpihak kepada anda, saya tidak ingin minta apa-apa lagi. Saya harap anda akan puas hati dan gembira."

Atas beberapa sebab termasuk kerana sikap dan perangai tuan rumah itu, saya berasa menyesal memilih rumah ini. Jika diberi pilihan saya ingin berpindah. Tetapi buat masa ini semua itu bagaikan agak mustahil untuk berlaku.

6 comments:

KopiahPuteh said...

Semua ini amat menguji kesabaran kamu.Tak ada ape yang boleh sya katakan selain amat bersimpati.Bersabarlah.. Tuhan akan mengadili semua ini..

Anonymous said...

Manusia selalunya tamak dan mudah alpa pada duniawi.. Bersabarlah En Ahmad. Semoga akhirnya keadilan berpihak kepada kamu..

Hanie..

narumi hayashida said...

Assalamualaikum Wan Ahmad,

Mungkin ALLAH ingin meningkatkan kualiti EQ kamu dengan manusia. Orang Pakistan adalah mereka yang ditakdirkan ALLAH. Semoga EQ kamu tambah2 berkualiti bila pulang ke tanah air nanti, amin!

Nafastari said...

KP, saya cuma bersabar, pasrah dan cuba menerima mereka seadanya. Memang kadang2 akan sangat menyakitkan hati.

Hanie, saya telah kalah. Saya telah ikut kemahuannya tapi saya sudah tidak mempercayai mereka lagi.

Narumi, insyaAllah.

Anonymous said...

saya membaca tulisan anda seumpama menonton filem filem hindi,walaupun mereka berlainan agama tetapi masih lg rumpun yang sama.yang kaya akan telebih kaya dan yang miskin terus tertindas dengan tipu daya sang kaya..bersabarlaah.

Nafastari said...

Anonymous,
Sangkaan anda tepat, tidak banyak beza antara Pakistan dan India walaupun mereka sudah berlainan agama.