Fazley juga mengadakan sidang video Skype dengan dua orang pelajar Malaysia di Australia dan Jepun. Apabila ditanyakan apakah pengorbanan mereka, pelajar di Jepun itu menjawab dia berkorban kerana terpaksa bergaul dengan pelajar-pelajar dari negara-negara lain. Ahli panel perempuan di studio juga ada menjawab bahawa sebagai seorang mahasiswa dia berkorban masa remajanya. Dia dan seorang lagi panel juga nampaknya tidak fasih berbahasa Melayu dan kadang-kadang menggunakan bahasa Inggeris. Begitu juga dengan seorang penonton di studio yang berkongsi pendapat, dia kedengaran seperti tidak mampu berbicara dalam bahasa Melayu sepenuhnya dengan bagus lalu mencampur-campurkannya dengan bahasa Inggeris, tetapi malangnya dia juga tidak fasih berbahasa Inggeris dan menyebut perkataan dalam bahasa Inggeris dengan salah.
Lalu saya terfikir, adakah tahap penguasaan bahasa, cara berkomunikasi, cara menyuarakan pendapat dan taraf keintelektualan mahasiswa Malaysia adalah serendah itu, sama seperti TV1? Dan seorang pemegang ijazah kedoktoran cuma mampu menanyakan soalan-soalan yang mudah dan tidak penting kepada mahasiswa yang akan menjadi tunjang kepada masa depan negara. Saya tidak pasti dari segi mana perbincangan mereka itu akan menggalakkan percambahan minda kepada mahasiswa yang menonton rancangan itu dan mereka gagal membincangkan tajuk forum mereka dengan berkesan. Tetapi apa yang saya lihat mereka nampaknya seronok dan terhibur sewaktu mendengar lagu cinta yang dinyanyikan oleh Saleem pada awal dan akhir rancangan.
3 comments:
saya bersetuju dengan pandangan saudara. kualiti siswa kita sebenarnya semakin menurun. baik dari segi kepimpinan, komunikasi atau pengalaman. mereka cuma sekadar biasa2 sahaja, tidak seperti zaman 70 dan 80an.
mungkin ini disebabkan oleh AUKU yang mengawal mereka, atau disebabkan pemimpin2 pelajar itu sebenarnya diangkat kerana organisasi politik di dalam universiti, bukan disebabkan oleh bakat peribadi mereka.
Mungkin pada fikiran mereka mencampur aduk BM n BI kelihatan bagus dn intelektual.. Malangnya anda tak berapa faham(buat2 tak faham kot).Hahaha..
Budok2 loni banyak nk galok ratekk....
Kelisa, ya, tapi yang menyedihkan mereka tidak pandai mengekspresi aspirasi mereka dan kurang mahir berbahasa. Kadang2 berlagak seperti bijak berbahasa Inggeris tapi sebenarnya tidak. Antara lain mungkin kerana budaya hedonism, kurangnya pembacaan dan juga AUKU.
KopiahPuteh, ya, tetapi sebenarnya mereka hanya merosakkan keindahan bahasa dan memperlambangkan mereka sebagai orang yang keliru.
Post a Comment