Orang Pakistan tidak kreatif seperti orang Malaysia dalam menghasilkan kuih-muih dan juadah untuk berbuka puasa, barangkali sebab itulah agaknya tiada bazar Ramadhan di sini. Kalau pun ada sekadar sebuah dua tiga gerai yang menjual beberapa jenis makanan yang sangat popular di sini, Pakora, Samosa dan Jalibi (sejenis manisan). Pakora boleh dikatakan seperti kuih yang wajib bagi kebanyakan orang untuk berbuka, ia adalah sejenis goreng ubi, bawang atau sebagainya yang disalut dengan sejenis tepung khas. Ia seakan-akan tempura tetapi kadang-kadang rasanya seperti Cucur. Samosa adalah seperti karipap yang berbentuk segi tiga, biasanya hadir dalam dua pilihan iaitu inti daging atau sayur-sayuran.
Pada bulan Ramadhan (disebut Ramzan) orang-orang Pakistan menjadi kurang produktif kerana mereka mahu bergegas pulang ke rumah masing-masing lebih awal. Semua bank dan pejabat kerajaan ditutup seawal pukul satu tengah hari. Dan harus diingat mereka juga tidak semestinya buka pejabat atau kaunter seawal pukul lapan pagi. Kedai-kedai pula hanya mula dibuka pada selepas pukul 10 pagi. Petang tadi pada pukul 7 petang penjual sayur di kedai yang masih dibuka tidak mahu menjual sayur kepada saya kerana katanya itu waktu berbuka, padahal waktu berbuka pada pukul 7.30 petang. Kelihatan mereka sudah bersiap-siap duduk di atas tikar di lantai tengah-tengah kedainya sambil menghadap kurma dan capati. Pada setiap petang di tepi Pasar Rana, ramai orang (semuanya lelaki memakai syalwar kamiz) beratur panjang bagi mendapatkan makanan yang diberikan secara percuma, dibiayai oleh dermawan yang bermurah hati.
Bertentangan dengan nama negaranya yang Islamik, tetapi ramai orang lelaki dewasa yang tidak berpuasa. Menurut kawan Pakistan saya, orang dari wilayah Punjab biasanya tidak mengambil berat sangat tentang puasa dan solat, berbeza dengan orang dari wilayah NWFP. Saya selalu terbau rokok di tengah hari, dan biasanya mereka memberitahu ia adalah bau rokok yang lekat di pakaian mereka sewaktu dalam bas atau di tempat awam. Menurut cerita biasanya pemandu bas dan penumpang keretapi tidak akan berpuasa dan akan makan serta merokok dengan selamba secara terbuka. Seorang pemuda Pakistan yang baru tiba di Islamabad dari Lahore bertanya saya jika saya juga berpuasa, lalu saya jawab sudah tentu kerana saya juga Muslim. Tanpa segan silu dia mengaku tidak berpuasa kerana dia sedang bermusafir. Bagi yang tidak tahu, jarak Lahore ke Islamabad adalah lebih kurang 280km, kira-kira 3 jam pemanduan melalui lebuh raya. Kanak-kanak tempatan yang berumur lebih kurang 10 tahun dan ke bawah juga biasanya tidak berpuasa, mereka hanya mula berpuasa apabila sudah besar sedikit.
Penulis biasanya berbuka di rumah dengan nasi serta lauk yang ringkas. Kadang-kadang Mawar juga membuat pelbagai kuih istimewa yang pada lidah saya jauh lebih sedap daripada Pakora dan Samosa. Setiap hujung minggu kami akan menyertai masyarakat Malaysia yang berkumpul di satu tempat untuk berbuka dan bertarawih bersama-sama. Terdapat lebih kurang 50 orang rakyat Malaysia yang tinggal di Islamabad, kebanyakannya adalah kakitangan pejabat suruhanjaya tinggi Malaysia serta ahli keluarga mereka, syarikat Petronas, syarikat swasta yang terlibat dalam beberapa projek pembangunan dan pelajar-pelajar di madrasah. Ini adalah antara aktiviti yang menggembirakan penulis sepanjang bulan Ramadhan ini.

5 comments:
adakah samosa itu makanan tradisi orang pakistan? di malaysia juga ada samosa 3 segi yang berinti sayur atau daging.
jika samosa itu makanan tradisi pakistan, orang malaysia kena berhati2. nanti dituduh 'pencuri' makanan pula.
Samosa? Pertama sekali merasai samosa, saya sudah jatuh cinta tetapi saya cuma tahu hanya satu tempat menjual samosa yang sangat sedap.. Seronok mendengar kamu mempunyai ramai kawan-kawan dari Malaysia yang turut sama berhijrah ke sana.. Tidaklah kamu terasa sangat terasing..
Hanie..
en kelisa,
jgan risau..
percayalah org kuat berdengki ni sesama bangsa kita je...
nasib baik tak dituduh pencuri huruf "S" , "I" dan "A" untuk nama negara..
saba je la!
anyway selamat menghabiskan puasa untuk korang kat pakistan nun...
-joe-
SALAM... Lain padang lain la belalangnya... Kalau semuanya sama tak meriah la dunia ciptaan Tuhan ni.... Teruskan menulis Nafastari...entri anda amat menarik...
Selamat Hari Raya...
teringin nak puasa dan beraya di perantauan..huhu
Post a Comment