Tuesday, September 15, 2009

"Mere Baite 5 Maheni Ki Hogae Hai"

Hari ini 15 September genaplah lima bulan usia Embun. Sewaktu mula-mula datang ke Pakistan dia cuma berusia 44 hari dan sangat kecil. Sekarang dia sudah boleh meniarap dengan sendiri dan bergolek-golek ke kiri atau ke kanan dengan cepat. Mawar sudah tidak berani membiarkannya dia bersendirian di atas katil tanpa meletakkan halangan bantal di sekelilingnya. Beratnya pada hari ini 5.7 kg. Walaupun menurut doktor ianya kurang memuaskan bagi seorang bayi yang berusia 5 bulan, tetapi saya tidak kisah sangat asalkan dia sihat dan aktif. Lehernya sudah kuat dan dia mampu menegakkan kepalanya sendiri tanpa perlu disokong lagi. Suaranya ketika menangis terlalu kuat bagaikan tidak sesuai dengan saiznya yang kecil, sehinggakan boleh menakutkan orang yang tidak biasa mendengar dia menangis. Embun juga sudah mula pandai "bercakap" dalam bahasa yang hanya boleh difahami oleh dia sendiri.

Ke mana-mana pun kami pergi dia tidak pernah gagal menarik perhatian orang ramai. Besar kemungkinan kerana muka comelnya yang berbeza daripada rupa bayi Pakistan tipikal, ramai yang melihatnya akan mencubit atau mencuit-cuit manja pada pipinya. Dan selalunya Embun membalas dengan senyuman yang sangat manis, yang membuatkan mereka menjadi sangat geram padanya.

Kalau dulu Embun pernah dihadiahkan dengan mangkuk seramik kecil, minggu lepas pula sewaktu membeli-belah di Rawalpindi, seorang peniaga pinggan mangkuk dan peralatan dapur telah menghadiahkannya satu mangkuk kecil beserta cawan besi (steel). Nampaknya Tuhan selalu memurahkan rezeki Embun serta sekeluarganya.

7 comments:

wan storm said...

coraklah kurniaan Allah ini dgn sebaiknya... semoga kamu sekeluarga sentiasa diberkati, Kurta..TQ! bayar kemudian pakai dulu... hahaha.

Ummi Wafa (UW) said...

Begitu pantas masa berlalu, Nadaa membesar seiring dengan kehidupan aku di bumi bertuah ini. Saat aku sekeluarga merentasi lautan Hindi, Ummi Nadaa sedang bertarung nyawa untuk sebutir permata yang sangat indah. Semoga permata itu sentiasa menyinari hidup kamu sekeluarga dan membawa sejuta keberkatan, gilap dan tatanglah dengan sebaik-baiknya.

Anonymous said...

Embun sangat comel. Semoga saya juga dikurniakan anak yang comel seperti Embun.. Amin..

Hanie..

addyaholix said...

wah nadaa dah besar. comel. aku pon dah rasa nak cubit-cubit pipi nadaa. alahai ~

WS Zuriati said...

muka dah sama mcm rafiq. tp rafiq dh 7.5kg.dah nak merangkak tp asyik jatuh terguling-guling.

Aku... said...

Salam...macam cawan besi yang sorang Pakistan jual kat rumah sebelum raya hari tu...:)

Nafastari said...

Wanstorm, terima kasih. Bukan untuk dijual, saya ingin mengadiahkannya kepada kamu. Tidak perlu bayar...

UW, semoga kehidupan kamu di sana baik2 sahaja.

Anonymous, terima kasih dan semoga semuanya selamat untuk kamu.

Addyaholix, ya sungguh cepat dia membesar. Saya akan pulang ke Malaysia minggu depan, bolehlah kamu mencubit pipinya!

WSZuriati, Embun sangat aktif bergolek2 sekarang dan kadang2 sudah boleh mengesot ke hadapan. Tak sabar ingin berjumpa Rafiq juga!

Aku, agaknya memang diambil dari kilang yang sama? Hahaa...