Saya berasa sangat marah, sedih dan kecewa dengan tindakan polis dalam mengendalikan peserta perhimpunan aman anti-ISA di Kuala Lumpur semalam. Mereka jelas kelihatan angkuh, bodoh dan melanggar hak asasi manusia untuk berhimpun secara aman. Padahal perlembagaan persekutuan dengan jelas memperuntukkan hak untuk warganegara Malaysia berhimpun secara aman. Saya tidak pasti jika polis Malaysia sememangnya terlalu bodoh untuk memahami perkara tersebut atau mungkin ada sesiapa di belakang polis yang menggalakkan mereka untuk menjadi kejam, zalim, ganas dan tidak bertamadun seperti itu. Dari sini saya menyaksikan pelbagai saluran berita antarabangsa yang menyiarkan bagaimana perlakuan polis tersebut dan sudah tentu seluruh dunia dapat melihatnya.
Peserta perhimpunan tersebut tidak membawa apa-apa senjata, mereka hanya datang dengan beberapa lencana atau kain rentang yang tertulis slogan-slogan anti-ISA kerana mereka menentang undang-undang zalim yang sering disalahgunakan itu. Tetapi polis telah mengasari berlebih-lebihan atas alasan bahawa itu adalah berhimpunan haram. Al-jazeera dengan berani mendedahkan tindakan bodoh dan ganas pihak polis dan FRU. Dan saya percaya seperti selalunya RTM dan TV3 hanya akan mengulas bahawa perhimpunan aman itu (mereka gunakan perkataan perhimpunan haram) telah menyebabkan kesesakan lalulintas, peniaga-peniaga kerugian dan kerosakan harta benda awam. Pemilik media perdana mempunyai pemikiran yang sangat sempit dan dangkal, mereka tidak mampu berfikir lebih jauh dan di luar kotak kebiasaan dan keselesaan mereka.
Rakyat berhimpun untuk menyuarakan pendapat mereka bahawa undang-undang ISA patut dimansuhkan kerana sememangnya ia satu peraturan yang tidak adil dan mudah sekali untuk disalahgunakan oleh pihak berkuasa. Bayangkan seorang menteri (badan eksekutif) diberikan kuasa untuk menahan seseorang yang disyakki terlibat dalam kegiatan yang mengancam keselamatan tanpa perlu melalui proses penghakiman seperti pertuduhan, perbicaraan dan sebagainya. Malah mangsa juga tidak perlu diberitahu apa silapnya dan boleh ditahan seberapa lama yang menteri mahu.
Tambah-tambah sebagai seorang muslim, sudah barang tentulah saya bencikan undang-undang yang tidak islamik seperti ini. Kerana agama saya mengajar bahawa tidak ada orang yang boleh dihukum oleh sesiapa kecuali telah dibuktikan bersalah dengan mengikut prosedur-prosedur tertentu sebagaimana yang telah digariskan dalam sumber-sumber perundangan Islam. Undang-undang sivil yang sekular juga berpegang kepada prinsip ini. Dan saya betul-betul tidak faham apakah yang terdapat dalam fikiran orang yang bermati-matian mempertahankan ISA.
Peserta perhimpunan tersebut tidak membawa apa-apa senjata, mereka hanya datang dengan beberapa lencana atau kain rentang yang tertulis slogan-slogan anti-ISA kerana mereka menentang undang-undang zalim yang sering disalahgunakan itu. Tetapi polis telah mengasari berlebih-lebihan atas alasan bahawa itu adalah berhimpunan haram. Al-jazeera dengan berani mendedahkan tindakan bodoh dan ganas pihak polis dan FRU. Dan saya percaya seperti selalunya RTM dan TV3 hanya akan mengulas bahawa perhimpunan aman itu (mereka gunakan perkataan perhimpunan haram) telah menyebabkan kesesakan lalulintas, peniaga-peniaga kerugian dan kerosakan harta benda awam. Pemilik media perdana mempunyai pemikiran yang sangat sempit dan dangkal, mereka tidak mampu berfikir lebih jauh dan di luar kotak kebiasaan dan keselesaan mereka.
Rakyat berhimpun untuk menyuarakan pendapat mereka bahawa undang-undang ISA patut dimansuhkan kerana sememangnya ia satu peraturan yang tidak adil dan mudah sekali untuk disalahgunakan oleh pihak berkuasa. Bayangkan seorang menteri (badan eksekutif) diberikan kuasa untuk menahan seseorang yang disyakki terlibat dalam kegiatan yang mengancam keselamatan tanpa perlu melalui proses penghakiman seperti pertuduhan, perbicaraan dan sebagainya. Malah mangsa juga tidak perlu diberitahu apa silapnya dan boleh ditahan seberapa lama yang menteri mahu.
Tambah-tambah sebagai seorang muslim, sudah barang tentulah saya bencikan undang-undang yang tidak islamik seperti ini. Kerana agama saya mengajar bahawa tidak ada orang yang boleh dihukum oleh sesiapa kecuali telah dibuktikan bersalah dengan mengikut prosedur-prosedur tertentu sebagaimana yang telah digariskan dalam sumber-sumber perundangan Islam. Undang-undang sivil yang sekular juga berpegang kepada prinsip ini. Dan saya betul-betul tidak faham apakah yang terdapat dalam fikiran orang yang bermati-matian mempertahankan ISA.
16 comments:
Saya tak begitu memahami erti ISA atau lain-lain perundangan di negara kita, tetapi apa yang berlaku itu memang menyedihkan dan menakutkan saya.... saya teringat mengenai keganasan polis di Thailand yang menyebabkan kematian berpuluh-puluh atau ratusan orang di dalam sebuah trak.
Dipetik dari laman web malaysian bar
"Tidak sedarkah Melayu sedang dihina?Tuesday, 04 August 2009 07:00am
©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)
SEKALI lagi segelintir orang Melayu menjadi 'kuda tunggangan' pihak tertentu. Sekali lagi Melayu ditipu kerana mahu memenuhi perjuangan kaum lain.
Pada Februari lalu, kita dapat saksikan bagaimana orang Melayu yang menjadi penyokong fanatik pakatan pembangkang di Perak sanggup tunjuk perasaan dan baring di tengah jalan depan Istana Kuala Kangsar.
Dulu mereka tunjuk perasaan sebab mahu mengganggu majlis mengangkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru. Mereka lupa kerajaan pimpinan bekas menteri besar daripada Pas dan 'dikawal' oleh DAP itu sudah hilang kuasa.
Sabtu lalu, orang Melayu yang beria-ia mahu ISA dimansuhkan melakukan huru-hara di ibu kota Kuala Lumpur. Mereka lupa pihak yang mahu ISA dimansuhkan itu adalah perjuangan pertubuhan haram Hindraf.
Orang Melayu perlu buka mata dan pasang telinga. Kalau benar pakatan menolak ISA itu adalah suara semua kaum, ke mana kaum-kaum lain dalam demonstrasi Sabtu lalu?
Hakikatnya, majoriti yang terkena gas dan cecair pemedih mata adalah orang Melayu. Lebih 90 peratus daripada 589 orang yang ditahan juga adalah Melayu.
Ke mana perginya penyokong DAP dan PKR daripada kaum Cina dan India? Adakah mereka mempunyai strategi lain dan demonstrasi jalanan bukan cara mereka?
Sebelum ini mereka yang berapi-api melaungkan slogan hapuskan ISA. Nampaknya penyokong Pas sahaja yang dijadikan 'kambing hitam.' Imej Melayu yang berkupiah putih, berjubah dan berserban diperlihat sebagai orang yang ganas dan kurang bertamadun.
Tiada siapa yang suka imej yang memburukkan orang Melayu dan Islam. Jelas ada yang tidak kena. Adakah orang Melayu sedar akan hal ini?
Kejadian dua kali orang Melayu 'bertempur' dengan pasukan polis pada tahun ini wajar membuka akal fikiran kita.
Bodohkah Melayu atau bijaknya mainan politik bukan Melayu? Cuba fikir, akhirnya siapa yang untung dan siapa yang rugi?
Kita belum temui cadangan pihak pakatan rakyat untuk mengadakan demonstrasi mempertahankan hak-hak Melayu dan Bumiputera dalam Perlembagaan Persekutuan yang cuba diganggu-gugat oleh bukan Melayu.
Sebaliknya perkara yang boleh memberi keuntungan kepada bukan Melayu dalam jangka masa panjang yang beria-ia disokong.
Kempen pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak adalah usaha kuat DAP. Gerakan hapuskan ISA adalah kempen Hindraf.
Tetapi majoriti peserta tunjuk perasaan yang menyusahkan rakyat itu ialah Melayu.
Jika dikatakan maruah dan martabat orang Melayu sekarang semakin diganggu gugat dan dicabar, mungkin penyokong pembangkang enggan menerimanya.
Mereka tidak akan percaya maruah Melayu dihina dan diperkudakan. Mereka tak mudah menerima penerangan bahawa banyak cara halus sedang dilakukan untuk menjatuhkan maruah pemimpin dan orang Melayu.
Terpulang kepada orang Melayu sendiri sama ada mahu bangkit atau relakan diri dipijak oleh orang lain."
Tepuk dada, tanya selera... Kita kah yang bersalah?
WSZuriati, saya juga sedih...
Anonymous, saya kurang gemar "anonymous", saya harap anda bukan pengecut.
Penulis artikel ini ternyata adalah penyokong kuat UMNO yang kononnya berjuang untuk melayu yang sengaja menghasut orang-orang melayu yang tidak lagi menyokong mereka. Dia sebenarnya iri hati dengan jalinan kerjasama antara DAP dan PAS, padahal dia juga bekerjasama dengan orang bukan melayu. Jika UMNO berasa terancam yang mereka akan kehilangan kuasa, mereka cepat2 akan membangkitkan isu perkauman dan menggunakan media2 mereka untuk menyebarkan propaganda tersebut. Antara lain hak2 dan keistimewaan orang melayu, padahal perkara2 tersebut memang telah pun dijamin dalam perlembagaan persekutuan dan tidak perlu menjadi satu kerisauan. Yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana kerajaan mengimplementasi perkara2 tersebut dalam polisi2 pentadbirannya, secara adil dan menyeluruh dan bukannya memperkayakan sebahagian kecil dari kelompok melayu sahaja.
Ramai orang membantah penubuhan kerajaan oleh BN di Perak dan ISA bukan kerana siapa yang mempromosi dan memulakannya, tetapi adalah kerana prinsip dan moral dalam sebuah negara demokrasi. Kerana keadilan dan moral yang baik tidak mengenal warna kulit dan kepercayaan.
Aku suke back to basic... Undang-undang yang salah tetap salah! What ever the reason, yang dituduh mesti diadili, perogol ke, komunis ke, pelampau kaum ke, malah org murtad, mesti diberi peluang membela diri! Aku rasa org yang tak paham konsep ini, die nak kene kat batang hidung sendiri atau keluarga derang baru nak paham zalimnya undang2 yang berat sebelah! Kepada korang2 ni, aku pun tak tau nak cakap pe lagi...
Keamanan walaubagaimanapun perlu dikekalkan! Aku mmg tak suke tgk demo-demo... Tak pernah nak join pun, byk lagi bende aku nak buat!
Amankah perhimpunan kalau menganggu lalu lintas? Napa tak berhimpun kat stadium je? Selangor kan PR, buat je la kat stadium shah alam tu, xleh?
Nasib baik aku keluar dah petang, walaupun kene u-turn jauh gile nak masuk KL ikut jalan lain. Kalu tak, berjam2 tersangkut dalam traffic jam! Benci la! Memanglah media highlight bende tu je, tp pikir la org2 yang tak join demo, tak semestinya derang sokong ISA! Ramai lagi berpendapat Malaysia tempat paling aman diduduki, cari makan senang, tp kerana lobang sana sini, takkan semuanya mesti berakhir di jalan raya? Kita nak negara yang mcm mana lagi? Jangan la kita jadi macam Thailand dan Indonesia... biarlah org luar kata kita pengecut, tp kesabaran itu tetap apa yang Allah anjurkan... sebab kita "pengecut" la kita masih bleh cari makan untuk anak bini, pegi sembahyang, pergi sekolah...
Maybe org pikir dgn pemansuhan ppsmi lepas demo, so ISA akan diabolish lepas demo...
Kite tgklah nanti...
Bagi aku sbb negara kita demokrasi, kita all-out je la masa pilihanraya umum... sementara nak tunggu tu, kite teruskanlah kehidupan mcm biasa k!
-joe-
pa, sy juga marah. sem ni sy amik subjek fed.consti. sy je beria2 marahkan undang2 zalim tu mase tgh diskusi dgn lec. seluruh kelas sepi. diorg ckp xtau apa2. oh classmateku..
siapa yang sokong ISA aku kira korang menyokong kezaliman.anak-anak mangsa ISA hilang arah dan ayah mereka tidak dicarakan dan tidak tahu sampai bila ia begitu.sebagai seorang peguam,saya menegaskan ISA tidak wajar dan tidak adil serta membelakangkan ISLAM.siapa sokong ISA saya kira bodoh dan takada akal lagi hilang kemanusiaan!
sgree wif joe..
naper nk wat kat tgh jalan??wat la perhimpunan tu kat stadium..ni kat tgh jalan...menyusahkan org jer..jalan sesak giler..pikir la skit..pastu ramai peniaga kat area tu kerugian..coz terpaksa ttp kedai awal..kata nk tolong org ramai tp sebenarnya menyusahkan oprg ramai ada la..
-NELLY-
semua orang dah berusaha melalui NGO mendesak kerajaan Malaysia untuk mansuhkan ISA sudah lama.iaitu kira-kira 30 tahun setelah komunis tiada lagi dan ketika mula-mula dikenakan kepada tahanan politik.namun kerajaan tidak pernah endah.mungkin itu sahaja senjata untuk menakutkan pembangkang seperti di Singapura/pembangkang sangat takut pada ISA.ISA sangat kejam dan zalim.bayangkan kalau ayah anda seorang ustaz,tidak pernah join politik,tapi tibe2 ditahan dan dikenakan ISA?mana keadilan baginya?
Saya tak nak komen banyak banyak...tapi walau apa jua cara pun kalau nak bertindak ikutlah cara yang sesuai... Matlamat tidaklah menghalalkan cara....berfikirlah secara tepat... Memang teruk jammed hari tu..nak pergi beli pampers anak pun kena duduk dalam kereta berjam jam... Pergi la stadium buat demo.... geram pun ada... Korang semua dah baca ke Akta Keselamatan Dalam Negeri tu?.. dah baca tak per la...Kalau tak baca lagi pergi la beli dan baca...
Joe, saya pun bertuju dengan anda. Bukan saya menggalakkan demonstrasi, tetapi saya rasa itu adalah pilihan terakhir yang mereka ada. GMI telah lama berjuang dengan menggunakan pelbagai cara sebelum ini. Dan demonstrasi secara aman sepatutnya tidak berakhir dengan begitu teruk jika pihak polis memberi layanan yang baik dan profesional seperti di negara-negara maju. Jadi kesesakan dan penutupan jalan2 tersebut tidak harus disalahkan atas peserta demonstrasi semata-mata tetapi juga pihak polis yang tidak profesional.
Yue, saya fikir rakan sekelas anda kurang membaca. Mungkin mereka terlalu banyak membaca sekadar Utusan dan Berita Harian, serta menonton berita RTM dan TV3 sahaja. Itulah masalah pelajar2 zaman sekarang. Saya doakan kamu terus maju.
Hayat, saya bangga dengan peguam seperti anda!
Nelly, jika kerajaan telah membenarkannya dari awal2 lagi sudah tentu kita tidak menyaksikan keganasan polis yang seperti itu. Polis dan pihak yg berkenaan memang telah menyusahkan orang ramai, padahal keadaan boleh menjadi lebih baik sekiranya pihak polis bertindak menggunakan akal yang waras dan profesional. Saya rasa orang yang teraniaya dengan ISA dan keluarga mereka jauh lebih menderita dari mereka yang tersekat dalam kesesakan jalan raya atau peniaga yang kerugian.
Anonymous, saya harap orang ramai akan mempunyai kesedaran yang lebih tinggi mengenai kezaliman ISA. Kita tidak perlu menunggu ayah atau jiran kita untuk ditahan dalam ISA sebelum kita bertindak, kerana pada saya kemanusiaan itu tiada batasan.
Aku, ya, matlamat "suci" polis itu tidak harus menghalalkan cara mereka untuk bertindak tanpa semangat kemanusiaan. Dan orang Malaysia sepatutnya prihatin dengan orang2 yang tertindas dengan dasar2 yang tidak adil dan melanggar hak2 asasi manusia. Saya bersimpati dengan kesulitan yang dihadapi oleh anda dan bayi anda, tetapi saya juga bersimpati atas nasib anak2 tahanan ISA yang tiada ayah untuk membelikan mereka pampers dan lain2 keperluan asas. Saya sendiri adalah lulusan undang2 (LLB, IIUM), dan kami memang belajar tentang akta ISA. Beberapa orang pengomen juga adalah pengamal undang2, sudah tentu mereka arif tentang ISA sebab itulah mereka menentangnya.
Hahahahaha....Terima kasih banyak kerana sudi membaca akta berkenaan....Semoga perjuangan anda tidak berhenti setakat ini sahaja...
PART I
Hmm nampaknya isu demo anti-ISA ni masih panas diperkatakan. Saya bukanlah lulusan undang2 walaupun cita2 asal saya memang seorg peguam. Pendapat saya berdasarkan pemerhatian dan pembacaan. Apa yg saya nak tekankan di sini ialah "Let's think & talk out of the box".
Zaman saya sebagai pelajar di UIAM ialah zaman kemuncak kezaliman dan perogolan undang2 serta penindasan hak2 asasi manusia oleh mantan pemimpin perdana kita. 10 tahun sebelum itu perogolan ini juga telah berlaku..saya kira tak ramai yg ingat dgn operasi lalang, pgharaman UMNO sehingga membawa kpd pemecatan KHN. Dan peristiwa MEMALI 1984...saya baru berusia 7 tahun tetapi waktu itu saya sangat bimbang kalau2 arwah ayah saya turut ditangkap di bawah ISA memandangkan beliau juga merupakan antara pimpinan PAS yg turun padang berhari2 bagi menangani isu tersebut. Semua peristiwa ini berlaku semasa tempoh pemerintahan mantan pemimpin berkenaan!
Namun zaman sudah berubah. pemimpin juga sudah bertukar ganti. PM kita yg baru telah berikrar untuk mengkaji dan membuat pindaan pada ISA, terutama berkaitan peruntukan dan kuasa tanpa had Menteri Dlm Negeri utk mengarahkan penahanan tanpa bicara seseorg yg disyaki akan menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara, justifikasi penahanan serta tempoh penahanan berkenaan. Beliau berjanji pindaan berkenaan akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang. Kalau benar pihak PR benar2 ikhlas memperjuangkan suara rakyat, peluang inilah yg perlu digunakan oleh wakil2 mereka utk membahas dan memperincikan pindaan akta berkenaan supaya faedah dan manfaatnya dirasai oleh rakyat yg mereka wakili, bukannya utk benefit segelintir pihak yg memg berhasrat mengacau ketenteraman rakyat.
Justeru itu saya sgt pelik dan sangsi apabila GMI dan PR tetap bersungguh2 hendak mengadakan perhimpunan anti-ISA ini..kononnya perhimpunan aman! Lokasinya? As usual pilihan puak2 ini ialah tempat awam, di tengah2 lokasi yg memg semua sedia maklum tumpuan membeli belah rakyat kelas pertengahan dan bawahan, pada hari sabtu yg merupakan hari utk rakyat berlibur dgn keluarga, kwn2 bagi melegakan ketegangan fikiran... Logiknya, kalau dah ramai2 berkumpul di tempat tumpuan ramai sebegitu, kemudian ramai2 pulak berarak di tengah2 jalan raya, kesesakan jalanraya yg teruk sudah pasti terjadi. Bila jln dah jammed, tahap ketensionan akan meningkat krn semua yg terperangkap dlm kesakan tahu ini bukannya akibat bencana alam tetapi kerana kebodohan dan kerakusan sebilangan puak yg dahagakan sokongan. Dlm keadaan ini pergaduhan atau perkara yg lebih buruk akan berlaku. Takkan lah masa ni baru pihak polis nak terkedek2 datang utk leraikan perhimpunan dan pergaduhan??
Lama sebelum tarikh 1 Ogos ni kerajaan dan pihak polis dah beri amaran batalkan perhimpunan ni. Memgla GMI kata ni perhimpunan aman tapi memandangkan lokasinya tempat tumpuan awam takkan la polis sebodoh itu nak keluarkan permit. Bila tak ada permit, jadilah perhimpunan haram dan yg haram perlu dihalang dan dibanteras. Itu tugas polis yg mana one of its core business is to protect ketenteraman awam. Kerajaan dah bagi amaran so bila arahan tidak diendahkan kenalah tanggung akibatnya. Biarpun ramai yg mengatakan polis ni anjing kerajaan, bertindak kejam dan ganas tanpa usul periksa, but REMEMBER, mereka juga manusia biasa, bukannya robot tanpa perasaan. Kalau di rumah, bila anak tak nak dengar arahan, pastu siap melawan pulak ckp bapak, dah tentu bapak akan naik darah dan pukul anak tu. Kalau tak, sampai bila2 anak tu akan anggap bapak takkan buat apa2 walaupun anak buat salah. The same thing goes here.. Sebab tu saya tekankan let's think and talk out of the box!
PART II
Kita patut perhalusi agenda dan muslihat di sebalik kekerasan kepala GMI & PR utk buat perhimpunan ini. Sejak berzaman, pihak pembangkang menjadi juara di hati rakyat kerana memperjuangkan isu penyalahgunaan ISA ini. Isu ini menjadi modal utama hingga berhasil dgn kemenangan lumayan dlm PRU12. Alih2 bila PM baru naik, beliau berikrar utk meminda ISA. Kalau nk diikutkan perjuangan pembangkang dikira telah mencapai matlamatnya. Mereka dikira sudah boleh berbangga dan tunggu sajalah PM kotakan ikrar tu. Namun as usual segolongan puak2 yg saya percaya didalangi oleh serpihan UMNO dulu ini takkan membiarkan org lain dapat nama senang2. Lantas dibuat perhimpunan yg sememgnya diorg sedia maklum takkan dapat permit, di tempat awam sebab senang timbulkan huru hara pada org ramai just to show to the world yg Kerajaan Malaysia kejam tetapi terpaksa tunduk pada desakan puak2 ni sampai terpaksa pinda ISA...hmmmmhh.
Analogi mudah yg saya boleh bg: Ali bagitau kat mak dia dah boring mkn nasi dgn ikan hari2 sedangkan kwn2 mkn nasi minyak, nasi arab, nasi bukhari. Ali pun minta mak dia buat nasi bukhari tapi mak dia buat2 tak dengar sbb menyusahkan mak je nanti. Satu hari mak lembut hati dan bagitau Ali - "Ali, mlm esok mak masak nasi bukhari ye. Ali dah boring mkn nasi dgn ikan ye. Tapi Ali kena sabar sampai esok la sebab mak kena cari duit lebih nak beli beras basmathi, daging dan rempah2nye. Ali sabar ye..". Tetapi si Ali pulak pegi bagitau kat org kampung mak dia kedekut, zalim dan seksa dia dgn bagi mkn nasi dan ikan saja hari2. Minta buat lauk lain sikit pun tak dilayan. Sudahnya org kampung pulak marahkan mak Ali sebab sanggup buat anak cam tu. Mcm tulah hal nye dgn golongan yg buat demo anti-ISA ni. Kalu anak aku buat cmtu dah lama kena baling ke sungai!!
PART III - Last ni hehehe
Secara amnya ISA tetap perlu dalm usaha mengekang sebarang ancaman yg boleh menggugat keselamatan negara dan ketenteraman awam. Jgn sempitkan fikiran kita dgn kejadian dan peristiwa penyalahgunaan ISA yg telah berlaku. Itu semua angkara pemimpin rakus yg terlalu ikutkan nafsu, bukannya salah ISA. Secara logiknya kalau kita tak timbulkan ancaman yg boleh mengganggu ketenteraman awam & kslmtn negara, ISA takkan digunakan ke atas kita. That's the principle!!! Cuma yg perlu dilakukan pinda mana2 peruntukan yg terlampau so that tiada rakyat yg tidak bersalah akan teraniaya. And this is the job of the member of Parliament. Bukannya GMI, bukannya PR, bukannya golongan perusuh jalanan.
Kalau ISA tak ada, tak ada peruntukan undang2 yg membenarkan kita menahan pengintip2 asing yg cuba membocorkan maklumat rahsia keselamatan negara. Proses penahanan biasa memerlukan bukti konkrit, proses ekstradisi dan mcm2 lagi. Pendakwaan pulak mengambil masa yg lama. Dlm tempoh itu kita tak dapat menjangka berapa byk maklumat rahsia negara yg telah dicuri. Kes lain yg lebih mudah ialah kes penahanan pemimpin Hindraf. Kalau tiada ISA, saya percaya pemimpin Hindraf akan berjaya mempengaruhi majoriti kaum India membentuk kumpulan penentang dan pemisah ala LTTE utk berjuang demi kepentingan kaum India yg tertindas, kononnya. Kala itu hanya pertumpahan darah, huru hara dan mungkin peristiwa 13 Mei 1969 akan berulang. Adakah ini yg kita mahu??? Perlu diingat barisan pimpinan Hindraf adalah elit profesional dan kebanyakannya merupakan peguam yg pintar memutarbelitkan fakta. Saya sendiri ragu2 adakah mampu peguam persekutuan kita mensabitkan mereka dgn tuduhan mencetuskan ketidaktenteraman awam dan seterusnya dihukum sekiranya mereka ditangkap di bawah Penal Code atau apa2 akta selain ISA dan seterusnya didakwa di mahkamah....hmmmmhhh sori aa kepada para peguam semua. This is the reality!
Di Singapura, di Amerika, di Britain, di mana2 negara termasuklah negara2 maju dan membangun di seluruh dunia, mereka memang ada satu undang2 khas bagi mengekang, mencegah dan membanteras unsur2 atau anasir2 yg boleh menggugat ketenteraman awam dan mengancam keselamatan negara mereka. Cuma namanya mungkin bukan ISA, dan mungkin hingga ke hari ini undang2 berkenaan belum pernah disalahgunakan dengan begitu rakus dan terang2 penuh kezaliman demi kelangsungan dan kepentingan politik seorang pemimpin.
Fikir-fikirkan lah.. Ingat! Think and talk out of the box!!
(p/s: berita agensi antarabangsa jgn dipercayai dan didaulatkan sepenuhnya. Setiap agensi berita termasuklah agensi berita malaysia tetap ada agenda tersendiri walaupun kononnya berpegang pada etika kewartawanan sejagat. Kalau tidak takkan la berita monyet liar yg ganggu keselamatan dan hidup penduduk ditembak di Malaysia jadi berita Malaysia mengamalkan kekejaman tanpa kemanusiaan ke atas haiwan apabila monyet ditembak sesuka hati di berita Belgium???)
wah, debat sudah makin panas tp tahniah kepada semua pengkomen yang berdebat dengan idea yang bernas dan emosi yang rasional..
P/s:sy sokong ISA yang tiada detention w/out trial huhuhuh
Salam saudara..
Adakah saudara benar2 faham apa itu ISA?Atau saudara hanya mengikut cakap2 yang kononnya ISA itu melanggar hak asasi manusia?
Memang dalam perlembagaan persekutuan(kalau-kalau saudara pernah membukanya) ada peruntukan yang memberi kebebasan bersuara dan berekspresi dalam artikel 7 atau 9 perlembagaan kalau tak silap saya. Akan tetapi kebebasan itu tidak dapat digunakan sebebas-bebasnya oleh kerana ada peruntukan lain yang menghadkan kebebasan ini.
Mengikut perlembagaan, perintah darurat yang dijalankan dahulu masih belum ditarik balik sihingga sekarang, dan akta ISA diwujudkan di bawah artikel 149 yang memberi kuasa kepada kerajaan memperuntukkan akta untuk membanteras ancaman kepada keselamatan negara sebelum ia dilakukan. Mungkin saudara biasa dengan perkataan "pre-emptive strike". Secara teorinya, ISA dijalankan sebelum jenayah yang mengacam keamanan negara dilakukan dan ISA tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya tanpa alasan yang kukuh seperti yang termaktub di dalam akta dengan jelas.
Tidakkan saudara terfikir apa akibat yang akan terjadi jika ISA dimansuhkan?mahukah saudara jika peristiwa berdarah 13 Mei berulang?
Bagi saya ISA tidak perlu dimansuhkan. jangan kita bandingkan negara kita dengan Thailand yang pemimpin dan majoriti rakyatnya adalah non-muslim. Dimana-manapun jika umat islam minoriti dalam sesebuah negara, kaum kafir memang dahagakan darah umat islam dan mereka menunggu masa saja untuk menghancurkan kita.
Tanpa pegangan akidah yang benar ditambah dengan perpecahan sesama umat islam, tak tahulah macammana nasib kita nanti. Bagi saya, selagi negara kita ditadbir oleh pemimpin islam dan rakyatnya(khususnya melayu) masih memegang akidah Islam yang benar, ISA tidak akan menjadi masalah.
Walaupun kita sedar yang majoriti pemimpin damada daripada kerajaan atau pembangkang yang mementingkan materialistik, tapi kita sebagai khalifah kepada diri sendiri mestilah memimpin diri agar mengikut akidah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W sebelum kita sibuk berdemonstrasi mengutuk dasar2 kerajaan.
Golongan ultrakiasu kian menghimpit kita dan dengan ketiadaan akta ISA, mereka boleh menggunakan undang2 untuk menghancurkan kita umat islam khasnya. Saya bukan penyokong kerajaan atau pembangkang, tetapi saya hanya bercakap atas dasar seorang islam.
Buanglah mindset bahawa segala yang dilakukan oleh kerajaan itu jahat dan pembangkang itu penyelamat. Bolehkan saudara menjamin Islam lebih terjamin dan negara lebih aman dengan termansuhnya ISA atau kepimpinan kita bertukar tangan?
Bagaimana saudara boleh beri jaminan bahawa tidak ada korupsi jika pembangkang yang memerintah?
Ingat, mana-mana parti pun lebih kurang sama gayanya jika sistem demokrasi tidak diubah. Dan saudara perlu ingat bahawa demonstrasi secara aman ataupun tidak bukanlah amalan islam yang diajarkan oleh Rasulullah.
Sekian, terima kasih.
(saya mohon maaf jika komen saya terlalu bercelaru.)
Post a Comment