Tuesday, August 18, 2009

Burung Yang Terbang Melalui Kohat

Pertama kali melihatnya saya agak berkerut dahi, kerana jika di negara saya pemandangan sebegitu dirasakan tidak normal, malah memalukan. Tetapi tidak di sini. Jika ada dua orang lelaki yang berjalan atau bercakap sambil berpegangan tangan itu adalah perkara yang sangat biasa, dan tiada siapa pun peduli atau curiga mengenai perlakuan sebegitu. Bukan sahaja berpegangan tangan, tetapi kadang-kadang mereka juga berpelukan dan melakukan pelbagai jenis sentuhan yang mungkin menandakan betapa eratnya persahabatan mengikut norma di sini. Di tepi-tepi jalan atau di taman-taman awam kita seringkali dapat melihat pasangan lelaki berpegangan tangan dengan selamba. Malah tanpa segan silu mereka tidur di tempat awam di atas ribaan kawan lelaki dan diusap-usap rambut kawan di ribanya. Salah satu hobi orang Pakistan adalah duduk bersantai di atas rumput, malah jika ada rumput di atas pembahagi jalan pun, mereka sanggup duduk atau berbaring santai tanpa menghiraukan orang atau kenderaan yang lalu-lalang.

Jadi jika wujud dua orang lelaki yang bercinta di sini, masyarakat mungkin tidak tahu jika sebenarnya mereka mempunyai hubungan sulit kerana segala-galanya dilihat normal dan sudah tentu mereka tidak dapat membezakannya. Seorang kawan Pakistan memberitahu bahawa kadang-kadang terdapat juga kes jenayah homoseksual di sini dan media Pakistan juga pernah melaporkan kes-kes begitu yang dibicarakan di mahkamah. Paling teruk saya diberitahu, ianya melibatkan maulana yang mengajar di madrasah yang dituduh melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap muridnya di dalam masjid.

Terdapat sebuah daerah yang diberi nama Kohat yang terletak dalam wilayah NWFP. Kaum lelaki di situ dikatakan sangat suka "main belakang" dan saya pernah mendengar pelbagai cerita mengenainya sehinggakan ada satu jenaka yang kelakar mengenai tempat itu. Bahawa kaum lelaki di situ sangat buas nafsunya terhadap sesama lelaki lalu membimbangkan orang ramai yang berkunjung ke situ. Dan jika burung terbang melalui Kohat nescaya burung pun akan terbang dengan sebelah sayap sahaja kerana sebelah lagi akan digunakan untuk menutup bontotnya!

11 comments:

yg_indah said...

haha.kalau sebelah sayap digunakan untuk menutup bontot,sure dia akan jatuh di situ.Lalu dijadikan "lauk" oleh mereka.hmmm not a good choice untuk menutup.

amicus curiae said...

j, kadang2 saya nampak jugak (warga pakistan barangkali?) berpegangan tangan di KL.

chenta said...

ngerinya..kaum nabi luth yang membiak semula...

Aku... said...

Dunia dah menghampiri zaman tua...

chenta said...

la...jay ke...duk mikir gk,sapela nafastari ni...ble bace membesar di setiu tu,sembang gk ngan c.asan ada sorang hk kenal org bari...jay ah...tp xbudget plok jay sgguh nafastari ni...btw,watnape jauh2 ngat sapa islamabad ni?belajo ke?sy pu xdang nk bace belake lg cte2 awok tu...mklumlah,anok ni duk ajok main dgn ye skmo..hehe

note: c.asan kate ye igt n kenal 'pa' je... hehe

adam hassan said...

jay aka "pa", terima kasih kerana membawa kami ke islam(ke?)mabad. rasa mcm baru je jalan2 kt klcc

Anonymous said...

hahaha klakar lawak burung..
tergelak aku sengsorang sini...

ni lagi satu lawak antarabangsa..
kalu ko tak kesah la.. kalu ko kesah ko bleh delete je..aku xkesah

Cat woman tengah baring2 menikmati sun-bathing tanpa seurat benang kat balkoni apartment die.
Superman nampak dari jauh..
Superman terpikir idea jahat,
"Hmm, kalu aku "berhubungan intim" dgn Catwoman dgn laju sepantas kilat mesti die takkan perasan punyer..." maklumlah Superman kan laju berdesup perginye..
So, tanpa berlengah2 lagi terus sahaja Superman whhooosssshhhhh! melempiaskan nafsu amarah nyer.
Sekembalinya Superman ke markasnyer, die rase best sgt dpt Catwoman tanpa perlu Catwoman sedari.

Tapi di tempat Catwoman, die kehairanan,
"Eh.. ko ade rase pelik tak?"
Hollowman yang sedang "berhubungan intim" dgn Catwoman dgn cara halimunan menjawab,
"Ntah la, tapi series bontot I sakit sangat tibe2.. nape tah?"

-joe-

Anonymous said...

lawak joe aku tak paham lansung.. ntahpape..

Seorang Bukan Sasterawan said...

rasenya smlm aku dah comment..tp x kuar..huhuhuhu..
aku penah tgk dlm lrt org bangla ke pakistan ke raba n gesel budak sekolah lelaki..pastu kene tumbuk kat pakcik sebelah yg rupenye datuk budak sekolah tu..
p/s:joe..ko takde blog ke hahahahaha

Nafastari said...

Yg_indah, you really think the birds do it?! It's just a joke.

Amicus Curiae, mungkin juga. Tapi rupa dan budaya orang di Asia Selatan ni lebih kurang sama je... Pakistan, India, Bangladesh & Srilanka.

Chenta, saya tidak dapat pastikan tahap keseriusannya dan jika semua cerita2 yg saya dengar itu betul. Tapi saya yakin di mana2 pun terdapat golongan sebegini, temasuk di Malaysia. Saya di sini atas urusan kerja, dalam belajar juga, tentang makna kehidupan!

Nota: Che Asang ngade2!

Aku, mungkin juga...

Adam Hassan, sama2. Terima kasih berkunjung ke laman aku, sila singgah selalu.

Joe, jadi Superman datang dari belakang? Hahaa...

Anonymous, hmm... Kena tanya dengan Joe lah..

SBS, padan muka orang itu!
p/s: Takpe Joe, saya tak kisah...

Anonymous said...

hahaha
nampaknyer lawak aku sukar difahami kali ini...
samada anda menyamar suci atau
anda x clear watak2 tu..

aku bace joke tu dlm English asalnyer, so maybe terjemah ke Melayu impak die kureng sket

-joe-