Sunday, August 09, 2009

Jejaka Pashtun

Ada seorang jejaka Pashtun* yang tinggal berjiran dengan kami sangat meminati anak perempuan kami Embun. Dia agak rapat dengan saya kerana kami selalu berjumpa di masjid dan kadang-kadang kami keluar bersama bersiar-siar. Pada suatu petang selepas saya dan dia sama-sama berjalan pulang dari masjid, dia meminta kebenaran saya untuk berjumpa sekejap dengan Embun di laman hadapan rumah saya. Dia tunggu di hadapan pintu rumah saya sementara saya masuk dulu ke dalam rumah untuk memastikan jika Embun bersedia untuk berjumpa dengannya. Kemudian saya benarkannya masuk ke dalam rumah dan duduk di ruang tamu. Saya benarkan Embun untuk bermain-main dengannya. Tanpa segan-silu jejaka Pashtun itu memberitahu saya dia sangat sukakan anak saya kerana anak saya sungguh comel.

Keesokannya emak jejaka Pashtun itu datang ke rumah saya. Dia juga memberitahu saya bahawa anak terunanya sangat menyukai Embun dan berharap dapat membawanya pulang ke rumah mereka sekali-sekala. Saya belum berikan jawapan kepada emaknya.


*Pashtun adalah kumpulan etnik kedua terbesar di Pakistan, membentuk kira-kira 15.42% daripada keseluruhan populasi Pakistan. Mereka bertutur dalam bahasa Pashto dan kebanyakannya tinggal di Wilayah NWFP. Pashtun juga dikenali sebagai Pathan atau Pakhtun. Mereka berkulit lebih cerah, tinggi dan mempunyai rupa yang lebih cantik atau handsome berbanding dengan etnik-etnik lain. Sangat mementingkan maruah keluarga, kaum perempuan biasanya hanya tinggal di rumah dan jika perlu keluar mereka akan menutup muka samada dengan burqa atau dupata. Tidak ada istilah bercinta sebelum berkahwin bagi mereka dan perkahwinan biasanya diaturkan sepenuhnya oleh orang tua.

11 comments:

yg_indah said...

bahaya tu.walaupun dia seorang ahli masjid

Anonymous said...

btul tu ckp yg_indah...awak harus berhati2...mcm2 bnda yg perlu difikirkan..sesekali kita perlu berfikiran negatif..

-nelly-

FirJah said...

ya.. saya setuju dgn pendapat di atas..
kalian mesti berhati2 yer..
ok moga selamat semuanya...

Anonymous said...

Bahaya tu.. Berhati-hati yer. Macam-macam kes sekarang ni. Benarkan dia berjumpa Embun dengan pengawasan kamu sahaja.

Hanie..

Anonymous said...

Untuk lebih adil, baik kamu berterus-terang,
katakan padanya kalian belum bersedia.

Lagi cepat dia faham mesej kamu lagi bagus, kalau dia masih buat-buat tak faham, sekurang-kurangnya kamu tahu dia tidak menghormati permintaan kamu, dan kamu boleh terus tidak melayannya.

Tak pun kelentong je... Anak org Terengganu keturunan "Wan" tak digalakkan berenggang dengan ibu selama 3 tahun or else something bad might happen!" So, by the time she reach 3 years old, u r already back in Malaysia without having to fulfill irrelevant request from ur neighbour... orait tak?

Bila dua values bertembung, mcm2 bende tak terjangka berlaku!

-joe-

wan storm said...

good to have caring neighbour but just be more carefull to ensure he dont have secret agenda, ok bro...

Anonymous said...

Aku baru shj dgr video ust.azhar ceramah.Perempuan hendaklah duduk kt rumah je.boleh keluar jika ada hal mustahak je.Jd, betullah yg orang2 pashtun amalkan 2.Byk2 yang aku jumpa dgn org pashtun,semuanya suka kanak2.Berbaik sangkalah,insya Allah semua selamat.
Bro,Abdullah kwn aku yg pashtun yang aku jumpa kt surau 2 sgt baik.Byk benda yg aku blajar dr dia.Berani aku katakan masyarakat Pashtun jauh lebih baik dari masyarakat melayu dari segi pegangan pd syariat.
lutfi.

Nafastari said...

Yg_indah, Nelly, Firjah, Hanie & Joe, saya rasa anda semua gagal memahami sepenuhnya apa yang cuba saya sampaikan walaupun awal2 lagi saya telah kategorikan entri ini sebagai "joke". Saya tidak risaukan apa2 pun, kerana saya agak rapat dengan keluarga Pashtun yang tinggal berjiran dengan saya itu. Mereka adalah keluarga yang sangat baik dan tinggi budi bahasa dan pekerti, dan jejaka itu sentiasa solat di masjid pada setiap waktu. Mereka sangat menghormati hak-hak saya walaupun kami sebenarnya menyewa rumah itu daripada mereka. Mereka tidak akan masuk ke kawasan rumah saya walaupun pintu pagar telah terbuka, selagi saya tidak mempersilakan mereka masuk. Satu hari, mereka menelefon saya yang berada di luar kawasan semata-mata untuk meminta kebenaran saya bagi menutup paip air di laman rumah saya. Ibunya (seorang doktor) datang untuk menyatakan betapa anaknya itu teramat sukakan anak saya (sebagai bayi yang sangat comel!) dan sekadar untuk memberitahu kepada saya, bukan dia meminta apa2 yang saya saya tidak dapat berikan.

Atau mungkin saya yang gagal dalam menyampaikan maksud sebenar dalam entri ini. Apapun, saya sangat hargai segala keprihatinan, nasihat dan ingatan yang anda semua semua telah berikan.

Lutfi, akhirnya anda sahaja berjaya menelah maksud sebenar saya di entri ini. Mungkin kerana latar belakang anda yang mengetahui serba sedikit tentang Pashtun lalu membuatkan fikiran anda lebih terbuka untuk berbaik sangka.

Seorang Bukan Sasterawan said...

hahaha,kami semua tidak tahu situasi sebenar di sana..tapi kami semua prihatin kan..memberi nasihat sekadar tercapai dek akal..semoga Allah selamatkan dan rahmati kita semua..selamat berpuasa di perantauan..

Anonymous said...

kahkahkah

cerita lawak yang menimbulkan paranoid yang bukan2....

-joe-

BELAJAR BAHASA said...

Perlu berpikir positif dan membangun