Monday, August 10, 2009

Apa Yang Saya Suka Tentang Pakistan?

Buku
Di sini harga buku lebih rendah, jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Kedai buku terdapat di semua markaz di semua sektor, samada buku baru mahupun buku terpakai. Saya paling suka dengan kedai buku "Saeed Book Bank" yang terletak di Jinnah Supermarket, Sektor F7. Di situ terdapat pelbagai jenis buku dalam bahasa Inggeris dengan harga yang boleh membuat saya jadi seorang pemboros. Bayangkan novel bahasa Inggeris yang biasanya dijual dengan harga RM34.90 di Malaysia cuma berharga RS495.00 di sini, iaitu kira-kira RM21.50. Jika tidak kisah, boleh mencari buku yang serupa di kedai buku terpakai dan buku yang sama mungkin cuma berharga RS100 atau RS200. Dan kebanyakan buku-buku di sini biasanya sangat menarik perhatian saya dan Mawar.

Pakaian
Pakaian dan fabrik juga lebih murah di sini. Terutamanya material untuk dibuat baju kurta dan syarwal khamiz, material yang sama juga boleh dibuat baju melayu atau baju kurung. Dengan RS500.00 (RM21.70) saya sudah boleh dapatkan 4 meter kain kapas yang bermutu tinggi untuk dibuat sepasang kurta. Upah jahit sangat murah, untuk sepasang kurta atau syarwal khamiz hanya RS400 (RM17.40). Kasut jenama Hush Puppies pun diletakkan harga yang lebih rendah di sini. Contoh yang lain, seluar jeans jenama Levi's 501 boleh didapati dengan harga serendah RS3000.00 (RM130.40) di butik Levi's, begitu juga seluar Dockers yang harganya cuma RS1800.00 (RM78.20). Saya dengar kalau di Karachi Levi's dan Dockers lebih murah dari Islamabad, tapi saya sendiri belum pernah sampai di sana. Apa-apa yang berasaskan tekstil sangat murah di Pakistan, seperti kain cadar, sampul bantal, selimut, quilt cover dan sebagainya. Di Sektor G10 terdapat banyak kedai yang menjual material untuk dibuat kurta dan kami pernah gila berbelanja menghabiskan RS10,000.00 di satu kedai dalam masa sejam!

Buah-buahan
Saya sangat sukakan mangganya yang sangat manis dan sedap. Lebih sedap dari mangga yang biasa saya makan di Malaysia dan sekarang adalah musim mangga. Buah mangga sangat mudah didapati di tepi-tepi jalan dan di mana-mana bazar atau markaz. Saya selalu membeli mangga yang dijual dengan harga RS40 hingga 80 sekilo mengikut jenis masing-masing. Buah tembikai, laici, tembikai susu, anggur, epal dan aprikot boleh didapati dengan mudah dengan harga yang sangat murah. Tebu di sini juga menghasilkan air yang sedikit berlainan dengan air tebu di Malaysia, tambahan pula biasanya penjual air tebu akan menambahkan sedikit garam dan perahan asam limau ke dalam air tebu.

Ada penjual tembikai di sini yang tidak percaya bahawa wujud tembikai tanpa biji di Malaysia.
"Saya sudah 32 tahun berniaga buah tembikai saya tidak pernah dengar lagi ada buah tembikai tanpa biji di dunia ini", katanya dengan penuh yakin. Orang Pakistan memang begitu, mereka tidak terdedah dengan dunia luar dan hanya taksub dengan dunia mereka.

Karpet & perabot
Tentu sahaja karpet di sini lebih rendah harganya berbanding dengan Malaysia kerana Pakistan merupakan negara pembuat karpet selain dari jiran-jirannya seperti Iran dan Afghanistan. Saya rasa harga karpet di sini mungkin cuma separuh dari harganya di Malaysia. Sebut sahaja jenis dan saiz apa yang anda mahu semuanya ada, dengan harga yang sungguh menggoda! Begitu juga dengan perabot seperti set bilik tidur, sofa, almari, meja makan dan sebagainya. Set sofa (7 tempat duduk) yang sangat cantik dijual dengan harga tak sampai RM1000.00.

Pinggan mangkuk
Set pinggan mangkuk Corelle (12 orang, 76pcs) cuma berharga dalam RS13000.00 (kira-kira RM565.20). Set China Bone dan lain-lain jenama seperti Luminarc juga boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Barang-barang seramik yang cantik dan unik banyak terdapat di sini dalam pelbagai saiz. Kami baru sahaja menghabiskan RS22,000.00 (kira-kira RM956.50) untuk satu set Fine China Bone ekslusif (12 orang), sesuatu yang tidak pernah kami terfikir untuk lakukannya kalau kami berada di Malaysia.

Nampaknya semua perkara yang menarik di Pakistan adalah berkaitan dengan membeli-belah. Jadi barangkali saya akan menjadi lebih gembira tinggal di sini kalau mempunyai wang yang banyak. Dan saya pun rasa bahawa sekarang saya menjadi lebih boros berbelanja ditambah pula dengan matawangnya yang rendah dan membuatkan kita tidak begitu menghargainya walaupun nilainya sudah disebut beribu-ribu Rupee.

*Kadar tukaran wang asing sekarang adalah RM1.00 bersamaan dengan RS23.00.

18 comments:

Ummi Wafa (UW) said...

huhuhu...
shopping sakan...
nanti bleh kirim laa :)

yg_indah said...

karpet 1,untuk raya.tapi aku memang hairan kenapa kambing kita lebih hamis dari kambing-kambing lain.walaupun dgn kambing indon.

Aku... said...

Nafastari.... Selamat membelibelah....Jangan lupakan SOGO atau pasaraya Mydin di Kuala Terengganu... Hehehe...Untuk maklumana pakej sukan ASTRO dah naik harga....Sistem ekonomi yang hampir seperti kapitalis di malaysia...

Mince4AM said...

wah, bes2. Murah bagi kita, tapi adakah barangan itu juga murah bagi penduduk tempatan? Btw, aci odar dok?

Permata SoffHas said...

Bestnya..nanti boleh la saya kirim ape-ape yang patut bila awak nak balik nanti..

Anonymous said...

Aku xfaham betul knape levi's kt sana xada saiz ganjil!!!
luth

Anonymous said...

Wah nampaknya kamu telah menarik minat saya untuk ke sana. Mungkin tahun hadapan saya cuba merancang satu percutian ke sana. Boleh yer..??

Hanie..

Dad of 4+1 said...

Wah....bagus tuh utk shopping

huds said...

waa...mau kirim corelle....

Anonymous said...

Nafastari aka. J,

Blh bg emel add tak? ada benda nak fwrd...

-Artakuz-
(a.k.a enal)

addyaholix said...

semua orang suka berbelanja. saya juga antaranya bang. kadang sampai membazir. susah nak buang tabiat tu.

wanahaf said...

bila levis sy, sy boleh dpt?

Seorang Bukan Sasterawan said...

smlm aku tgk AFC, die tunjuk kepala kambing rebus..
pergh sedapnya..boleh tolong rasa untuk aku...huhuhuh

Nafastari said...

UW, tidaklah terlalu sakan, melainkan jika saya benar2 kaya. Yang ringan2 bolehlah dikirim.

Yg_indah, saya juga pelik tentang bau kambing tu. Di sini saya boleh telan daging kambing dengan selamba.

Aku, manakan boleh lupa tempat sendiri. ASTRO menjadi besar kepala sebab tiada pesaing, monopoli memang tidak bagus!

Mince4AM, saya kurang pasti tentang itu. Mungkin murahlah untuk orang-orang kaya di sini dan sebaliknya untuk orang-orang miskin. Kalau barang2 ringan aci juga dipesan jika saya kebetulan pulang ke Malaysia. Untuk mengepos terlalu mahal dan tidak berbaloi.

Permata Soffhas, tidak jadi masalah!

Luth, aku pun tak tahu sebab apa tapi itulah yang diberitahu kepada aku oleh semua butik2 Levi's di sini.

Hanie, silakan. Tapi mesti dapatkan nasihat perjalanan daripada pihak berwajib terlebih dahulu, kerana situasi politik dan sosial di sini tidak stabil.

Dad of 4+1, ya... Sampai tak cukup duit!

Huds, tapi Corelle berat dan besar. Kalau saya balik pun tak dapat bawa sebab biasanya kena cukai tinggi di KLIA. Tunggu saya habis urusan di sini dan bawa balik semua barang2 saya dengan kontena, bolehlah nak kirim pun.

Artakuz, terima kasih atas keprihatinan kamu. Saya sudah membaca yang kamu hantar itu.

Addyaholix, benar sekali..

Wanahaf, Levi's kamu sudah sampai di KL dua minggu lepas. Sila hubungi Luth.

SBS, huh, aku kurang berani mencuba makanan eksotik sebegitu. Pernah aku lihat kepala2 kambing dijual dengan banyak sekali di markaz. Kambing sangat popular dan dimasak dengan pelbagai jenis dan cara masakan.

fathi fadhil said...

yup saya pun terasa nk g shopping gk ni haha but kena mnabung dulu lar..poket kering ni..
slmat mmbeli belah...

Anonymous said...

Saya tahu cotton yang bagus akan menyebabkan kita tidur lena di atas atau dlm pelukannya walaupun di siang hari...

Cuma di Malaysia, fabrik cotton 100% adalah eksklusif untuk mereka yang jauh mementingkan hal2 tidur (atau perkara2 beberapa minit/jam sebelum tidur :p ), namun kita yang biasa2 ni perlu melupakannya kerana terlalu banyak perkara-perkara selepas bangkit tidur yang jauh lebih penting yang perlu dibelanjakan !

Mungkin org2 kebanyakan Pakistan tidurnya lebih lena dalam konflik berbanding kebanyakan rakyat Malaysia yang aman damai.

-joe-

aliah hanim said...

maaf en.ahmad..
saya baru terbaca entri anda yang ini..
untuk berkongsi informasi..
apa sahaja barangan yg berasaskn ceramik bone harap2 jgn dibeli..lg2 Fine China Bone..untuk makluman ada tambahan tulang khinzir..walaupun tulang ayam/binatang yg halal di makan..tp kita tidak tahu cara penyembelihan nyer...kan yang membuat nyer bukan syarikat muslim..harap info ini boleh dikongsi bersama

suryo aja said...

saya mengucapkan banyak terima kasih kepada aki sUkrO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama aki sUkrO dan dengan senang hati aki sUkrO mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi aki sUkrO semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi aki sUkrO DI =081 242 333 760 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama aki sUkrO

apakah anda termasuk yang tercantung di bawah ini.?
1. Di Lilit Hutang
2. Selalu kalah Dalam Bermain Togel
3. Barang berharga Anda udah Habis Buat Judi Togei
4. Anda Udah ke mana-mana tapi tidak menghasiikan
5'atm ghoib
6'uang bolak balik
7.jual tuyul
Solusi yang tepat Jangan Anda Putus Asa…!!!
Anda sudah berada Di blog yang sangat tepat anda bisa rubah nasib disini dengan angka rit
al 2D=3D=4D
Kami akan membantu anda semua dengan Angka 2D 3D atau 4D hAsil Riktual Kami
Anda Cukup Mengganti Biaya Riktual Angka Nya Saja 300rb Dengan
cara kirim pulsa 300 ribu di no:081 242 333 760
kami hanya membantu anda semua dengan Angka ritual Kami..Kami dengan bantuan Supranatural Bisa menghasilkan Angka Ritual Yang Sangat Mengagumkan…Bisa Menerawang Angka Yang Bakal Keluar Untuk Toto Singapore Maupun Hongkong…Kami bekerja tiada henti Untuk Bisa menembus Angka yang bakal Keluar..dengan Jaminan 100% gol / Tembus…!!!! Tapi Ingat Kami Hanya Memberikan Angka Ritual Kami Hanya Kepada Anda Yang Benar-benar dengan sangat Membutuhkan Angka Ritual Kami .. Kunci Kami Anda Harus OPTIMIS Angka Bakal Tembus…Hanya dengan Sebuah Otimis Anda bisa Menang…!!!
Jika anda Membutuhkan Angka Ghoib Hasil Ritual aki sUkrO 2D,3D,4D di jamin Tembus 100% terimakasih