Saya kurang gemar dengan sikap pemandu kenderaan di Islamabad. Mereka tidak mengikut peraturan jalan raya seperti di tempat asal saya. Mereka menukar lorong sesuka hati tanpa melihat siapa di lorong kanan di belakang kenderaan mereka. Mereka terlalu kerap membunyikan hon, di mana-mana sahaja. Dan keseluruhannya mereka sangat degil dan tidak mahu mengalah. Di sini siapa yang berani, dialah yang akan mendapat jalan. Kadang-kadang ada juga kelihatan perempuan memandu, seperti biasa dengan gaya tipikal pemandu perempuan. Tetapi pemandu-pemandu lelaki biasanya sangat menghormati pemandu perempuan dan mudah memaafkan apa-apa kebodohan dan kesilapan pemandu perempuan. Bukan sahaja di jalan raya, tetapi di mana-mana sahaja perempuan di sini dilayan begitu oleh lelaki Pakistan. Perempuan tidak boleh dimarah atau ditegur oleh lelaki di tempat awam.
Saya tidak tahu jika di sini terdapat undang-undang jalan raya atau pun tidak, kerana mereka sungguh tidak menghormati peraturan, jauh sekali perasaan timbang rasa dan sopan santun. Tetapi ironinya saya diberitahu bahawa secara keseluruhannya, sikap pemandu di Islamabad adalah yang terbaik di seluruh Pakistan. Keadaan jalan raya dan trafik di wilayah lain-lain adalah jauh lebih teruk, suasananya bagai hampir-hampir tiada peraturan langsung. Saya tertanya-tanya jika pemandu di Pakistan perlu menghadiri kelas di sekolah memandu atau pun tidak sebelum mendapat lesen memandu. Selain itu, terdapat ramai polis trafik di jalan raya, mengawal lalulintas dan kadang-kadang mengeluarkan tiket saman.
Ada satu peraturan yang sangat kelakar. Jika melalui jalan bulatan, pemandu yang berada dalam bulatan harus mengutamakan pemandu yang baru hendak masuk ke dalam bulatan. Pemandu yang sudah berada dalam bulatan yang wajib berhenti bagi memberi laluan. Jika kita tidak berhenti kita yang akan diberi hon yang panjang serta dipandang serong seolah-olah kita yang bersalah. Satu lagi peraturan yang pelik, hanya pemandu kenderaan sahaja yang diwajibkan memakai tali pinggang keledar. Jika penumpang lain tidak memakai tali pinggang itu tidak menjadi kesalahan. Begitu juga dengan motosikal, hanya pemandu hadapan sahaja diwajibkan memakai topi keledar, pembonceng di belakang tidak perlu. Mereka juga dibenarkan menaiki motosikal beramai-ramai, tiga, empat atau berapa saja semuat-muatnya. Polis mereka sendiri pun dilihat berbuat begitu.

Jika terdapat sebarang pergeseran dan perlanggaran di jalan raya, mereka suka bertegang leher lama-lama di atas jalan raya. Ramai orang yang akan berduyun-duyun mengerumuni tempat kejadian untuk menyaksikannya. Yang lalu-lalang akan singgah sebentar. Jika ada polis pun mereka tidak berbuat apa-apa, hanya melihat. Tetapi pertengkaran mereka biasanya tidak akan berakhir dengan tumbukan atau pergaduhan fizikal, kerana terdapat ramai orang yang akan cuba meleraikan pertengkaran antara pihak-pihak yang terlibat.
11 comments:
huhu, pelik sungguh.. tapi mungkin kat negara lain ada lagi yang pelik2
Teringat kenangan duk Mesir, lebih kurang je..
SALAM...
Saya tidak mahu komen dengan apa yang terjadi di Pakistan...Mungkin kebetulan...rata rata kalau boleh dikatakan hampir serupa dengan pengalaman saya sendiri di sebuah negara Arab...pemandu bas atau teksi sentiasa marah marah.. di dalam bahasa mereka tentunya...Mungkin disebabkan oleh pengaruh budaya atau psikologi penduduk setempat... Apa pun kamu sudah tentu tidak memandu ke pejabat...
Mince4AM, lain padang lain belalang.
Wirkab, menurut pemerhatian saya memang ada banyak persamaan antara budaya orang Arab dan Pakistan.
AKU, saya kurang periksa mengenai sikap pemandu kenderaan awam di sini. Tapi saya fikir tidak jauh bezanya dengan sikap orang Arab. Sebenarnya saya memang tidak pernah memandu sendiri lagi sejak datang ke sini. Saya harap dapat melakukannya nanti apabila saya sudah membeli kereta sendiri.
Askum. First time kome. Keadaan begini sama sahaja berlaku di Sudan. Boleh jadi gila dibuatnya. Haha. Mereka juga suka mengekori kenderaan kita dekat-dekat. Sakit hati.
haha
sekali sekala rasa bersyukur sangat sebongok2 ragam Malaysian di jalan raya, kite taklah seBENGONG org luar
-joe-
:)
mungkin ini antara perkara yg pelik di dlm dunia....
same juge ditempat saye, salam kenal je
Nasib anda tak memandu sendiri, kalau tak gaung mana pulak yang kena hentam...... ha, ha, ha.
Nurlulu, terima kasih singgah dan berkongsi pengalaman anda.
Joe, benar sekali!
ab geldofg, terima kasih.
WS Zuriati, begitulah kiranya. Kata orang jauh berjalan luaslah pemandangan.
Patahati, salam kenal.
Wanstorm, saya akan memandu sendiri juga nanti.
Post a Comment