Sejak mula-mula pindah ke rumah ini, setiap pagi ada seorang pemuda penghantar surat khabar datang menghantar surat khabar ke rumah. Di atas muka depannya tertulis "call me" diikuti dengan nombor telefon. Saya tidak pernah membuat panggilan ke nombor itu. Penghantar surat khabar itu pernah menekan loceng rumah dan bila Mawar keluar, dia bertanyakan Mawar jika kami berminat untuk melanggan surat khabar. Mawar memberitahu kami tidak berminat. Tetapi selepas itu kami tetap menerima surat khabar itu. Saya tidak pernah membaca surat khabar tersebut dengan serius kerana biasanya saya membaca surat khabar di tempat kerja dan juga akhbar secara atas talian di internet. Saya juga pernah berpesan kepada pemuda penghantar surat khabar itu supaya jangan menghantar surat khabar ke rumah saya lagi, kerana saya tidak ingin melanggan.
Semalam pemuda penghantar surat khabar itu menunggu di hadapan pintu pagar rumah saya. Dia meminta duit sebanyak Rs150 (kira-kira RM6.80) kerana menurutnya dia telah menghantar surat khabar ke rumah saya selama 10 kali. Setahu saya cuma lebih kurang 4 kali sahaja. Dengan tegas saya memberitahunya bahawa saya tidak pernah meminta sesiapa supaya menghantar surat khabar ke rumah saya dan malah saya dan isteri juga pernah berpesan kepadanya supaya jangan menghantar surat khabar ke rumah kami, dan saya tidak akan membayar satu rupee pun kepadanya. Dia terus merayu-rayu dengan muka tidak tahu malu.
Katanya dia telah tersilap hantar dan meminta saya membayarkan juga RS150 kepadanya. Dan saya tidak percaya bahawa itu satu kesilapan, kerana kami telah memesannya berkali-kali. Itu bukan satu kesilapan, tetapi mungkin kebodohan atau penipuan! Tetapi menjadi seorang melayu, saya selalunya mudah jatuh simpati, bertimbang rasa dan ingin menjaga hati segala. Akhirnya saya hulurkan juga Rs20 (RM0.90).
"Tolong jangan hantar surat khabar ke rumah saya lagi, faham?!"
Dia mengambilnya tanpa terima kasih. Saya lihat dia masih tidak gembira, ada riak-riak kekesalan pada wajahnya.
6 comments:
masya allah..banyaknuya dugaan di rantauan yer..moga lebih tabah dan berani..sampaikan salam buat mawar n syabnam..memang makin comel n bijak nampak dia..pandai duk di negeri org tu...
Allah hu Rabbi... macam2 karenah yer org2 ni..
pengalaman tu utk kalian.. tak semua org leh dapat pengalaman begitu...haha..
banyak2 bersabar ya di rantauan...
Salam perkenalan.
len kali biar je kat luar tu lunyai kene ujan n panas
aku mmg pantang bisnes kaut untung drpd pengguna yang tiada pilihan
mcm cuci kereta kat tempat parking
(pdhal x suruh pun)
tunjukkan parking (padahal bukan parking private pun!)
dan naik jambatan pulau pinang kene bayar tol!!?? kalu tak nak byr kayuh sampan ok!! hahahaha bodoh!
-joe-
dia punya tektik pemasaran bagus,walaupun agak radikal
Fathi Fadhil & Firjah, itu baru sedikit dan tidaklah begitu mencabar. Kami sudah semakin sedar di mana kami berada dan tidak mengharapkan segalanya menjadi terlalu bagus dan sempurna. Terima kasih atas doa dan sokongan kalian.
Abu Muaz, terima kasih menjenguk kemari.
Joe, betul juga saranan kamu itu. Tetapi pemandu aku yang telah mengambilnya dan simpan. Tak mengapa, cerita itu sudah tamat sekarang.
Yg_indah, aku benci taktik pemasaran radikal yang menindas!
Post a Comment