Maka riuhlah cerita dari tok penghulu, bahawa jika makan gandum maka kita akan jadi lebih pandai. Pandai seperti orang di kampung seberang jauh sana yang telah makan gandum sejak dari tahun yang sudah lama, tidak ingat sejak bila.
Diseru semua orang kampung,
"Mesti tanam gandum! Kita akan jadi lebih maju, anak cucu kita akan jadi pandai! Mari ikut resam orang di kampung seberang jauh yang sudah semakin jauh majunya meninggalkan kita, sebab mereka tanam gandum dan makan gandum. Sebab itu mereka bijak dan berdaya saing."
Lalu segeralah dimusnahkan relung sawah padi semua untuk menjadikan ladang gandum. Ada juga ditanam soya, jagung dan apa-apa sahaja tanaman yang pernah ditanam oleh orang kampung seberang jauh. Kerana menurut tok penghulu itulah penyebabnya mereka jadi bijak dan lebih maju. Lalu musnahlah semua ladang sawah dan gembiralah tok penghulu kerana buah fikirnya yang bijak diterimapakai oleh semua. Ada yang gembira kerana dapat memakan gandum dan lalu menjadilah mereka seperti orang kampung seberang jauh, yang pada mereka kelihatan lebih maju. Tetapi lebih ramai pula yang tidak suka, mereka tidak dapat menerima gandum sebagai makanan baru kerana sudah terlalu terbiasa dengan beras.
Anak-anak pula pada mulanya juga terkejut kerana dipaksa makan gandum. Perut mereka tidak dapat menerima, tidak kenyang, cepat letih, cepat lapar dan mereka jadi tidak bermaya. Tetapi diceritakan orang bahawa selepas beberapa ketika anak-anak sudah agak terbiasa dengan gandum. Walau mereka tidak suka tetapi akibat paksaan begitu akhirnya mereka pasrah. Tetapi ramai ibu bapa yang memberontak, orang-orang kampung pemakan beras yang totok terutamanya. Mereka keluar ke jalan raya dan berarak ke rumah tok penghulu minta dikembalikan semula tanah sawah mereka. Mereka bertegas ingin kembali bersawah dan memakan beras yang telah menjadi makanan ruji mereka sejak zaman-berzaman.
Setelah lebih lima tahun memakan gandum, akhirnya tok penghulu terpaksa mengalah dengan tekanan kumpulan pemakan beras. Tok penghulu juga risau sebenarnya jika dalam upacara pemilihan penghulu depan dia tidak dipilih lagi oleh pengundi-pengundi di kalangan kumpulan pemakan beras. Tiada lagi tok penghulu berhujah ingin maju. Kerana dia sendiri sudah dengar cerita ramai sekali anak-anak orang kampung pemakan beras yang hilang selera makan serta jatuh sakit akibat dari dasar pemakanan gandum. Sememangnya ada segelintir orang kampung yang sudah mulai memakan gandum dengan lahap sekali, malah makan dengan banyak lebih banyak dari orang kampung asal pemakan gandum, kampung seberang jauh. Dakwa mereka kulit mereka sudah menjadi lebih cerah, anak mata mereka menjadi biru, pendek kata mereka lebih maju sekarang. Tetapi majoriti orang kampung ternyata tidak serasi dengan gandum. Dan akhirnya kali ini tok penghulu terpaksa tunduk.
Lalu sekarang diseru,
"Sekarang tukarkan semua ladang gandum menjadi sawah padi. Kita akan menanam padi semula sepenuhnya mulai tiga tahun dari sekarang!"
Kerana tok penghulu ingin terus menjadi tok penghulu. Tetapi di kertas khabar tok penghulu bilang keputusan itu adalah demi kebaikan anak-anak orang kampung semua, kerana tok penghulu dan semua ahli jawatankuasanya memang sentiasa mengutamakan kepentingan orang kampung dalam apa-apa jua keadaan. Kalau begitu, baru orang kampung tahu bahawa tok penghulu sememangnya pemimpin yang bijak, prihatin, ikhlas dan berpandangan jauh. Terima kasih tok penghulu, atas segalanya.

10 comments:
Sekarang orang-orang tok penghulu itu telah menjelajah ke seluruh kampung untuk mencari guru-guru j-QAF yang berasal dari kampung yang kematian tok penghulunya agar menyokong mereka dalam proses pemilihan tok penghulu yang baru...
Nampaknya mereka begitu gusar sekali bahkan satu-satunya menteri yang berasal dari negeri itu juga telah merayu kepada guru-guru j-QAF agar tidak melupakan jasa mereka..Layanan yang sangat mesra kepada guru-guru j-QAF kerana mereka fikir j-QAF adalah satu periuk nasi yang sangat besar isi di dalamnya...
Tetapi persoalannya adakah beras atau gandum di dalam periuk itu boleh dimakan???
Jika boleh dimakan pun, adakah cukup untuk dihidangkan kepada seluruh pengundi di kampung itu???
Tetapi PPD yang terlibat sanggup menjejak mana-mana guru j-QAF dalam kawasan itu secara individu demi untuk merayu mereka sedangkan banyak lagi yang menjadi urusan wajib tidak dtunaikan dengan kebersungguhan seperti itu...
Pemerhati yang tiada hati...
Hahahahahaha....Satu anamoli yang pali bijak pernah saya baca...Macam baca cerita hikayat Merong mahawangsa la pulak...Siapa pulak yang terasa nanti yer...?
aku suka ini,bukan sebab aku sokong si penanam padi;)
nasik baik tok penghulu buat keputusan nak tanam padi balik..
gandum, soya, jagung jugak mesti jugak ditanam dengan proaktif [tapi penanaman padi mesti diutamakan]..
harapnya, kita jangan lupa terus pada Gandum, ianya sangat berguna utk buat roti canai, kuih baulu, apam balik malah lempeng jugak!!
Soya boleh dibuat tempe & kicap
Jagung boleh diletak dalam apam balik, puding & bubur asyura.
ada banyak lagi perkara yg tok penghulu sanggup buat untuk kekal jd penghulu. hikayat yg hebat dan sinis. kalaulah mahu tok penghulu dan juak2nya memahaminya..
-tp elok lah kalau dapat makan beras DAN gandum juga...
أحمد.... السلام علیکم
آپ کیسی ہيں؟
کافی وقت سے آپ کو دیکھا نھیں
خدا حافظ
Kamu sungguh bagus!
Boleh jadi Sasterawan nanti...
Aku sangat kagum dengan hikayat ini. Jiwa kesusasteraan anda memang sangat tebal dalam diri. Anda seolah2 seorang kolumnis yang telah lama bertapak,malah lebih hebat daripada itu.Alhamdulillah..
-Serde.
Assalamualaikum,
Tolong ajar saya macamana nak buat hikayat macam ni, boleh? Kamu menuntut dengan Faisal Tehrani ke?
Anonymous Pemerhati Yang tiada Hati, saya harap suapan kepada guru J-QAF tidak akan mengubah penidrian mereka.
Aku, terima kasih! Yang makan lada akan terasa pedasnya.
Yg_indah, terima kasih. Sokonglah mana-mana yang kamu nak sokong, saya tiada masalah.
Hamba & Hartini, saya setuju saja.
Ishan, saya belum dapat memahami tulisan itu.
Nasikerabupetro, terima kasih. Terlalu jauh lagi dari taraf saterawan. Aku bukan sesiapa pun dalam dunia penulisan kreatif.
Anonymous Serde, terima kasih. Kamu bermulut sangat manis! Haha...
Narumi, saya tidak rasa tulisan ini sangat bagus pun, saya pun tidak tahu jika ada teknik2 tertentu sebab saya cuma menulis sesedap rasa sahaja. Bagimanalah saya hendak tolong kamu... Tapi jika kamu berminat kamu cuma perlu banyak membaca karya kreatif sastera yang ditulis oleh penulis2 hebat, mungkin itu akan dapat membantu kamu dalam penulisan. Saya tidak pernah menuntut dari sesiapa.
Post a Comment