Monday, June 08, 2009

Daging Kambing di New Muree

Bukan semuanya teruk dan negatif tentang Pakistan. Media di Malaysia tidak bercerita tentang Pakistan kecuali tentang keganasan, letupan bom, konflik politik dan tunjuk perasaan. Sebab itulah saya juga perlu mencatat sesuatu yang sebaliknya di sini. Supaya anda tidak berfikir bahawa esok kami akan mati terkena letupan bom. Saya dan Mawar dijemput untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan di New Muree, iaitu sebuah kawasan pergunungan yang terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari pusat bandar Islamabad. Sayang sekali Mawar tidak dapat hadir kerana terpaksa menjaga Embun yang terlalu kecil dan tidak sesuai untuk dibawa bersama.

Perjalanan melalui lereng bukit yang berselekoh. Pada mulanya melalui jalan raya yang elok tetapi separuh lagi perjalanan adalah melalui jalan yang sempit. Jika bertembung dengan kenderaan yang datang dari haluan yang berbeza, salah satu kenderaan harus mengalah dengan mengelak ke tepi. New Muree adalah berdekatan dengan Muree, satu tempat percutian yang agak popular. Pada masa sekarang suhunya nyaman, lebih sejuk dari Genting Hingland atau Bukit Fraser di Malaysia. Perlu diberitahu sekarang adalah musim panas di Pakistan, dan jika di musim sejuk tempat ini mendapat nikmat kepasan salji dan menjadi destinasi terkenal untuk bermain salji.

Majlis perkahwinan yang saya hadiri dianjurkan dengan sederhana. Tiada muzik dan tarian. Semua hadirin memakai pakaian tradisional Pakistan, pakaian tetamu perempuan kelihatan lebih meriah dan berwarna-warni. Hampir semua meletakkan selendang mereka yang besar di atas kepala menutupi rambut dan sebahagian lagi menutup muka memperlihatkan cuma matanya. Agak saya orang di kawasan ini lebih kuat beragama dan tidak terlalu terdedah kepada dunia luar. Saya takut-takut untuk mengambil gambar dan tidak melihat pengantin dari dekat kerana kelihatan hanya orang perempuan yang mengerumuni pengantin. Mereka makan dalam khemah berdinding yang dibina khas, khemah untuk lelaki diasingkan daripada perempuan.

Kami dihidangkan dengan nasi beriyani, roti capati yang sangat besar bersama kari ayam, masakan berasaskan kambing, daging hancur, sayur yang dimasukkan dalam kuah daripada yoghurt dan semuanya sedap! Buat pertama kalinya saya makan kambing tanpa apa-apa masalah malah saya menambah dua kali. Pusingan pertama makan bersama nasi dan kedua dengan roti capati. Benarlah kata kawan saya yang telah lama tinggal di sini, kambing di sini sedap dan tidak berbau seperti di Malaysia. Dulu saya pernah mencuba daging kambing termasuk di Secret Recipe tetapi tidak pernah saya berjaya menelannya. Saya akan terus memakan daging kambing di sini jika rasanya tidak berbau hamis dan memang sedap begini.

Dan sebenarnya, selepas waktu Maghrib kelmarin terdapat satu letupan bom di Sektor G8 Islamabad, tidak jauh dari tempat rumah yang akan kami sewa. Letupannya agak kuat dan mengorbankan dua orang. Kata orang pengebom berani mati tersebut cuba meletupkan sebuah balai polis, tetapi telah berjaya dikesan lebih awal oleh anggota yang berkawal, sebab itulah angka korbannya tidak ramai.

14 comments:

abdul said...

Salam.. moga Allah menjaga kamu sekeluarga.. Doa kami sentiasa bersama2 kamu... Maaf, kalo saya bertanya.. kamu bekerja dgn syarikaT apa ?? bekerja apa di Pakistan..??

~your silent reader

Anonymous said...

pergi makan jamu dgn en lutfi ke..kim salam dia deh...

x staff

Anonymous said...

wahh.. bom lagi...
betul la, kalau takut mati baik tak payah bukak mata bagun pagi, sebab kalau Allah kata mati, matilah jugak.. Kalau Allah kata panjang umur, hiduplah..
Kita kat Malaysia mungkin jarang baca doa dan bertawakkal sblm tinggalkan rumah sebab kita leka dgn nikmat kesenangan dan keamanan..
sedangkan kita tahu ujian kesenangan tu lebih mengalpakan!

-joe-

Mince4AM said...

selamat dan sejahteralah untukmu sekeluarga

Water Lily said...

Salam saudara Ahmad dan keluarga.

Bertuahnya dapat melihat sisi lain bumi Allah swt.

Semoga sejahtera hendaknya.

Hartini Omar said...

terus menulis ahmad. saya takkan jemu2 mengikutinya..

addyaholix said...

jauh berjalan luar pemandangan. banyak yang mampu kamu kutip bang!

doa saya moga kamu dan keluarga selalu selamat dan sentiasa dibawah lindungan dari Dia Insyaallah.

Anonymous said...

pasni leh tulis buku
NAFASTARI's IDIOT's GUIDE TO PAKISTAN!

-joe-

Aku... said...

Salam...
Saya merasakan anda antara insan yang bertuah kerana dapat merasa sesuatu yang orang lain jarang dapat...Kata mamak berdekatan dengan rumah saya..katanya kita boleh makan daging kambing banyak banyak,,,dengan syarat lepas tu sebagai pencegah kepada apa apa penyakit berkaitan...rajin rajin la minum susu kambing..memang daging kambing di sana sedap...nyam nyam... sebelum terlupa...untuk menghilangkan keadaan kulit yang kering...berdasarkan pengalaman saya di sebuah negara benua arab ini... anda boleh sapu minyak vaseline...pure petroleum jelly....banyak jual kat kedai sekitar kawasan kejiranan anda,,,rajin rajin la pergi kedai.... selamat bertugas...

FirJah said...

moga kalian di dalam peliharaannya..
dulu abg ke3 saya belajar di karachi beberapa tahun sehingga pandai berakap urdu? kamu berkomunikasi bhsa apa di sana?

Aku said...

lupa nak cakap...benda tu dalam bentuk jelly....hehehe bukan minyak....

Nafastari said...

Abdul, saya sangat menghargai kunjungan anda ke blog saya dan menjadi pembaca senyap blog ini. Tapi maaf, saya tidak akan pernah menulis tentang kerja saya di blog, tidak bagus untuk saya dan keluarga. Jika anda benar-benar ingin tahu anda boleh menulis kepada saya melalui emel.

X staff, saya selalu juga keluar makan bersamanya. Tapi bagaimana harus saya khabarkan siapa yang berkirim salam kepadanya kerana saya tidak pasti siapa anda.

Joe, adakalanya kita perlu menjadi positif dengan melihat sesuatu dari perpektif yang lain supaya hidup kita terasa lebih bermakna. Terima kasih Joe.

Mince4AM, sejahtera juga untuk anda sekeluarga serta anak-anak didik.

Water Lily, alhamdulillah Tuhan selalu menganugerahkan yang terbaik untuk saya. Akan terus menerokai tempat ini.

Hartini, terima kasih. Saya tidak akan berhenti menulis insyaAllah.

Addyaholix, semoga banyaklah kebaikan yang saya dapat kutip dan manfaatkan. Terima kasih.

Joe, idea yang bagus!

Aku, terima kasih berkongsi cerita dan petua. Sekarang hati saya meronta-ronta ingin tahu siapa anda, ada laman yang saya boleh kunjung atau alamat emel? Terima kasih kawan!

Firjah, dulu sepupu saya (abang kepada Kak Nor) juga belajar di Karachi. Sesama orang Malaysia kami berkomunikasi dalam bahasa Malaysia, selebihnya bahasa Inggeris.

Anonymous said...

saya jiran kamu juga..
xstaff

hans said...

best2....
skrg nih musim kenduri lah...
letih makan...
dah semua sedap2
haha

layari http://www.kuatberlakon.com/web/gallery/gl_galleryvt.aspx?type=NEW&id=17