Sunday, May 31, 2009

Selamat Tinggal Terengganu




Tiada yang lebih baik selain dari tinggal di tempat sendiri. Tetapi untuk ke sekian kalinya saya tinggalkan tempat sendiri bersama-sama Mawar dan Embun, mencari sesuatu yang sedikit berbeza. Kami tinggalkan segala keselesaan dan kebiasaan di tempat sendiri untuk tempoh kurang lebih tiga tahun yang mendatang.

Saya membeli banyak barang-barang makanan sebagai stok dan sekiranya barang-barang tersebut sukar diperolehi di negara orang yang tentunya tidak sama dengan tempat sendiri. Nasib baik saya diberikan satu kontena untuk mengisi barang-barang untuk dihantar ke tempat baru, senanglah saya mengisi dengan apa-apa yang saya mahu. Saya diberitahu minyak masak dan lampin pakai buang bayi adalah sangat mahal di sana lalu saya telah membelinya dengan banyak.

Sewaktu membeli budu dalam kuantiti yang agak banyak di Pasar Besar Kedai Payang makcik tua penjual itu bertanya, "orang tak berperang ke di sana? Makcik rasa itu tempat orang berperang". Saya senyum sahaja. Tetapi yang mengubat hati saya mereka penjual-penjual ikan masin, belacan, asam gelugur, nisan (gula melaka), keropok, lada kering dan lain-lain semuanya bertanya jika saya ingin sambung belajar dan terkejut apabila saya memberitahu saya pergi untuk bekerja, bukan belajar. Lalu dengan takjub dan hairan mereka berkata saya kelihatan sangat muda dan seperti budak-budak sekolah!

Saya diraikan dalam satu majlis perpisahan dan dihadiahkan dengan beberapa buah tangan sebagai kenang-kenangan. Saya pasti tidak akan melupakan mereka semua. Di kampung juga keluarga mengadakan majlis solat hajat dan keluarga menyediakan hidangan Nasi Dagang untuk tetamu. Tapi yang lebih saya suka adalah sewaktu kami makan nasi dengan bermacam-macam lauk kebiasaan kami di luar rumah berbumbungkan langit, dalam taman yang dibina oleh adik saya. Saya akan rindukan itu semua tidak lama lagi.

Selamat tinggal Terengganu dan Malaysia, saya pasti akan kembali lagi insyaAllah.

20 comments:

Hartini Omar said...

ahmad,

saya doakan kamu selamat pergi dan selamat kembali ke sini. belajar sebanyak mungkin dr arus kehidupan negara org, untuk sama2 kita bangunkan negara kt sendiri

bawa budaya kita yang baik ke sana, dan bawa budaya mereka yang bersesuaian dilaksanakan bila kamu kembali ke sini

semoga kamu dan keluarga diberikan kemudahan dalam penghijrahan kamu ke sana. kirimkan khabar jgn sudah2 ya

selamat meninggalkan malaysia

raject said...

semoga ketemu lagi... tak sempat berpamitan... jaga diri dan keluarga di tempat org ye...

katakukata said...

jay, sowy..
maybe aku dh terlambat.
sowy sbb lupa yg ko dh nak berhijrah ke sana.
sowy again kerana tak sempat jumpa ko.aku agak bz dgn keje sampai terlupa nak contact ko.
apa2 pun, aku doakan yang terbaik utk ko dan keluarga. take really good care of urself n family esp baby nadaa okay.
anytime free, contact me k.
all the best n gud luck to u n family. (",)

Unknown said...

salam.
selamat berangkat dan semoga kita ketemu di tempat yang menjadi kerinduan semua ummat Muhammad di seluruh dunia. nanti bawakan UW sebotol dua budu yaa + ikan masin. kalau ianya tidak menjadi satu kemudaratan laa :) hari tuu lupa nak packing skali budu..hihihihi
dah kecur mulut ni bila teringat buduu...
kalau nak ke tanah suci tuu bagitahu awal2 sonang sikit nak adjust cuti...

yue said...

pa,
kamu ke mana? kerja ke study? jaga mawar n nadaa baik2 di tmpat org. x sempat nk jenguk nadaa..
anyway, all the best n keep in touch!

Mince4AM said...

Ahmad,
selamat berangkat..aku tidak tahu pun ke mana destinasi kamu sekluarga..apa-apa pun aku doakan kebahgian dan keselamatan buat kalian semua..

addyaholix said...

kaki kamu makin jauh melangkah bang, tapi jangan bawa seluruh hati kamu, tinggalkan separuh untuk yang disini.

selamat jalan. ramai yang tunggu kamu pulang nanti.

Anonymous said...

muke ko mmg mcm budak skolah menengah pun !! hahaha

selamat bekerja.. jaga diri n keluarga

-joe-

Shamsul said...

Have a very pleasant journey and my prayers goes with you and yours. Do take care and hope to hear from you every now and then.

ibnugharib said...

Selamat berangkat ke negara orang. Semoga sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT. Dan semoga sukses selalu.

FirJah said...

eh nafastari...
bila kamu berangkat? tak tau pun...
anyway selamat jalan ya.. moga kalian selesa & bahagia serta dilindungiNya di sana...

Anonymous said...

Sayu membaca entry kamu kali ini.. Nampaknya untuk 3 thn lagi saya tidak berkesempatan berkenalan dengan Mawar dan Nadaa dan tidak dapat menemui kamu juga yang telah bertahun-tahun tidak saya ketemui..

Walau bagaimanapun, saya doakan kamu dan family sihat sejahtera dan sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T. selalu hendaknya..

Rajin-rajinlah update blog ni yer bersama-sama gambar2 menarik di sana..

Hanie..

wirkab said...

Selamat merantau ke negara orang. Semoga dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sana. Kadang-kadang apa yang kita dengar sebelum ini "indah khabar dari rupa" dan ada juga "indah rupa dari khabar". Bila dah menjejakkan kaki, barulah boleh menilai sendiri. Apa yang penting, dimana bumi dipijak, disitu ISLAM dijunjung. Semoga sentiasa dilindungi Allah.

Yanaam said...

Jauh berjalan luas pengalaman.

Jangan lupa melapor dari kejauhan. Saya berminat untuk berkongsi pengalaman anda.

Kebod's Family said...

En. Wan,

Selamat bertugas di negera orang yer....jgn lupa story pasal islamabad kat kengkawan....

Aku... said...

Salam....
Saya merupakan antara pembaca blog anda yang mungkin paling baru...entry yang ada amat menarik...Walabagaimanapun entry terbaru anda terasa amat menyedihkan...Kebod's Family kata anda akan ke Islamabad, Pakistan....Saya rasa tidak perlu untuk mengingatkan apa-apa kepada anda memandangkan anda sudah terlalu dewasa untuk menilai semua yang berlaku di sekeliling anda... Cuma apa yang diharapkan..selamat berangkat..semoga gembira semasa berada di sana dan selamat kembali apabila tiba masanya.... BREAK A LEG.....

Anonymous said...

selamat tinggal.saya pasti akan merindui nadaa dan kamu semua..sedihnya..miss u all.walupun baru pergi.rasa macam duk jauh sangat.

Nafastari said...

Hartini, terima kasih atas ucapan dan doa. Selalulah kita berhubung melalui dunia maya ini.

Raject, terima kasih, semoga berjumpa lagi nanti.

Katakukata, tidak mengapa, saya faham kesibukan anda. Keep in touch!

UW, berdoalah supaya kami dapat mengunjungi tanah suci dan berjumpa anda dan keluarga di sana.

Yue, kami sekarang di Islamabad. Kerja dan memahami kehidupan dan perbezaan. Terima kasih.

Mince4AM, terima kasih, kami ke Islamabad. Semoga kamu terus tabah dan sabar mendidik anak-anak istimewa itu.

Addyaholix, sudah pasti separuh hati saya di tanah air tempat tumpah darah saya. Sampai jumpa lagi nanti di tanah sendiri. Tapi jika anda berhajat untuk ke mari, sila maklumkan kepada saya supaya saya boleh siapkan satu bilik di rumah saya untuk anda.

Joe, saya menerima itu sebagai satu pujian, terima kasih. Semoga jumpa lagi.

Shamsul, thank you. I always read your blog and hopefully the problem regarding your children's citizenship will be settled soon. Keep in touch.

Ibnugharib, terima kasih. Baarakallahu feek.

Firjah, maaf tidak menghubungi anda saat kami hendak meninggalkan Kuala Terengganu, terlalu kelam kabut sehingga terlupa. Kami berangkat pada 29/5. Jangan lupa terus berutus khabar. Semoga kalian juga dalam rahmat dan berkatNya selalu.

Hanie, tidak mengapa, kita masih boleh bertukar-tukar khabar berita di alam ini. Terima kasih atas doa anda. Semoga kita akan bersua nanti.

Wirkab, benar sekali. Kadang-kadang "indah khabar dari rupa" dan kadang-kadang "indah rupa dari khabar". Apapun, Islamabad tidaklah seteruk yang difikirkan oleh banyak orang di Malaysia secara amnya. Doakan supaya saya dan keluarga akan menjadi semakin dekat denganNya dan menjunjung tinggi agamaNya.

Yanaam, sudah tentu saya tidak akan jemu-jemu menulis di sini.

Kebod's, terima kasih. Teruslah mengikuti blog ini.

Aku, saya sangat menghargai kesudian dan minat anda mengikuti catatan yang dituliskan di blog ini. Saya telah perasan anda merupakan pembaca yang kerap menulis komen di laman saya yang tak seberapa ini, terima kasih banyak, ia sangat memberi motivasi kepada saya untuk terus menulis. Semoga kita tidak terputus berhubung dan mengenali satu sama lain dengan lebih dekat.

Anonymous, selamat maju jaya kepada anda! Kami juga akan turut merindui anda dan seluruh Malaysia. Kami mungkin jauh, tapi teknologi membuatkan kita berasa sangat dekat. Teruslah berhubung.

hamba said...

Salam Ziarah...

"moga Allah memberikan keselamatan, perlindungan dan penjagaan kepada kamu sekeluarga"

eh..sori tanya... mung asal Tranung jugok ke?? duk betul mana?
ambe duk Manir je..

"Kesejukan kasih sayang-Nya semoga selalu menerangi hari-hari anda dgn kebahagiaan"

Nurul Zahar said...

teringat setiap kali pulang bercuti ke Malaysia, berbelanja sakan di Carefour untuk stok makanan sahaja. Santan paling utama. Haha