Monday, May 11, 2009

Nizar MB Perak Yang Sah

Kejahatan dan ketidakadilan tidak akan dapat ditutup buat selama-lamanya. Lambat laun kebenaran akan pasti tertegak dan diketahui umum. Begitulah sifat kebenaran. Dalam banyak hal biasanya masa yang akan menentukannya. Sebab itulah orang yang memperjuangkan kebenaran haruslah bersabar, kerana kadang-kadang ia memerlukan masa yang sangat panjang dan pengorbanan yang sangat besar. Apabila keadilan dilaksanakan ia akan menggembirakan golongan yang benar dan mengecewakan golongan salah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat satu keputusan yang sangat dialu-alukan apabila memutuskan bahawa Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, walaupun ia adalah satu keputusan yang bertentangan dengan kemahuan dan kehendak Perdana Menteri dan Sultan Perak. Saya tertunggu-tunggu bagaimana reaksi Buletin Utama yang selama ini sentiasa menjulang tinggi Menteri Besar Perak yang haram itu dan mengutuk MB Perak yang sah. Tentu mereka berasa malu dengan berita-berita berat sebelah mereka selama ini yang telah ternyata tidak menyebelahi mereka. Tetapi saya percaya mereka tahu bagaimana untuk menghadapi berita yang besar ini dan akan mencuba sedaya upaya mereka bagi membuatkan berita ini tidak kelihatan terlalu teruk untuk mereka. Mereka sudah selalu melakukannya.

UMNO sepatutnya tidak perlu menghadapi situasi yang memalukan ini dan mereka akan dapat mengelak dari berhadapan dengan situasi ini jika mereka tidak terlalu tamakkan kuasa suatu masa dahulu. Tapi mereka telah memilih cara yang tidak popular demi meneruskan kekuasaan mereka, biar pun dengan cara yang tidak bermoral dan tidak berintegriti. Jadi sekarang mereka harus bersedia untuk menangisi satu lagi kekalahan lantaran ketamakan dan kejahilan sendiri.

Tahniah untuk majoriti rakyat Perak yang masih cintakan demokrasi dan keadilan sejagat. Saya juga tengah bergembira sebagaimana mereka.

14 comments:

Anonymous said...

ha tu la.. buat jahat dibalas jahat.. kecik2 tak nak belajar, besar2 nyusahkan orang! Padan muka!

-joe-

nasikerabupetro said...

Nafastari...
Saya juga seperti anda... Tak pernah saya hingin menonton Buletin Utama, namun malam ini, saya menunggu dengan penuh gembira. Tertanya-tanya, sama ada mereka akan hanya keluarkan footer news sahaja seperti berita kemenangan PRU?

Dan, sudah tentu TV3 sedaya-upaya mengcover malu mereka! Hah hah...

Tapi, sedikit gundah, kerana sudah tentu mereka tak akan putus asa...

Bila Diary Bercerita said...

Bila Dato Najib kata 'jangan teruja' BN akan buat rayuan secepat mungkin... Nampak sangat motto "Rakyat Didahulukan" tidak bertepatan langsung dalam isu di Perak ini.

Kalau rakyat didahulukan, setuju ajelah dgn Nizar untuk bubar DUN dan bersiap sedia ajelah untuk piliharaya negeri.

Motto tu patut tukar kepada 'poket UMNO didahulukan, kroni diutamakan'!

tajiemas said...

nampaknya kegembiraan tidak kekal lama..Mahkamah Rayuan telah menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi dan ini merupakan satu keputusan yang mengaibkan..BN tidak sanggup untuk menerima kekalahan dan sanggup "merompak" hak rakyat..nampaknya slogan "rakyat didahulukan,prestasi diutamakan" perlu ditukar kepada "kerajaan didahulukan,rakyat dipinggirkan"...

wanahaf said...

keputusan mahkamah pd 11 mei adalah merupakan satu keajaiban sebab Pembangkang menang dalam kes tu. tetapi perkara ajaib tu x kekal lama, sebab ianya memang ajaib. benda ajaib ni mmg xkekal atau x leh nk dinikmati lame2 sket, sbb terhad. bukannye boleh duduk senang BN kalo die kalah. huhu. tp ok la tu. ape2 pun kita banyak berdoa agar keadilan berlaku di Perak. Allahuakbar.

Aku... said...

kekadang demokrasi yang tak semua orang faham akan difahami dengan buruk oleh orang yang lain...jadi... berhati - hati la...kekadang tulisan kita akan menyebabkan sesuatu yang tidak adil akna berlaku...

Anonymous said...

kenapa mesti kutuk mengutuk serta menyalahkan satu sama lain????..sedangkan kita ni sesama MELAYU..sesama ISLAM.. tetapi bergaduh2 dan tidak bersatu padu..kaum lain bersorak dibelakang kerana melayu berbalah sesama sendiri...sungguh sedih..

-Melayu-

Anonymous said...

aku masih pelik dengan org yang taasub perpaduan bangsa tapi dalam masa yang sama membelakangkan prinsip kebenaran dan keadilan..

en. "melayu", bersatu atau tidak orang melayu, yang benar tetap mesti dikata benar, yang salah tetap kita katakan salah, antara keduanya ada syubhah yang kita harus jauhkan..

Banggakah kita bila bangsa bersatu tapi mengagungkan kepalsuan?

Kutuk tetap kutuk, sebab itu sahaja yang kami orang-orang awam mampu buat dan beritahu kepada pihak berwajib. Ini juga menunjukkan public alert dgn isu nagara bukan kerja makan tidur je, juga sebagai peringatan kepada pemimpin kerajaan mahupun pembangkang bahawa MEREKA SETIAP MASA DIPERHATIKAN! Kami bukan kaum kerabat para pemimpin negara yang boleh berjumpa mereka bila-bila masa memperkatakan apa yang terbuku di hati, menegur apa sahaja...

Kecewa ada manusia macam en. "melayu", tp saya hormati pendirian anda. Anda tetap anda.

-joe-

Nafastari said...

Joe, saya harap negeri anda akan terus maju, makmur dan berkebajikan.

Nasikerabupetro, kadang TV3 memang memualkan. Mereka beranggapan penonton masih lagi berminda kelas ketiga yang tidak pernah mengenali dunia internet.

Aishah Jamal, tepat sekali ulasan anda!

Tajiemas, saya cuma berharap agar pihak eksekutif tidak campur tangan dalam hal judiciary.

Wanahaf, itu sahaja yang mampu kita lakukan, berdoa supaya keadilan akan dilaksanakan dalam kes ini.

Aku, terima kasih kerana mengingatkan saya. Saya sangat menghargai pendapat dan komen-komen anda di blog saya ini. Singgahlah selalu. Teringin juga mnegenali siapa "aku".

Melayu, kenapa, adakah anda yang rasa anda dikutuk atau dipersalahkan? Di sini saya tidak cuba untuk bergaduh dengan sesiapa jauh sekali berpecah belah. Saya cuma menulis fakta dan pendapat yang berasas dan rasional, tidak berani untuk membuat fitnah, menghasut atau mengancam sesiapa pun. Kalau pun Melayu Muslim harus berkuasa di mana-mana, tapi mereka harus berprinsip dengan segala akhlak mulia dan moral yang tinggi. Saya mohon maaf kalau-kalau ada bahagian tulisan saya yang membuat anda sungguh sedih.

Nafastari said...

Joe, saya wajib bersetuju dengan anda! Terima kasih.

Anonymous said...

Sudah bersediakah PR jika DUN dibubarkan?

abangmat12@yahoo.com

Nafastari said...

Abangnat12, itu saya kurang periksa kerana saya bukan ahli kepada mana-mana parti politik. Terima kasih singgah di laman saya.

hans said...

manusia di dalam politik malaysia kebanyakannya sangat kotor...

dhuat79 said...

Bile lah nak update ni?
Kat Oversea yer update heheh.

Cakap kat embun tu, jgn nangis sangat.