Friday, April 24, 2009

Terkena Sumpahan Budu

Hari ini saya rasa budu sangat sedap. Tidak pernah, atau sudah lama saya tidak rasa budu yang sesedap seperti yang saya makan pada hari ini. Sebenarnya sudah lama saya tidak menyentuh budu dan tadi saya menyediakannya sendiri mengikut apa yang disarankan oleh ibu mertua saya. Dia suruh saya letakkan sedikit gula, hirisan bawang merah dan tambah sedikit air supaya tidak menjadi terlalu masin. Tetapi saya tidak meletakkan bawang kerana saya tidak gemar rasa budu yang mempunyai bawang. Selain itu, sudah pastilah saya telah perah asam limau dan pecahkan lada jarum ke dalamnya. Dan hasilnya memang sedap hingga menjilat jari!

Sekarang baru saya ingat 14 tahun lalu, nenek sebelah ibu juga pernah mengajar saya menyediakan budu dengan cara begini, iaitu memasukkan sedikit gula. Saya tinggal dengannya sewaktu saya berada di tingkatan satu dan dua. Biasanya budu mempunyai rasa yang sangat masin dan ianya memang lebih baik jika ditambah dengan sedikit air untuk mengurangkan rasa masin lebih-lebih lagi jika budu itu sangat pekat.

Sewaktu saya solat Isya' tadi tiba-tiba saya menjadi sangat tidak khusyu' kerana saya asyik teringatkan budu. Kecur air liur saya kerana ingatan itu. Selepas saja balik dari surau saya terus ke meja makan dan memakan nasi dengan ikan panggang dan budu yang dimasukkan dengan sedikit gula dan sedikit air. Apabila ikan panggang sudah habis budu masih ada berbaki. Saya tercari-cari sesuatu yang lain yang boleh saya cecah ke dalam budu itu. Ada sup bebola ikan yang dimasakkan bersama sawi. Saya ambil bebola ikan itu dan mencecahkan ke dalam budu. Tidak mengecewakan. Selepas habis bebola ikan saya tidak punyai apa-apa lagi untuk dicecah ke dalam budu. Lalu saya cuma cecah jari dan saya jilat jari!

*Cik Embun anak perempuan saya sudah dibenarkan keluar dari wad dan balik ke rumah pada petang tadi. Jangan risau, saya tidak akan menyuapkan budu yang sedap itu kepadanya sekarang.

13 comments:

Dad of 4+1 said...

Salah satu kegemaran saya....I remember the first time I was introduced to cincalok I was reading law at Notts...Punya lah kick sampai in between lectures I would balik rumah and masak nasi and makan dgn cincalok sahaja!

Anonymous said...

hehe lucunya kamu.. Saya juga sangat menggemari budu tetapi di rumah saya semasa di kampung, amalan memakan budu tidak diamalkan melainkan apabila ada saudara mara datang ke rumah, barulah dihidangkan budu atas permintaan mereka. Dan kini setelah berkahwin, suami tidak pandai memakan budu kerana rasanya yang masin. Masih ada 2 botol budu di rumah saya yang belum pun dibuka kerana saya tiada kawan untuk sama2 memakan budu.

Alhamdulillah.. Syukurlah Embun telah pulang ke rumah. Tentu hari2 yang dilalui lebih bermakna dengan kehadiran Embun di sisi..

Hanie..

addyaholix said...

jangan buat gila suap nadaa dengan budu. haha!

dan alhamdulillah nadaa makin sihat.

an-nidxam said...

alamak aku mmg x suka masin2 ni. hinggakan ada kwn kata, aku kena kencing manis sbb deria masin aku sgt kuat. huhu minta dijauhkan.

tp budu dlm nasi kerabu aku boleh pulak makan ~

katakukata said...

hahaha..

agak lawak pengalaman anda ini...anda spt mengidam plak yek? tp awas...ia boleh memudaratkan kerana terbawa2 ke dlm solat...

(",)

p/s: alhamdulillah embun sudah dibenarkan keluar. kirim slm syg pada embun okay!?

HambaAllah said...

budu,kegemaran sejak kecil lg tp
skrg dah kena kurangkan atas alahan resdung.kalau tidak,habis jerawat satu mukaku yg comel nie
hehe..comel ke?.wallahu'alam.
kawan² seangkat budu,cencalok & sambal belacan pun dh dielakkan.

fathi fadhil said...

ai buat kecor lio org tgk n baca jer akamu ni yer...
alhamdulillah nadaa semakin sihat..n semoga nadaa dan ummi nadaa semakin sihat yer

Anonymous said...

teringat budu nasik kerabu kat selatan thailand mase kem BI tuhhh.. Ya Allah budu paling sedap!!! Aku buat kuah lagi hahaha

Teringat jugak skrip iklan kempen pilihanraya umum 2004 yang kita ulang-ulang mase kat sana, "Because only in Malaysia we got sambal belacan!"
Padahal sambal belacan kat selatan thailand lagiiii sodap!!

Jangan suap Embun dengan budu! Nanti die taknak minum susu, tp nak budu jee hahahah

-joe-

FirJah said...

hehe..kelakar btul kamu ni nafastari...
dulu saya suka gak tp alahan resdung saya terpaksa elakkan, kalau tak naya menaggung kegatalan & bersinnya...
eh org buh gula ek budu?
kat kantin sekolahku dia letak serai tapi bawang tak dak pulok..mcm2 cara ek boleh buat cuma bezanya sedap ke tidak la..
kecor gak air lio ku tgk budu kamu ni...
mawar makan budu tak?

Masdihana Hamzah said...

Salam

terima kasih kerana singgah di blog saya. Nampaknya baby girl kita lahir selang 3 hari je. moga puteri2 kita akan menjadi anak2 yang solehah. insyallah.

wanahaf said...

cik embun mesti makin sihat jika diberikan budu. belum cube belum tau.... cubelah saudara bagi budu, mungkin die boleh jadi kanak-kanak genius... hehehe. bila la bleh tgk nadaa tu....huhu

Anonymous said...

Terpanggil untuk memberi komen.
bukan kerana entry budu, tetapi kerana Cik Embun yang baru sembuh dari kuning. Bayi saya juga terkena kuning selepas 2 hari dilahirkan tapi nasib kami baik sebab kuningnya tidak tinggi (tak perlu jemur di bawah lampu). Saya memang dari awal takut untuk makan jamu selepas bersalin sebab sudah tahu komplikasinya jika memberikan bayi susu badan. Jika boleh, hari ke 20 selepas bersalin baru boleh makan jamu. Saya sangat percaya susuibu adalah satu-satunya makanan terbaik untuk bayi yang mengandungi antibodi yang tinggi. Bayi jaundis sangat gemar tidur, jadi saya akan pastikan yang bayi saya bangun menyusu sejam sekali. ingat, setiap satu jam kena gerak baby untuk menyusu. tak boleh ponteng...
Percayalah, tiada yang lebih baik untuk bayi melainkan susu ibu... Saya bersyukur kerana mampu menyusukan anak saya tanpa bantuan susu formula sehingga sekarang (hampir 1 tahun 6 bulan).
Jika ada kesempatan, sudilah membaca artikel berguna ini
http://www.sarakids.com/blog/?p=639

harap dapat membantu menambah ilmu pengetahuan.

*Ummi*
K. Trg.

Aku... said...

Saya dah lama tak makan budu..baru baru ni salah seorang staff saya balik kelantan dan sempat memberlikan sebotol budu yang pada saya amat sedap dalam dunia...ia tidak terlalu masin dan rasa rasa nya antara budu paling sempurna pernah saya makan....untuk pengetahuan saya bukan orang kelantan..kesimpulannya budu ni macam pembuka selera..ada nasi panas dengan ikan panggang atau ikan pari panggang pun dah cukup....nyam nyam...