Sunday, April 05, 2009

Mencerahkan Minda Rakyat

Tiga pemilihan wakil rakyat akan diadakan pada 7 April ini. Ramai yang memanggilnya pilihanraya kecil, padahal “raya” itu sendiri bermaksud besar. Jadi secara literal, ia kedengaran agak sedikit janggal jika kita menyebut pilihanraya kecil, kerana ia akan membawa maksud pilihan besar kecil.

Kita dapat memahami dengan mudah kegusaran parti PAS dan PKR apabila lidah rasmi masing-masing telah disekat pengeluarannya oleh Kementerian Dalam Negeri tanpa menyatakan apa-apa justifikasi. Dalam sesebuah negara demokrasi, kebebasan media merupakan elemen terpenting dalam menjayakan demokrasi itu sendiri. Demokrasi tidak akan berfungsi dengan baik jika maklumat tidak disampaikan dengan bebas kepada rakyat. Rakyat sepatutnya mendapat pencerahan minda yang selayaknya sebelum mereka dibenarkan membuat keputusan untuk memilih pemimpin yang baik untuk diri dan negaranya. Jika tidak, rakyat boleh saja dipesong oleh golongan berkepentingan yang tidak bertanggungjawab dan ini akhirnya boleh menyebabkan kepada berlakunya penyalahgunaan kuasa dan kediktatoran.

Sebab itulah Harakah dan Suara Keadilan penting untuk PAS dan PKR, malah ia penting bagi maksud pencerahan minda rakyat di Malaysia secara keseluruhannya. Sesiapa pun dalam akal yang waras harus bersetuju bahawa liputan media di Malaysia secara keseluruhan adalah tidak bebas dan sangat berat sebelah. Pihak pemerintah yang juga mengawal media secara langsung telah menggunakan segala kuasa yang ada di tangan mereka bagi menggambarkan bahawa mereka mereka merupakan pemerintah yang sempurna, membela kepentingan rakyat, memberikan pembangunan dan parti mereka adalah satu-satunya parti yang layak menang dalam apa-apa pilihanraya. Parti pembangkang pula akan digambarkan sebagai parti yang ganas, jahat, ekstrim, gila kuasa, tidak memperjuangkan melayu dan lain-lain yang negatif.

Bertentangan dengan apa yang digambarkan mengenai pembangkang, sebahagian rakyat masih lagi memberi undi mereka kepada parti pembangkang atau dalam konteks sekarang ia dipanggil Pakatan Rakyat. Ini membuktikan bahawa sebahagian rakyat di Malaysia memang tidak mempercayai media-media utama di Malaysia. Di sinilah kita dapat melihat tentang pentingnya media alternatif seperti lidah-lidah rasmi parti-parti Pakatan Rakyat dan media-media baru seperti akhbar di internet, laman-laman web, blog, dan sebagainya. PR bolehlah dikatakan sebagai golongan yang tertindas dan sekarang terpaksa menggunakan sebaik-baiknya saluran media baru ini bagi menghidupkan demokrasi dalam erti kata yang sebenarnya.

Kemunculan media baru yang selari dengan kemajuan teknologi adalah sebagai sebab akibat daripada tekanan dan kongkongan kepada keperluan untuk mereka bersuara, menyatakan hasrat dan kemahuan di sebuah negara demokrasi yang sangat pelik. Mereka melihat media baru bukan sahaja sebagai satu pilihan untuk menyampaikan maklumat, tetapi memang merupakan satu-satunya pilihan bagi menyampaikan maklumat, kerana mereka sudah tidak punyai pilihan yang lain lagi. Masakan RTM, TV3, Utusan dan Berita Harian mahu bekerjasama dengan mereka melainkan untuk menyampaikan berita-berita yang memburuk-burukkan dan hanya layak untuk menjatuhkan mereka. Ini sangat berbeza dengan kedudukan pemerintah (boleh juga dibaca Barisan Nasional) yang menguasai media perdana dengan agresif dan memanipulasi segala berita dan maklumat untuk kepentingan mereka.

Saya mendapatkan maklumat daripada internet bukannya kerana saya lebih senang mendapatkan melalui cara itu, tetapi kerana mendapatkan maklumat melalui TV dan surat khabar BN adalah sangat menghina intelektual saya. Sangat pelik sekiranya BN membicarakan bagaimana untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat melaui media baru seperti blog dan facebook, kerana mereka sebenarnya tidak memerlukan itu semua. Bukankah media-media perdana yang dikuasai BN lebih senang untuk mencapai golongan akar umbi? Mereka golongan yang menindas, bukan tertindas!

7 comments:

Hartini Omar said...

ibu saya seorang suri rumah sepenuh masa. dia tidak pernah tahu menggunakan internet. apa yang masuk dalam lobus pemikirannya mutakhir ini hanyalah apa saja yg dihidangkan tv1,2 dan 3

ayah saya seorang peniaga. beliau melayari internet sekerap saya. beliau tidak membaca akhbar perdana melainkan the star. beliau menonton berita tanpa perasaan krn tahu banyaknya (hal2 politik) yg diutarakan hanyalah pembohongan

ayah dan saya mempunyai persamaan. kami senang duduk berbincang krn kami faham apa yg berlaku dan bagaimana ia dilakukan. saya tidak boleh bercakap mengenai politik dgn ibu. krn kami akan bertegang urat mengenai isu itu

hidup terlalu sukar krn dibuat sukar oleh media2 perdana. mereka tidak jujur dan bersikap berat sebelah. mereka membodoh2kan rakyat dgn sajian berita mereka. alangkah hinanya mrk di mata saya

sy tidak akan mempengaruhi ibu utk mengikut fahaman politik saya. namun sy berdoa, ibu dapat melihat dan berfikir sendiri tentang buruk dan baik media perdana negara kita

terima kasih atas isu ini

Prof. Era Pasca said...

tak perlu ubah mereka... cuma hint kan mereka... bawak balik harakah.. bgtau mereka dah 50tahun merdeka... ibu no 1.. print dari blog pun mereka boleh baca..

to:PR people..
stakat baca quran PUTRI tau baca

linknye:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/penghormatan-yang-di-beri-penghinaan.html

Ishan Qureshi Mehmood said...

Salam AHMAD,

Saya tak pernah menonton tv...saya juga tak pernah membaca suratkhabar! Saya cuma biasa membaca blog saudara saja. Selamat la ada blog saudara, dapatla saya aca dan kaji isinya untuk saya jadikan panduan dalam membuang undi pada esok hari:-)
Wassalam.

Seladang said...

Awas! Hantu raya bersama hantu kopek akan bawa kaum kerabatnya ke PRK Bukit Gantang - Bukit Selambau - Batang Ai!!!

Minta maaf tok kepala merah! Anak cucu tumpang lalu!

Fatanah Fadhil said...

tahniah untuk kemenangan di batang ai..n takziah untuk kekalahan di bukit gantang dan bukit selambau hehe..
teruskan berjuang untuk kebenaran...

kejadianalam said...

hehe hebat tulisan saudara...k,la saya nak komen dari sudut akedemik pula, jika melihat kepada sejarah pada zaman Hitler media massa di gunakan sebagai alat propaganda yang amat penting pada masa itu hanya 1 siaran radio di guanakan di mana hanya Hitler sahaja yang bercakap,dan kita dapat melihat kerajaan Hitler dapat menguasai suku daripada dunia ini kerana mengunakan senjata yang media yang begitu penting bagi menguasai n kekalkan kerajaan apakah jaminan PR jika memerintah akan meberikan seratus peratus kebabasan media kepada parti yang lain plak..emm myb tidak rasanya kerana jika media massa di berikan kebabasan maka pengekalan sesuatu kerajaan tidak akan bertahan lama.
Kita kena ingat negara Malaysia bukan negara Demokrasi tetapi negara yang Quasi demokrasi iaitu hanya separuh sahaja mengunakan ciri2 demokrasi dalam pentadbiran, dalam dunia hari ini taida satu pun negara yang mengamalkan demokrasi secara menyeluruh kerana undang seperti ISA (utk M'sia, Singapura, Isarael,)Akta2 Buruh (sama seperti ISA di guankan banyak negara komenvel)kerana undang-undang seperti ini akan menyekat untuk mengekalkan kekuasaan sesebuah negara.....mungkin kita kena kembali kepada Quran n Hadis demi kesejahteraan umat di dunia ini..

Nafastari said...

Hartini Omar, terima kasih, saya sangat menghargai perkongsian pengalaman anda.

Baginda Reformasi, terima kasih. Saya telah pun melawat laman anda. Saya dapati ianya sangat menarik! Terus menulis.

Ishan Qureshi, saya juga sangat jarang menonton TV, cuma menonton apa yang saya suka. Sila juga kemaskini blog anda selalu, supaya saya tidak ternanti-nanti.

Seladang, semoga pengundi hantu pun tidak mampu memberikan mereka kemenangan! Ternyata tidak! Alhamdulillah.

Ummu Fathi, ya, tahniah untuk mereka. Usaha lagi.

Kejadianalam, terima kasih atas pujian anda. Saya juga menulis dari sudut akademik. Anda kelihatan bijak apabila mengemukakan teori-teori itu tetapi kelihatan sedikit agak tidak akademik kerana telah membuat spekulasi yang negatif kepada apa yang belum direalisasi. Seperti yang anda katakan, quasi-demokrasi atau apa sahaja, boleh namakan apa sahaja. Kita bukan "mungkin" kena kembali, tetapi "wajib" kembali kepada Quran dan hadis. Tetapi haruslah realistik!