Thursday, April 02, 2009

Bukan "April Fool"


Saya ingin memanggilnya keajaiban. Kerana sedang kami mempersiapkan mental bagi menghadapi sebuah kelahiran secara pembedahan caesarian, tetapi Tuhan kemudian memberikan sebuah berita gembira yang sungguh tidak tersangka. Semalam doktor membuat keputusan bahawa mereka patut mengimbas kedudukan uri Mawar kerana setiap kali memeriksa perut Mawar dia mendapati kedudukan kepala bayi adalah menghala ke bawah dan itu sangat normal.

Dua kali doktor terpaksa melakukan imbasan kerana dia bagaikan tidak percaya bahawa uri Mawar telah naik ke kedudukan asal dengan drastik sekali. Imbasan kali kedua hanya mengesahkan keputusan yang sama, dan itu memberi isyarat bahawa Mawar akan dapat pulang ke rumah dan perlu menunggu tarikh jangka bersalin untuk bersalin secara normal. Di saat kami sudah hampir berhenti berharap Tuhan seperti selalunya, memberikan apa yang kami mahu. Alhamdulillah.

Sebenarnya dua hari sebelum itu, nenek saudara saya yang merupakan seorang bidan telah datang melawatnya ke hospital. Dia telah membawakan sebotol air penawar dan telah mengusap-ngusap perut Mawar sambil bercakap-cakap dengan perut Mawar. Katanya perut Mawar kelihatan sangat normal dan tiada apa-apa yang buruk. Jadi benarlah semua telahan Toksu Mekchik. Saya tidak pasti jika selepas ini persepsi skeptikal Mawar terhadap bidan akan berubah, mungkin berubahlah agaknya.

Petang itu juga Mawar ingin terus menikmati French Fries kegemarannya di Noodle Station dan malam itu juga Mawar ingin terus menghidup udara laut dan mendengar deruan ombak di Batu Burok. Sekarang tiada apa pun yang mustahil kalau Tuhan telah mentakdirkannya begitu.

11 comments:

FirJah said...

Alhamdulillah syukur... Allah telah mengaturkan yang terbaik utk kita, insyaAllah...

Hartini Omar said...

berita ini saya sambut dengan ucapan alhamdulillah. syukur, memang sebenarnya Tuhan masih terlalu sayangkan kita

semoga selamat dan dipermudahkan segala urusan kamu, isteri dan baby...

Anonymous said...

Terimalah apapun yang Allah beri pada kita, yang elok mahupun kurang elok pada pandangan kita.. Tanda Allah sayang bukanlah apabila kita diberi nikmat, bukan juga tandanya Allah benci apabila kita diuji sakit sedih segala.. Lupakah kita Allah mengangkat darjat Nabi dengan tidak membiusnya sedikit pun sewaktu ditarik nyawa oleh Izrail?

Kalu kita boleh menitik air mata sebab diuji kebosanan, sepatutnya lebihlah lagi kita menitik air mata sebab kita diberi nikmat keseronokan..

Kita memang tak sempurna, dan kita akan selalu dan terus belajar dari kejadian2 yang menimpa kita...

selamat belajar!

-joe-

Anonymous said...

Tuhan Maha Bijaksana menguji Hamba2nya..Alhamdulillah.
Lutfi.

Nafastari said...

Firjah, alhamdulillah. Saya berdoa Tuhan akan memberikan apa yang kamu mahu dalam masa terdekat ini.

Hartini Omar, terima kasih. Dan semoga rahmat Tuhan sentiasa membahagiakan kamu.

Joe, terima kasih. Semoga kamu juga akan belajar.

Lutfi, sesungguhnya Dialah yang berkuasa atas segala sesuatu.

katakukata said...

syukur alhamdulillah...
congratulations (",)

huds said...

syukur alhamdulillah..Bukankah Allah selalu berkata..Kun..Fayakun..Jadilha..maka jadilah kamu..segala-galanya boleh berubah sekelip mata..Percayalah pada kuasa Tuhan

Anonymous said...

Sungguh saya amat terharu mendengar berita gembira ini.. Alhamdulillah Tuhan mengabulkan doamu.. Kamu sangat bertuah dan beruntung kerana Tuhan sentiasa menyayangi kamu sekeluarga.. Syukur Alhamdulillah..

Hanie..

nasriahabdulsalam said...

Jay,
apabila Dia menghendakkan sesuatu, maka kita tunggu sahaja Dia kata; "kun!"

Alhamdulillah, moga Allah berkati hidup kalian suami isteri

Anonymous said...

Alhamdulillah semoga semua yang berlaku ini bakal menitipkan ingatan buat kita semua bahawa benarlah firman-Nya : "sesungguhnya pada setiap kesusahan itu ada kesenangan". 2 kali Allah ulang dalam surah Al Insyirah (Alam Nasyrah). Sebab tu kita kena selalu beringat untuk BERSYUKUR bukan saja atas nikmat kesenangan kegembiraan yg diterima tetapi juga BERSYUKUR bila kita menerima bebanan, ujian, kesakitan, kebosanan, kesedihan. "La in syakartum la aziidannakum" - Allah akan tambahkan nikmatNya kepada kita jika kita Bersyukur...

NHO HSNZ...

Nafastari said...

Katakukata, Huds, Hanie, Nasriah & NHO, terima kasih semua. Saya sangat menghargai keprihatinan yang kamu semua tunjukkan. Semoga Tuhan merahmati anda dan keluarga.