Thursday, April 02, 2009

Bersalam Dapat Pahala

I
Sudah lama saya tahu bahawa saya seorang melayu tetapi dulu saya tidak pernah tahu bahawa mencium tangan orang yang lebih tua itu adalah budaya orang melayu. Saya tidak pernah melakukannya dulu, tidak kepada ibu bapa saya, kerana tiada siapa yang memberitahu saya untuk berbuat begitu. Cuma baru-baru ini sahaja saya cuma menyedari bahawa ianya dikatakan sebagai budaya orang melayu, dan ianya telah dipopularkan dalam banyak media dengan begitu meluas sekali. Mungkin saya yang ketinggalan kerana di rumah saya tiada TV sehinggalah saya berumur 13 tahun, begitu juga dengan akhbar harian. Rumah kami jauh dari bandar dan ayah saya tidak pernah menyuruh saya mencium tangan sesiapa ketika berjabat tangan.

Sekarang pun setelah saya mengetahuinya, saya masih tidak mengamalkan budaya mencium tangan orang yang lebih tua. Saya fikir saya mungkin tidak akan mengamalkannya sampai bila-bila, kecuali jika saya berada dalam keadaan terpaksa yang tidak boleh dielakkan. Saya tidak kisah kerana kadang-kadang saya berasa saya juga perlu menghormati budaya orang melayu yang diagung-agungkan ini. Saya pernah mencuba mencium tangan ibu saya tetapi saat saya melakukannya saya berasa berasa sungguh mengada-ngada dan palsu. Saya tidak mumpunyai jiwa untuk melakukan itu. Lebih baik saya memeluk serta menciumnya daripada mencium tangannya.

Saya lebih senang berjabat tangan dengan kemas dan memandang ke dalam mata, tidak kira muda atau tua. Itu saya rasa lebih mudah, ikhlas, peramah dan benar. Malah saya rasa sangat sia-sia berjabat tangan dengan seseorang yang tidak mahu memandang muka saya dan tidak berjabat tangan dengan erat. Pada saya dia seorang yang sombong atau tidak ikhlas, walaupun mungkin dia seorang yang pemalu atau kurang keyakinan diri.

Setiap kali saya bersalam dengan anak-anak saudara saya dan kanak-kanak lain, jika berkesempatan saya akan memberitahu mereka,
"jangan cium tangan saya, cium tangan ibu bapa kamu sahaja, kita cuma berjabat tangan".

Jika bersalam dengan orang tua termasuk ayah saya, saya juga tidak mencium tangan mereka kerana saya berasa sungguh kekok untuk melakukannya dan saya sungguh tak biasa. Sebenarnya saya ingin kami sama-sama memandang muka dan mata masing-masing, berbalas senyuman sambil berselawat ke atas Rasulullah. Dan kemudian meletakkan tapak tangan ke dada.

Saya rasa keperluan untuk menghormati ibu bapa dengan cara yang berlemah lembut dan bersopan santun dalam semua hal adalah jauh lebih penting daripada mencium tangan mereka. Malah saya lihat ramai yang mencium tangan orang tua sebagai tanda menghormati orang yang lebih tua tetapi pada masa yang sama mereka biadap dan tidak bercakap dengan tutur kata yang lemah lembut dengan mereka. Mereka berhenti bermain "game" di komputer atau keluar dari bilik seketika untuk bersalam dan mencium tangan tetamu yang lebih tua, kemudian terus masuk ke bilik dan meneruskan aktiviti penting masing-masing, bermain bergurau senda sesama mereka, mengilai tawa tanpa mempedulikan tetamu. Jadi apa maknanya mencium tangan?

Tidak kurang juga jantina berbeza yang bukan mahram yang bersalam dan tunduk sopan mencium tangan kononnya sebagai tanda hormat, tetapi sama sekali membelakangkan hukum Tuhan. Saya tidak tahu jika itu juga dikira sebagai adat budaya orang melayu kerana kelihatannya ia juga semakin bertambah meluas diamalkan sekarang.


II
Tadi sewaktu pulang dari kerja saya melihat anak-anak jiran saya sedang bermain basikal di halaman kediaman kami. Selepas saya membuka pintu kereta seorang kanak-kanak datang kepada saya. Dia turun dari basikalnya dan menghlulurkan tangannya kepada saya sambil berkata,"nak salam."

Saya senyum padanya dan sambut tangannya, dia mencium tangan saya. Kemudian dia menyuruh kawan-kawannya yang sedang bermain basikal bersama-samanya untuk bersalam dengan saya juga. Budak bijak yang comel itu bernama Hariz, 5 tahun, anak jiran saya yang peramah dan baik hati.

Kemudian saya bertanya dia dengan kehairanan kerana dia tidak pernah berbuat begitu sebelum ini, "Hariz, kenapa kamu bersalam dengan saya pada hari ini?"

"Bersalam kan dapat pahala." Mukanya selamba. Saya tergelak sendirian.

13 comments:

FirJah said...

oh.. cutenya..mungkin si arif tu baru belajar kat tadika dia kot.. sbb tu tiba2 dia bersalaman dgn kamu..hehe..

Seladang said...

Bagi mereka yang berilmu dan beramal sehala kebaikan moga diredhai oleh Allah. Tapi sekarang ini banyak sangat kaldai-kaldai yang mematuhi larangan polis tak tentu hala mengikut telunjuk pemimpin umno/bn dari mematuhi larangan Allah!

Hartini Omar said...

saya bersalam dengan ibubapa lalu mencium tangan mereka. saya mengucup pipi ibu saya tetapi tidak ayah. saya tidak memeluk mereka krn sy janggal bermanja2.

saya sudah terbiasa mencium tgn org yg lebih tua (yg mempunyai talian darah). bagi saya, ia begitu mengharukan dan saya berminat untuk terus mempraktikkannya

anak2 murid perempuan saya bersalam dan mencium tgn saya. kami tetap memandang mata dan bersalam dgn erat. saya tahu mereka ikhlas mengharapkan redha saya

saya tidak bersalam dengan lelaki yg bukan mahram saya. saya tahu membezakan antara adat budaya dan agama

Anonymous said...

depends on your upbringing la..
family aku byk jugak la buat bende pelik, bukan pelik sebab ape, tp sbb kami kadang2 tak buat apa yang orang lain buat...

kami xpernah buat salam2 mak ayah masa raya, hanya beberapa tahun kebelakangan ni baru nak buat, tapi memang janggal la, mmg aku rase kalau takyah buat pun xpe.. xde ruh pun, macam terpengaruh ngan TV je! hahaha, tapi kami masih bahagia...

salam cium tangan mak ayah is a must, salam cium tangan orang lain even yang lebih tua, or Perdana Menteri ke Tuan Guru ke aku anggap tak perlu langsung dan tak layak... hahaha aku tak hingin pun cium tangan org lain selain mak ayah aku (n mertua la), aku tgk kat TV org sonok cium tgn pemimpin or tokoh agama.. hek elleh! mengampu la tuh!

kitorang terbiasa xde panggilan kata ganti nama diri, kecuali yang guna mase budak2, iaitu "orang" atau "kite".. kadang2 cam kelakar cakap "kite2", tapi kadang rase cute jgk haha

pernah train zapin dak2 sekolah rendah setia budi, sekolah dah wajibkan diorang cium tgn cikgu, so kitorang pun terpaksa rela dicium tangan oleh mereka (lelaki sahaja la), rasa sejuk hati, rasa tak layak dicium tgn, rasa nak jadi bertambah baik untuk dicontohi mereka hahaha

ala, bagi aku takpe ade pendirian sendiri hasil kebiasaan yang dah dipupuk dari keluarga, namun tak jugak salah cium tgn opah2 atau atuk2 yang bukan mahram, pimpin tgn derang untuk berjalan, angkat pompuan cedera or lemas, kalu nak berkeras jgk pasal pendirian atau hukum agama masa nih hmm mmg aku sekeh2kan jugak kat situ! hahaha

tapi kalu non-Muslim lain jantina hulur salam, aku sambut je elok2.. aku takkan offer la, tp aku takkan tolak, dan takkan buang masa explain hukum2 whatever.. memeningkan kepala diorang jer..

klien yang arab2 biasenyer tegas sikit la, diorang akan tunduk hormat tolak offer bersalam dgn berlawanan jantina, tp biase la, balik opis je, abis kene kutuk! hahaha biase la Chinese ade yang xpaham

gitulah serba sedikit salam menyalam dalam hidupku.. ahak2 mini entry nih!

-joe-

Anonymous said...

Firstly,this is good entry.I like it.Berani buka sayap kiri.
Aku kalau tgn tok2 Guru,'alim ulama' ada jgk rasa teringin nk cium.Tapi aku memang tak puas hati langsung tgk pelajar AF duk cium tangan orang2 lama yang terjebak dlm industri muzik,kununnya hormat orang lama.Samalah dengan orang2 perempuan yg kerja kerajaan tu. Kalau ada Menteri datang,siap baratur lagi nak salam cium tangan menteri.Sesetengah 2 dah ada ijazah,diploma n lain2.Siap pakai tudung n baju kurung lagi.Tapi tetap melakukan perbuatan jahil tukir ini.Seolah2 macam orang tak tau membaca..OOOh berat sungguh!!! Moga dibuka pintu hidayat untuk semua,termasuk aku..Bagi aku, orang nk buat,buatlah.Tapi kena tahu apa asasnya.Jgn nak cium tak bertempat.Lambat jumpe orang,semua nk cium!!!
"Biar mati adat,jangan biar hukum dimatikan".
ISLAM FOR ALL>ALLAHUAKBAR!!
Lutfi,Serdang.

gibrael said...

ehemmm...saje celah skit...rasanya macam tau sape budak tu...tapi bukan "Arif"..tetapi "Hariz"...umur tu ok la 5 tahun pasal dia bulan 12 ni baru 6 tahun...hehehehe....bangga rasanya bila dgr ada budak macam tu....sape mak bapak dia ek...sejuk perut ibu dia kandungkan 9 blan 10 hari...

je_diraja said...

Saudara Ahmad... saya memang diajar cium tangan mak ayah saya, dan org2 yang saya patut hormat... tp saya tak suka salam dgn org hulur hujung jari sahaja... tak iklas sungguh kan...

Ahmad, hati saya terguris dgn komen saudara lutfi sbb saya pun perempuan kerja kerajaan juga. Ketahuilah, kami pun tak rela mencangakkan diri utk menyambut org datang, tak kira siapa pun mereka... tapi dah kena kerah, pergi la juga. tak semua juga yg terhegeh2 hulur tangan nak bersalam dgn bukan muhrim... sesetengah mmg suka, tp jgnla pukul rata...

~saya rasa macam nak tulis panjang, tp saya tak nak membebel di blog kamu... lagipun saya tengah marah~

Anonymous said...

Je-Diraja,
Saya faham apa yang saya tulis dan mungkin faham juga rasa hati orang yang membaca tulisan saya itu. Tapi maksud saya,bukanlah terhenti setakat perasaan yang terguris itu. Tolong maafkan saya,jika ia menyakitkan.Yang ada hanyalah sedikit niat untuk menyedarkan mereka yang mungkin terleka n mengingatkan saya juga
Sebenarnya kita haruslah menyambut dan memuliakan tetamu kita, tak kira siapa pn dia.Janganlah menyambut tetamu pn ada unsur paksaan.
Masalahnya ialah bagaimana cara kita menyambut dan meraikan tetamu?
Saya adalah orang yang pertama mengagumi saudari jika berani bangun menegakkan kebenaran ini.
-Lutfi

je_diraja said...

Saudara Lutfi,
Tak sangka pulak berbalas... hehehe... Maaf diterima, tapi lain kali jangan buat lagi tau (ceh... macam budak2 kecik)

Kebanyakan ketua jabatan faham, dan tetamu pun faham... etikanya pun kalau perempuan tak hulur tangan, lelaki tak akan hulur tangan utk bersalam. Jadinya cara yang paling halus dan lembut yang saya dan kawan2 gunakan ialah membongkokkan sedikit badan , senyum dan anggukkan kepala... dengan itu, tetamu faham yang kita tidak bersalam dengan lelaki...

Nafastari said...

Firjah, mungkin juga. Tapi melalui pemerhatian saya budak ini sangat bijak!

Seladang, harapnya mereka tidak mempercayai dan mengharapkan pada manusia lebih daripada Tuhan. Terima kasih mengunjungi laman saya dan meninggalkan komen.

Hartini Omar, saya kenal kamu. Sudah pasti kamu faham dan sedar dengan jelas mana adat budaya dan mana yang agama.

Joe, banyak persamaan antara cara kamu dan saya melihat dunia dan memahami kepercayaan. Terima kasih berkongsi, dan semoga kamu terus istiqamah mempraktis apa yang kamu percaya.

Lutfi,kamu pemerhati yang bagus. Ada benarnya tentang perkara yang kamu usulkan itu, saya pun pernah melihatnya sendiri. Tetapi ada juga yang bagus dan berpegang teguh dengan kepercayaannya. Saya pernah menulis tentangnya: http://nafastari.blogspot.com/2008/06/bersalam-dengan-menteri.html

Gibrael, ya itu anak kamu! Maaf atas kesilapan saya mengeja namanya, sudah saya perbetulkan. Apa yang saya ingin katakan adalah bahawa anak kamu itu sangat bijak dan saya sangat sukakannya. Semoga dia membesar dengan gembira dan menjadi seseorang muslim yang taat. Dan semoga anda sekeluarga sentiasa dirahmati Tuhan.

Je_diraja, saya pun tidak menyukai orang yang cuma menghulur hujung jarinya untuk bersalam. Saya pasti tidak semua kakitangan kerajaan yang perempuan begitu, kamu mungkin salah seorang daripada mereka. Saya juga pernah mengalami keadaan di mana saya telah meletakkan tangan saya di dada dan menundukkan badan sebagai tanda hormat dan tanda sebagai menggantikan jabat tangan, tetapi ada juga perempuan muslim yang bertudung tetapi bangang tidak memahami maksud saya lalu tetap menghulurkan tangannya. Saya sambut juga tangannya, semoga Tuhan mengampuni saya. Semoga Tuhan merahmati kamu!

yusra said...

alhamdulillah,hariz anak abah yg baik.semoga menjadi anak yg soleh,ameen.

nho said...

"Samalah dengan orang2 perempuan yg kerja kerajaan tu. Kalau ada Menteri datang,siap baratur lagi nak salam cium tangan menteri.Sesetengah 2 dah ada ijazah,diploma n lain2.Siap pakai tudung n baju kurung lagi.Tapi tetap melakukan perbuatan jahil tukir ini.Seolah2 macam orang tak tau membaca..OOOh berat sungguh!!! Moga dibuka pintu hidayat untuk semua,termasuk aku..Bagi aku, orang nk buat,buatlah.Tapi kena tahu apa asasnya.Jgn nak cium tak bertempat.Lambat jumpe orang,semua nk cium!!!
"Biar mati adat,jangan biar hukum dimatikan".
ISLAM FOR ALL>ALLAHUAKBAR!! "

Huh podeh betoi membaca ayat sedara lutfi ni. Saya terasa podeh dan pedih ni sebab saya memang kakitangan kerajaan perempuan, tapi kalau saya bukan staf gomen pun saya rasa tidak betul sedara lutfi mengutuk macam tu. Dahla kat end of the comment siap letak ISLAM FOR ALL DAN TAKBIR! Bagi saya kalau betoi sedara lutfi nak menjadikan Islam for all, kutukan dan komen yg bias, tidak bijak dan main sedap cakap ni adalah cara yg amat salah untuk menjadikan Islam for all. Menjadikan org makin takut kat Islam, makin berfikiran negatif kat Islam adalah. Saya cukup anti dengan sesetengah pihak yg bercakap berdegar2 tentang kononnya nak mengembalikan kegemilangan Islam tapi langsung tak mengamalkan pendekatan Rasulullah SAW yg berjaya menegakkan Islam hingga ke tahap tertinggi. Kita kena ingat, manusia adalah insan - yg selalu terlupa dan perlu sentiasa diingatkan. Nak mengingatkan pulak ada caranya - cara bagaimana? Cara yg berhikmah- bahasa yg baik, contoh teladan yg baik, akhlak dan budi bicara yg baik. Sebab tu la budak sekolah yg selalu buat nakal, walau dirotan, ditengking, dimarah, dileter, dikutuk, dia akan buat juga benda2 nakal tu. Tapi bila ada cikgu atau sesiapa je lah yg prihatin dgn sifat insan ini mengambil inisiatif mendekati dan menasihat dgn cara yg baik, penuh sabar..InsyaAllah budak itu boleh berubah. Renungkan lah bagaimana caranya Saiyidina Umar Al Khattab yg sgt ganas dan garang sebelum memeluk agama Islam boleh lembut hatinya mendengar lembut dan halusnya ayat2 suci Al Quran..
Semoga menjadi ingatan untuk saya dan semua. Jgn cakap tak serupa bikin!!

Sorila mad, agak emos sikit bila baca komen sedara lutfi ni.

Nafastari said...

NHO, saya sebenarnya tidak mahu masuk campur. Cuma berharap Lutfi, Je_diraja dan Nho sendiri akan menemui titik persamaan dan mendapat manfaat daripada perbincangan ini.