Esok saya tidak akan melawatnya kerana saya akan keluar bertugas di luar stesen. Ini akan menjadi hari pertama saya tidak melawatnya di hospital. Biasanya saya akan melawat dua kali setiap hari, tengah hari dan petang menjelang Maghrib. Dan selalunya hanya saya seorang sahaja yang melawatnya pada setiap hari. Menurut doktor, dia mungkin akan berada di hospital untuk tempoh hingga sebulan lagi.
Tadi sewaktu melawatnya di katil hospital dia berkata kepada saya, secara bergurau pada mulanya, "saya nak ikut awak balik hari ni". Tetapi air matanya perlahan-lahan keluar menitik dan jatuh ke atas pipinya dan ke atas baju hospitalnya yang berwarna pink. Dia gelak dan menangis pada masa yang sama. Dia memang ingin bergurau tetapi dia sudah menjadi sangat tertekan. Saya jadi serba salah. Saya mengerti dia sedang menghadapi saat sukar yang membosankan dalam hidupnya.
-Sabar itu cantik, Mawar
Saya membekalkannya banyak buku, tetapi sekarang itupun sudah tidak membantu. Saya bertanya kepada jururawat jika pada suatu hari saya boleh membawanya keluar dari tempat itu supaya Mawar boleh memijak tanah, melihat pokok dan merasai udara di luar. Tanpa perasaan dan tanpa berfikir jururawat itu cepat-cepat menjawab, "Tak boleh. Dia mempunyai masalah PP, jadi tak boleh langsung keluar dari wad. Ke koridor pun tak boleh."
Saya tahu walau apa pun penjelasan saya, ia tidak akan mengubah apa-apa pun. Tetapi saya berkata kepada jururawat itu, "Kesian dia, dia berasa sangat tertekan sekarang. Tadi dia menangis dan berharap dapat pulang ke rumah. Yang tidak sakit pun akan menjadi sakit".
Jururawat itu membalas, "Ya memang bosan, tetapi memang tak boleh."
Saya rasa jururawat itu tidak sensitif dan kurang berperikemanusiaan. Apa salahnya membenarkan pesakit yang "sihat" itu keluar mengambil angin. Dia boleh duduk di atas kerusi roda dan saya boleh menolaknya. Lagipun Mawar bukannya langsung tidak boleh berdiri atau berjalan, sekarang ini dia memang berjalan sendiri untuk ke tandas, mengambil air panas dan sebagainya. Bukannya dia terlantar di atas katil, malah dia masih boleh berdiri semasa solat seperti orang lain yang sihat.
Sekarang saya tidak tahu lagi bagaimana hendak menggambarkan betapa pendeknya akal jururawat itu. Dan betapa geramnya saya.
15 comments:
i am so sorry to hear that ur wife is in the ward. but believe me, the nurse was not being irrelevant n heartless. i think she knows well with ur wife's condition and of course the doctor really knows well about it. why dont you just go straight to the doctor and ask for justification? then, u explain to ur wife and hope she wud understand. but sayangnya, u r going to outstation already.
anyways, i wish everything will be fine from the bottom of my heart. and dont stop from supporting her positively. u shud know what's the best for her at this moment and u can't be affected by emotions. may she always be protected by allah and allah Maha Mengetahui.
sincerely,
me (",)
hope you r patience enough to go the process untill the baby delivered and even more patience when baby crying at night asking susu or demanding your sleeping time to be shorten! ha ha ha good start toward good farther... always remember when you were borne! and always doa for both of you InsyaAllah everything will be Ok.
Maybe u don't really understand the true outcome of PP.. I'm not saying I do, but I believe the medical staff all have far long experience, they just doing their job, coz if something bad happen, people will still blame them. Bayangkan ko ditempat diorang, dimana public has bad perception on public hospital staff's performance...
Your wife has no choice, she must make herself happy... Emotion of a a pregnant mother will in some way affect the baby. If she understand this, she will find any possible way to enjoy herself... Try call up her close friends and request them to give her a call, she seems seriously need somebody to talk to.
Setuju dgn wan storm, Sebulan tak lama.... Nak dibandingkan dengan masa-masa akan datang yang kite kene spend untuk baby... You have all the time, only u don't really sure what to fill it with...
Akan datang, masa 24jam tu pun tak cukup!
Sabar k!
-joe-
saya bersimpati dgn ape y menimpa..but juz think like this..segala sesuatu y terjadi pasti ada hikmahnya i.allah Alah ciptakan y terbaik untuk kita..byk2 sabar ye..ni la dgaan untuk menjd seorg ibu n bapa yg lbh mithali..doa kami moga di permudahkan segalanya yer..
Saudara... dan kepada pembaca lain juga... izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan operasi sesebuah hospital, supaya kita semua memahami apa yang sedang berlaku...
Bagi saya yang pernah bekerja di situ, dan mengendalikan aduan orang awam dan akhbar, kadang-kadang sememangnya jururawat itu yang mempunyai sifat perengus (dan selalunya kerana beban kerja yang sangat teruk dan pastinya sangat banyak), atau kerana jururawat itu kurang skill komunikasi (ketika saya keluar, mereka sudah mewajibkan setiap kursus memasukkan satu slot khas untuk komunikasi berkesan, dan saya harap ianya akan membantu mengurangkan rasa kurang senang pesakit, pelawat dan keluarga pesakit terhadap layanan anggota kesihatan... ini mungkin memakan masa kerana kita sedang mengubah sikap dan sifat yang tertanam dalam diri mereka), atau mungkin kerana expectation yang tinggi oleh orang awam terhadap perkhidmatan hospital kerajaan. Saya faham wad kelas satu hospital besar kerajaan (general hospital)bukanlah seindah yang digambarkan dengan nama kelas satu, melainkan jika pergi ke hospital daerah yang tidak mempunyai ramai pesakit. Di sana, layanannya sememangnya kelas pertama kerana beban kerja tidak setinggi di hospital besar. Dan saya harap saudara tidaklah membandingkan layanan dengan hospital2 swasta juga...
Dan saya minta juga saudara cuba memahami bahawa hospital, kementerian dan kerajaan malaysia sentiasa berdepan dengan kemungkinan akan disaman sekiranya berlaku apa-apa terhadap pesakit mereka di atas alasan kecuaian dari segi memberi rawatan/khidmat nasihat dll. Dan membenarkan isteri saudara dibawa keluar dari wad kelas satu(saya sedang tersenyum ketika menaip 'wad kelas satu') itu sedangkan jururawat tersebut sangat tahu apakah risiko yang berkemungkinan akan berlaku adalah satu bentuk kecuaian dalam memberikan khidmat nasihat. Sekiranya saudara benar-benar ingin membawa isteri saudara keluar sekejap, saudara boleh memohon dengan doktor yang melawat/memeriksa isteri saudara dengan menyatakan bahawa saudara bertanggungjawab terhadap apa jua yang terjadi (na'uzubillah) ketika isteri saudara tidak berada di dalam wad sebagaimana sepatutnya. Biasanya kebenaran akan diberikan, namun ianya bergantung kepada bagaimana seriusnya keadaan isteri saudara.
Saya juga pernah membaca berkenaan pengalaman saudara menghantar adik saudara ke Unit Kecemasan dan lambat diberikan rawatan yang sepatutnya. Untuk makluman saudara, terdapat 3 zon di Unit kecemasan iaitu zon hijau, kuning dan merah (kritikal). Sekiranya terdapat kes kecemasan, sememangnya pesakit yang diberikan tag zon hijau akan dihentikan layanan sebentar bagi usaha menyelamatkan nyawa pesakit di zon merah. Zon merah ialah keadaan kritikal yang mana melibatkan nyawa sahaja. Jadinya, bagi norma di Unit Kecemasan, luka akibat kemalangan yang tidak menyebabkan kehilangan darah yang banyak sehingga boleh menyebabkan hilangnya kesedaran (loss of consciousness)tidak ditakrifkan sebagai kritikal. Saya sendiri juga, sebagai bekas pekerja di situ (yang kenal orang di situ, dan dikenali juga ketika mendapatkan rawatan di situ) terpaksa menunggu hampir 2 1/2 jam untuk mendapatkan rawatan kerana kebetulannya ketika saya sampai ke Unit Kecemasan pada jam 10.30 malam, kes-kes kritikal sedang dilayan. Saya hanya dapat berjumpa doktor pada jam 1.30 pagi (selepas saya muntah lebih 10 kali dan dalam keadaan yg sangat lemah dan lembik)dan terus dimasukkan ke wad. Oleh kerana saya pernah bekerja di situ, saya tidak bersungut kerana saya tahu keutamaan mereka adalah untuk menyelamatkan nyawa, (dan pada malam itu, terdapat 3 kematian) dan mereka, dengan pemeriksaan saringan yang dibuat lebih awal, tahu bahawa sakit saya tidaklah mengancam nyawa walaupun saya muntah berkali-kali. Dan itu adalah kepakaran mereka.
Saya bersyukur kerana saya pernah diberi peluang untuk bekerja di sebuah hospital, dan peluang untuk saya memahami desakan-desakan yang terpaksa mereka alami untuk memenuhi tanggungjawab menyelamatkan nyawa dan pada masa yang sama berdepan dengan expectation dan kritikan. Saya tidaklah menyatakan bahawa mereka tidak salah langsung, kerana banyak juga kejadian menunjukkan mereka bersalah, dan ini lebih kepada attitude seseorang... Saya berharap dengan penerangan saya ini, sedikit sebanyak saudara dan pembaca mendapat gambaran tentang operasi sesebuah hospital... saya mohon maaf kalau2 ada nada saya seperti membela tempat kerja lama saya (sigh)... tempat jatuh lagikan dikenang... inikan pula tempat saya belajar bekerja... :-)
Saya doakan mawarnafastari diberi kekuatan untuk menempuhi semua ini, dan saudara juga diberi kekuatan yang lebih, kerana saya faham bagaimana perasaan seorang suami melihat isteri kesayangan menderita begitu... sesungghnya sabar menghadapi dugaan itu adalah yang terindah... insyaAllah, saudara akan dikurniakan zuriat yang menyejukkan hati, dan berguna kepada agama, negara dan bangsa.
~ughhhh...panjang gile... boleh buat entri nih... blog sendri takmo update...hehehe...ampunla ye dik...~
Katakukata, yes you may be right but there are better ways to say no. I'm yet to see the doctor, but they never turn up at the time I visit Mawar. I'm only allowed to see her during visit hour (12.30-2.00pm & 4.30-7.00pm). Thank you for your concern and advices.
Wan Storm, thank you.
Joe, may be, but we read a lot about PP from books and internet so we thought we understand about PP somehow. Some books even say that it's safe to treat PP patient from home (meaning she doesn't has to be admitted) if there's no bleeding, if your house is within 15 minutes travel from hospital, and if something happen she could be brought to the hospital immediately. Our house is just 5 minutes to the hospital. And thank you for your support and advices, it does give us some relieves, really.
Puan Fathifadhil, terima kasih atas do'a dan sokongan kamu.
Je Diraja, maafkan saya jika entri saya ini mengganggu emosi dan benak fikiranmu. Sungguh saya tidak berniat untuk melukakan hati kamu. Saya sekadar menulis untuk meluahkan apa yang saya rasa. Sungguh saya tidak mengharapkan tulisan saya ini akan dapat mengubah sesiapa pun, baik jururawat mahupun ahli politik. Saya memang sudah maklum akan kesukaran mereka yang bekerja di situ. Dan saya memang sudah pasrah dengan keadaan ini di negara kita yang tercinta ini. Cuma berharap dengan positif bahawa kita akan sama-sama memperbaikinya, biar masa sahaja yang menentukannya. Saya bangga dengan apa yang kamu telah lakukan demi memperbaiki mutu perkhidmatan jururawat, sekurang-kurangnya kamu telah lakukan sesuatu, tidak seperti saya yang hanya tahu menulis di sini. Terima kasih juga atas keprihatianan doa dan sokongan kamu, kami sangat menghargainya. Memang panjang komen kamu, kalau saya, sudah boleh jadikan dua entri!
~je diraja~ ur comment is so informative tq..
rase bertambah ilmu..
-joe-
mawar,
tiap yang terbaik itu pasti ada cabarannya.
Kirim salam Mawar! and also thanx for the air zamzam, kurma and celak!
Take Care! InsyaAllah semua ok :)
Salam..
Bro,bykkan sabar dalam hidup.Lihat dari kacamata hakikat kejadian kita ini.Benda yg buruk bisa mnjd bagus kalau kita berada pada haluan yang sebenar- benarnya.Aku doakan kebahagian,kesenangan dan kesihatan utk anda berdua.Bersabar,berikhtiar dan berharaplah.
M.a Lutfi,Serdang.
Sokong Je-Diraja.Ada betulnya.
-M.a Lutfi
Pssttt...
kamu kecek sikit nurse di situ untuk stay sehingga doktor datang. biasanya doktor melawat selepas waktu lawatan berakhir. Alah... senang cite, ambik ni... jadual lawatan Dr (kebiasaannya):
7.30 pagi
10.30 pagi
12.00 tengahari (tak pasti sgt la yg ni...)
2.30 ptg
8.00 mlm...
Jadual ini juga bergantung kpd jumlah pesakit, dan keadaan pesakit2 di wad itu... (jadual ini berdasarkan kpd pemerhatian saya sewaktu membuat lawatan pemantauan... bukan ikut schedule mereka ye... sbrg kekhilafan harap dimaafkan)
Try la... bagitau nak minta penerangan lebih lanjut tentang keadaan isteri supaya boleh faham apa yg dia alami... insyaAllah diorg akan bagi...
Mana ada kecik hati atau terguris... nape, bunyi cam org menangis ye... heehehhe...
opsss... satu lagi... saya tidak buat apa2 utk mengubah keadaan, saya cuma ahli meyuarat tindakan je dulu.
jangan macam itu nafastari, jururawat tersebut menjalankan tugasnya saja, jika apa-apa terjadi pada mawar, anda juga akan mempersalahkannya begitu juga majikannya, oleh itu berfikirlah secara rasional, sebelum berkata-kata, mungkin cara percakapan jururawat tersebut tidak kena bahasanya, tapi dia pun telah terangkan segala-galanya.
Artozy, moga benarlah kata kamu, dan semoga terbaiklah yang kami akan terima.
Aifa, salam akan disampaikan. Terima kasih atas ingatan dan doa.
MA Lutfi, terima kasih atas kata-kata semangat itu. Rasa terubat sedikit.
Je Diraja, terima kasih atas segala tips dan rahsia-rahsia itu. Hahaa.. Kami sudah berkeras untuk pulang sekejap Jumaat ini, samada dibenarkan atau pun tidak. Kami akan sedia tanggung risiko. Tapi jangan risau kami tahu dan faham apa yang kami sedang lakukan. Memang salah seorang doktor di situ mengakui segala yang sukar itu hanyalah sekadar protokol hospital yang sedang dilaksanakan oleh jururawat2, doktor biasanya tidaklah rigid seperti mereka.
Anonymous, jangan macam apa? Adakah anda sedang menganggap saya sedang berfikir secara tidak rasional? Apa yang tidak rasional? Saya telah ceritakan semuanya. Jururawat tersebut yang gagal menerangkan kepada kami tentang rasional tindakan mereka, padahal banyak yang kami tahu tentang PP. Kenapa anda menulis bahawa jururawat telah terangkan segala-galanya? sebenarnya mereka tidak. Mungkin anda yang tidak membacanya dengan teliti dan tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh saya. Mawar cuma mahu melihat cahaya matahari di luar wad,itu saja. Kamu tahu saya menulis ini kerana saya dan Mawar sedang dalam sakit hati dan tertekan, dan kamu tidak membantu apa-apa pun. Sekiranya kamu perempuan saya berharap kamu berpeluang untuk berada di hospital dalam keadaan begitu dan dilayan oleh jururawat yang begitu. Baru kamu dapat rasa bagaimana sedapnya berada di tempat itu. Terima kasih atas komen anda, silalah berkunjung lagi.
Saudara Ahmad,
Banyak2 bersabar menghadapi dugaan ini. Saya juga tengah mengandung sekarang. Alhamdulillah.
Tentang anonymous yang terakhir itu, saya rasa dia tersalah anggap bahawa Je DiRaja itu adalah jururawat yang merawat Mawar.
Sebenarnya sebelum kita membuat sesuatu rumusan, hendaklah kita meneliti sesuatu itu dan cuba memahami sedalam-dalamnya agar tidak menyakiti dan menambahkan tekanan kepada orang yang sebenarnya tujuannya meluahkan rasa sahaja bukan untuk dikritik dan sepatutnya kita cuba meletakkan diri kita di tempat orang itu. InsyaAllah kita akan memahami...
Hanie..
Post a Comment